Meow, meow Kuching

Sebelum.

Dah minta cuti??.......sudah, lepas family day
Dah book ticket??.......sudah, 5th Nov berlepas, 8th Nov, balik
Hotel ??.....dah, Merdeka Palace....apartment, ada offer rate. Suitable for family. Mudah
Tour di sana??.....dah Cat City. Dah kenalpasti tempat.
Nak breakfast kat hotel tak?... tak naklah, kita bawa rendang, nasi himpit serunding.
Macam mana dengan makan?...kita makanlah kat tempat-tempat yang sesuai nanti.
Nak ke KLIA macam mana?  Minta kawan di Nilai drive kita ke airport, dia bawa balik kereta. kereta park di rumah dia. Balik nanti, dia jemput.


Semasa....

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu, Budak-budak bukan main suka lagi, macam nak pergi 'oversea' lah (memang pun seberang Laut China Selatan!) Saya bawa mereka cuti-cuti di 'seberang laut', nak gembira travel jauh.
Flight senja, Solat dulu di surau KLIA
Kemudian buat self check-in. Siapa yang tak pernah buat self check-in tertanya-tanya juga. Ini pengalaman pertama. Mudah rupanya.
Di ruang menunggu,

Happy, excited
Passengers with children masuk dulu. Untung ada Iddin, jangan besar-besarlah Iddin!
Oleh kerana flight malam, gelap aje di luar, tak dapat tengok awan Din! Tidur aje lah!

Akhirnya,
Sampai Kuching setelah terbang 1jam 45 min. Cantik airportnya, tak macam dulu, barulah dikatakan international airport!
Kami di sambut ole En Rosli, guide kami semasa di meow, meow Kuching, 4 H3M

Di hotel.

Itulah hotelnya, diambil dari kawasan museum Sarawak, sebelah dia aje.
Nanti akan cerita lagi ye, adventure kami di meow meow Kuching!

6 comments:

  1. Patut lah senyap sunyi hingga Tati upload gambar kat facebook!..ada beli terubuk masin tak?

    ReplyDelete
  2. Cuti-cuti Malaysia, Za, Alang tak beli terubuk masin, banyak tulang, leceh nak makan.

    ReplyDelete
  3. seronoklah mereka berjalan dengan neklang... meoww... jangan lupa beli udang kering. Cantik dan murah.

    ReplyDelete
  4. Hajah,
    Udang kering banyak di Sabah, bah! Sarawak, ikan terubuk dengan kek lapis.

    ReplyDelete
  5. PB,
    Ini kali ketiga saya ke Bumi Kenyalang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.