POKOK 'PAYUNG DOA'

Bila ditanam dahulu, dijangkakan dahan-dahan serta ranting-rantingnya akan menghala ke atas seperti aksi berdoa. Itu sebab nama biasa-biasanya, 'pokok doa'.  Apabila ia meninggi, eh, mengapa  dahannya menunduk seperti payung? Mungkin ini saudara sama tapi tak serupa dengan pokok doa. Semakin dahan bertambah, semakin rimbun pokok ini, semakin menunduk, semakin teduh.  Elok diberi nama 'pokok payung doa' sajelah. Dalam Wikipedia tak ada 'cerita' pokok payung doa, ye. Jangan cari!!.Apa jadi pada rumput tempat ia menapak? Tak dapat cukup matahari, rumput tak menjadi. Puas sudah ditabur baja rumput tapi jadi 'padang jarak' nampaknya.

Memberi teduhan kepada ikan koi

Rimbun

Di celah-celah cahan dan ranting

Kesian rumput, tak mau nak hidup
Pokok ini terdapat di sudut laman, membantu menghijaukan dan mengamankan persekitaran yang panas.

9 comments:

  1. AsSalam kak hajjah,

    uniknya pokok 'payung doa'. Batangnya pun nampak pink kemerahan. Indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa. Dihadiahkan pada kita hambanya pelbagai keindahan yang tak mampu kita lakukan. Syukur Alhamdulillah.
    Kelihatan indah dan sejuk halaman rumah akak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cik t.
      Allah Maha Pencipta. Sebenarnya batang dia biasa aje bukan pink. Warna pantulan cahaya.

      Delete
  2. Kak hjh nora..
    Pokok ni antara pokok yg digemari utk dittanam drkat rumah. Pernah nampak yg jd makin besar rendang walaupun awalnya kecik comel...
    Nama pohon payung doa rupanya.. Baru tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hjh Rahmah.
      Payung doa nama akak beri. Pokok doa pun bukan nama sebenar. Ada nama saintifik dia. Nampak dia macam berdoa. Cuba hjh perhatikan bentuk dia.

      Delete
  3. As salam hajjah,

    Pokok doa atau nama botaninya bucida molineti semakin popular skrg. Kalau dulu kita tak nampak pokok ini ditanam di mana2 tapi skrg ia jadi pilihan sbg pokok hiasan tepi jalan, taman, R&R dan rumah(perlukan laman yg luas)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Adry. Betullsh di sana sini kita nampak pokok ini. Akak suka pokok doa ini. Itu sebab di cozy corner laman ada sepokok.

      Delete
  4. Salam cikgu.
    hehe saya tak pernah tau nama pokok tu. terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ju. Pokok payung doa bukan nama sebenar dia. Saje saya namakan dia begitu.

      Delete
  5. Salam, bolehkah pokok doa ini ditanam melalui dahan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.