BERTADARUS DALAM TAMAN

 Tahun ini, kata kakak. kita bertadarus di rumah Mak Eton. Kesian Mak Eton, susah nak berjalan, kaki lemah.  Maklumlah usia beliau dah 80+. Eloklah kita mengimarahkan rumah Mak Eton dengan ayat-ayat suci juga buat beliau  'happy'. Kami bertadarus di kawasan lapang di rumahnya. Sambil itu boleh menikmati taman bunga yang sangat kemas, tersusun dan menarik. Sejuk mata memandang. Kalau penat mata,  memandang pokok hijau boleh menyegarkan.  Pagi ini hujan lebat di bandar Melaka. Tanaman segar disirami hujan.  Jom saya bawa jalan-jalan di laman Mak Eton. Oh ye. Yang mengusahakan taman ini ialah anak lelaki Mak Eton, En. Hadi. Kalau dah minat, semua boleh buat.

nyaman, di luar bahagian dapur

Pasu-pasu seragam

Puan rumah, Cikgu Zaiton Dagang (Kak Eton. Mak Eton, Cikgu)
Kami dah kenal lama, sejak kami zaman kanak-kanak lagi.
Gembira tapi katanya 'tudung senget'
Cikgu tetap cikgu, nak kemas selalu!

Sebahagian ahli kumpulan tadarus siap sedia 
Pada tembok ada bunga

Semua dibina oleh En Hadi, maklumlah pandai menukang

 Tumbuhan jenis berkeladi dan bawang 'tinggal' bersama


Berduri, sudah nak pegang

Bintik-bintik hujan

Semoga diberkatiNya, Ameen

6 comments:

  1. Indah dan bersihnya halaman rumah Mak Eton (harap tidak keberatan kalau saya pun memanggil Mak Eton) sejuk dan mendamaikan. Diperindah dan disejukkan lagi dengan lantunan ayat-ayat suci al_Quran. Seronoknya mengaji dalam suasana seperti ini. Tapi Alhamdulillah saya turut dapat bertadarus dengan rakan-rakan di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga dapat bertadarus hingga sempurna.

      Delete
  2. Sambil meningkatkan amal ibadat dapat mengeratkan tali sillaturrahim dan membahagiakan puan rumah yang indah itu, satu kebajikan juga tu.





    ReplyDelete
  3. Salam.
    Cantiknya bunag kat tembok tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.