Di Kuala Sg Melaka


Gambar-gambar di atas ialah pemandangan di kuala Sg Melaka. Kelihatan feri atau bot-bot sedang membawa masuk penumpang-penumpang dari kapal yang berlabuh nun di laut, ke jeti Syahbandar. Kemungkinan penumpang-penumpang  baru sampai dari cruising (kapal) atau tiba dari Dumai! Feri-feri ke  Dumai atau Pekan Baru  atau Bengkalis di Sumatra berlabuh di jeti ini. Jambatan yang anda nampak itu  menghubungi kawasan Melaka Raya. Banda Hilir  dengan Tengkera, jalan alternarif ke Klebang dan seterusnya, mengikuti persisiran pantai. Kawasan di Kuala Sungai Melaka ini sudah dinaiktaraf dengan 'board walk' untuk kemudahan orang ramai jalan-jalan, rihat-rihat sambil menikmati pemandangan. Dulu cuma batu-batu besar di susun di tebing  sungai. Di kawasan ini jugalah  terletak buaian pusing 'Eye of Malaysia' satu masa dulu.Kelihatan juga pelancong tempatan membawa cucu meninjau sejarah  'lawatan sambil belajar.Cucu ni banyak soal pula!




2 comments:

  1. Kena cari hari (sekarang, namanya 'hari tua'lah) utk menikmati keindahan kawasan-kawasan air di negara Hang Tuah ini, termasuk kawasan sungai di pinggir Kg Mortennya. Salam bahagia.

    ReplyDelete
  2. Sudah semestinya, negari Hang Tuah sudah banyak berubah wajah!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.