Sampan penambang: Adventure 6

Lagi cerita pengalaman cuti-cuti Malaysia di Kuchingl

  

Pengalaman naik sampan penambang.
Salah satu tarikan saya di Kuching ialah perahu atau sampan penambang. Waktu  saya ke Kuching dulu, saya pernah cuba sampan penambang ini untuk menyeberangi Sungai Sarawak dari waterfront ke Taman Orkid. Untuk  makluman, kawasan taman orkid sekarang telah dibina bangunan ADUN  Sarawak. Waktu itu sampan di kayuh. Sekali seberang, tambangnya  50sen. Dalam Cuti-Cuti Malaysia kami kali ini, saya hendak sangat naik sampan ini. Sudah ada nilaitambah rupanya. Sudah berubah 'mode'nya . Sudah moden. Ingatkan masih dikayuh . tetapi sekarang guna motor. Bila sampai hampir dengan jeti baru  di kayuh, untuk dibuat ' turning'. Pada saya, tak ade rasa thrillnya lagi. Sekejap sudah sampai di seberang. Sampan ini masih menjadi pengangkutan bukan sahaja sebagai tarikan pelancong tetapi juga pengguna tempatan untuk menjimatkan masa dan 'fuel'.
  
Ini dia sampannya. Terasa macam scene dalam filem "Pendekar Bujang Lapok", bila Wak Mustar nak naik sampai dihalang oleh geng Ahmad Nisfu.
  
Suka naik sampan. Hati-hati, sungai ini ada buaya.

  
  
Wak pemandu sedang nak mula ke seberang, kayuh dulu sebelum 'start' motor.
  
.Salah sebuah sampan penambang menunggu penumpang. Hampir ke jeti
  
Pemandangan sebahagian waterfront. Sebenarnya kami bermula dari sebuah  jeti hampir dengan ASTANA, residen Yang di Pertua Sarawak.

  
Penumpang lain pun agaknya rasa tak puas
Dapat tangkap belakangnya saja.
  

Itulah dia pengalaman menyeberang sungai. Pengangkutan lama  yang dimodenkan.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.