Jom kita kenal 'Man of the Forest'
Satu tempat yang menarik. Orang Utan ini bukan dalam kandang seperti di zoo. Mereka dalam habitat sedia ada, bebas hidup dalam 653 hektar hutan simpan. Di Semenggoh Nature Reserve ini, Orang Utan yang masih muda, samada mereka 'yatim' atau diselamatkan, dilatih berdikari untuk hidup dalam hutan nanti. Semenggoh bukan dibangunkan untuk tarikan pelancong tetapi pelawat dialu-alukan. Seseorang pengunjung mesti berhati-hati . Kami diberi peringatan. Bila-bila sahaja Orang Utan akan muncul. Antaranya amaran yang diberi, 'mereka' tak suka mendengar suara kanak-kanak menangis, ketawa kuat-kuat pun akan mengganggu mereka, kalau ambil gambar jangan guna flash, jangan bawa air (air dalam botol) jangan pandai-pandai nak dekat dengan mereka,... risau dibuatnya.. Sudah berlaku insiden pengunjung digigit, malah warden pun jadi mangsa. Sementara nak tunggu waktu 'feeding time ' orang utan, kami duduk-duduk rihat sambil membaca maklumat tentang Orang Utan yang terdapat di sini.
Bukan mudah orang utan ini nak keluar. Waktu itu musim buah-buahan, mungkin mereka kenyang, dan tak mahu keluar walaupun makanan disediakan. Kalau diizinkanNya, mungkin ada sekor dua akan menunjukkan diri.Tiba-tiba muncul perlahan-lahan dari celah-celah pokok, seekor Orang Utan dengan seekor anak paut rapat, turun perlahan-lahan ke arah longgokan makanan yang tersedia di atas pangkin. Ini di luar kawasan sebenar tempat mereka diberi makan.Pengunjung semua senyap, dengar bisikan-bisikan aje. Jadi selebriti nampaknya dia. Snap, snap, puaslah gambarnya di ambil.
Oh ya, sambil itu dicelah-celah rimbunan, terjumpa pokok-pokok ini. Periuk kera!
Barulah saya nampak periuk kera yang ori. Dirumah sudah ,dalam pasu menjadi hiasan laman.
Kami tak tunggu feeding time member Orang Utan yang lain seperti Ritchie (garang punya, nama salah seekor) sebab hujan sudah mula turun rintik-rintik.
Kami tinggalkan Semenggoh.
Tapi kenapa lah.......tak ada nama lain ke?
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.