Ada layan diri, ada juga dilayan |
Hidangan gitu-gitu sahaja. Nak ayam atau kambing?? |
Air Leng Chi Kang sejuk. Nasi dihidang bersama lauk. Keropok popodom, side order! |
Tapi, waktu kami makan, kami 'dilayan' dengan kucing-kucing 'welfare' kebajikan, kucing jalanan . Lapar. agaknya, sampai tinjau-tinjau ke atas meja. minta dikasihani. Hmmmmm....
Esok, In syah Allah, kita mula berpuasa. Malam ini kita ke masjid untuk solat terawih. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang terdahulu. Semoga mendapat keredhaan Allah SWT hendaknya. Ameen.
Kepada pembaca sekelian diucapkan......
Esok, In syah Allah, kita mula berpuasa. Malam ini kita ke masjid untuk solat terawih. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang terdahulu. Semoga mendapat keredhaan Allah SWT hendaknya. Ameen.
Kepada pembaca sekelian diucapkan......
Imej Google
Maaf atas segala kesilapan.
|
Nasi beriyani memang sedap. Di Kuantan nasi beriyani popular di Restoran Taj. HNA biasa makan juga di situ kan? Boleh bandingkan rasanya pula ya. Ramadhan ni apa juadah berbuka spesial nanti? Menjelang Ramadhan esok saya juga minta maaf atas segala kesalahan kalau ada dan berdoa semoga puasa kita diterima dan diberkahi Allah swt jua hendaknya. Amiiin.....Selamat Berpuasa....
ReplyDeleteTak taulah saya Nasi baryani mana yang sedap. Yang saya tahu nasi baryani 'free' yang paling sedap. Selamat berpuasa juga kepada cuja serta kak nah, woh, yah dan cucu-cucu di rumah sana, ye. Jangan banyak berbelanja untuk berbuka, ye!
DeleteSaya pernah 2-3 kali belajar masak nasi beriyani tapi ada je tak kenanya. Penyudahnya bila terasa nak makan, cari kedai..skill masak yang rumit langsung tak de, masak yang main campak-campak je, skill tomyam je.
ReplyDeleteMasak sendiri tentu rasa puas. Tomyam pun bolehlah...
DeletePada saya nasi beryani matshah ni biasa2 saja. Kami pernah makan yg lebih sedap lagi tapi harga beryani matshah ni murah pada kami. Selamat berpuasa alang angah dan semua yg kenal dgn kami di sana. Dah sibuk jd tokey ni,.. hehehe
ReplyDeleteBetul lah Ezza, rasanya biasa2 aje. Harga pun murah. Itu sebabnya. Cerita sikit kesibukan jadi tokey butik!
DeleteSetakat ni berbuka ala kadar saja. Adalah lebih kurang 3 jenis masakan & kuih buatan ibu / Yah beli. Saya belum lagi sempat menjengah ke bazar Ramadhan pun, bimbang pergi terbeli byk & membazir. Lagi pun tak mampu juga nak makan byk2........Ok selamat berbuka...
ReplyDeleteKita pun berbuka cukup- cukup aje. Tapi pilihan menu ikut kegemaran budak- budak di rumah ni. Tak perlu ke param. Takut pembaziran.
Deleteas'salam Hajah Noralenna
ReplyDeleteSelamat berpuasa. Nampak best nasi baryani tu.
Kalau ikutkan nafsu selera, pasti membazir pd bulan ramadhan ni, saya memasak utk keluarga, sekadarnya.
** macam mana nak follow blog hajah ye? tak jumpa button....