SELAMAT SUDAH TADARUS AL QURAN RAMADHAN 2013

Alhamdulillah. Hari ini Rabu 15 Ramadhan 1431H, kami selamat bertadarus al Quran Ramadhan 2013. Pagi tadi kami mengadakan majlis khatam al Quran. Majlis kecil, kita sama kita, antara makcik-makcik dan nenek-nenek kumpulan tadarus meriah juga. Kami masing-masing membawa 'goody' atau 'tanda mata' sebagai ingatan dan persaudaraan. InsyaAllah, kita akan bersama lagi pada Ramadhan akan datang dengan bacaan yang lebih baik lagi. 



Ada macam-macam tanda mata. Syukur, Terima kasih kawan-kawan!!

Ketua kumpulan, Kakak Hjh Nazli bertudung bunga-bunga
menyemak dan menegur bacaan 

Mak Timah bertudung pink  membaca doa khatam al Quran...ameeen

Berselawat dan berzikir.  Tuan rumah, Mak Eton,
happy kami bertadrus di rumah dia.
Tekun

Bergambar sebagai kenangan


Semoga Allah SWT memberkati perjumpaan serta menerima segala amalan kami.
Ameeen
Bulan pada malam 16 Ramadhan
Subhanallah!!




7 comments:

  1. Alhamdulillah cikgu
    Memang terasa seronok di majlis khatam quran
    Tak dpt join tahun ni sbb permulaan puasa dah ABC sampai hari ke 12...
    Tak terkejar rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, syukur, selamat semuanya. Tak pe hajah. Mudah-mudahan Ramadhan akan datang hajah dapat join. Selamat meneruskan ibadah puasa.

      Delete
  2. Tahniah & syabas dah berjaya Khatam Al-Quran Ramadhan ni.
    My sis pula ikut kumpulan Uzt Rashidah mengaji di Istana Aziz, di rumah Dato'Safiah dan dah khatam pun. Di Bangunan LKPI belum lagi. Th ni dia tak dpt join kumpulan masjid pun sbb tak terkejar masa. Sya tak dpt join juga th ni sbb ada halangannya. Ngaji sendiri lmbatlah khatamnya. Harap2 & doakanlah seblm raya khatam........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur selamat semuanya. Selepas ini mesti khatam pula bacaan sendiri. Wah, banyaknya tempat kk nah bertadarus. Semoga Allah SWT menerima amalan kita. Ameen...

      Delete
  3. Tahniah.
    Saya tak ikut majlis tadaruss. kat masjid besi ni ada juga dua group buat'
    Masa khatam nanti mungkin saya dtg, insyallah esok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ;) happy sangat! Mesti hebat ye majlis tadarus di masjid besi!

      Delete
  4. Harap2 Pn Ju dpt cerita ttg majlis Khatam Tadarus di masjid besi pula nanti ya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.