KUACI BUNGA MATAHARI

SELASA 2 Julai 2013.
Lokasi : di rumah SIL di Batu Pahat
Dia tunjuk saya kuaci ini dan suruh saya makan. Katanya, 'dah halal dah..' sejak dia makan kuaci ini, sakit-sakit kaki dia hilang, dengan izin Allah SWT. Saya pun cuba..mula-mula satu, satu lagi dan seterusnya... tak mau berhenti, asyik klik, klik buang kulit, kunyah, klik, klik  kumpul kulitnya  , jangan bersepah,,sambil berbual.... ish...tak boleh jadi.... mesti BERHENTI!
(Kuaci ini juga makanan burung tau!)








Sebentar tadi saya  browse nak cari maklumat kuaci yang kata dikatakan  berkhasiat.
Ramai blogger sudah menulis mengenainya tetapi yang ini menarik hati.

Jom kita baca apa kata salah seorang penggemar kuaci ini....
fouuzie.blogspot.com

wonderful-life: KUACI- dare to eat?: Makanan kegemaran semua termasuklah diri saya. Saya suka beli dan makan, TAPI bila anak saya suka makan saya pasti tak senang hati. KENA...

7 comments:

  1. akak ni macam nampak je...saya tgh leka / ketagih makan kuaci ni skrg...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak scan tadi maka nampaklah ada orang sdg leka makan kuaci. Acik, sebenarnya, akak dah ketinggalan keretapi menikmati kuaci bunga matahari. Hi hi...

      Delete
  2. Kak hajah nora
    Kat umah ni memang kuaci minat kami
    Saya dan suami suka kuaci putih
    Anak2 suka kuaci belang2 ni
    Tapi...
    Cakap pasal kulit...
    Selalu nak marah sebab bersepah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat di panggung wayang waktu dulu. Kuaci hitam cap helang menjadi kesukaan penonton. Bila panggung digelapkan,terdengar bunyi kuaci dibuka. Tamat tayangan wayang, lampu dihidupkan semula, habis satu panggung bersepah kulit kuaci. Hajah kena siapkan beg plastik sorang satu. Selamat ber 'kuaci' hajah!

      Delete
  3. Makan kuaci ni macam didorong-dorong habiskan satu paket... Masa menonton tv @ berkenderaan jln jauh ( tak memandulah ) leka dibuatnya makan kuaci ni...Huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, cuja, makan kuaci (yang segar dan garing) ber'hantu'.

      Delete
  4. mana i boleh order besar pack 220gm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.