Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Bersama 'kucing'

Apabila berada di Kuching
kami teruja nak  bergambar bersama
'kucing' Kuching

Mula-mula jumpa kucing-kucing yang comot
dah lama tak mandi.
Ada aku kisah, nak bergambar juga.

Kucing-kucing nampak garang, 'batu' beranilah you!

Pusing-pusing di bandar Kuching
tugu ini menjadi kemestian untuk bergambar kenangan
bagi semua pelancong.
Kucing ini dipakaikan baju mengikut musim perayaan.
Waktu kami melawat dahulu, dah nak musim Krismas
maka ia akan berpakaian Father Christmas.
Tentu ini ia akan berpakaian tradisi masyarakat Tionghua
sebab Tahun Baru Cina menjelang tiba.
Bukti dah sampai Kuching
'Mari, mari' kata si Putih

Pada hari akhir kami di Kuching...
Ketika itu hari hujan.
Hujan, hujanlah, bergambar tetap bergambar.
Tengok tu, pelancong-pelancong ni, tak kisah hujan!
That was fun!!!
Jad, jangan lupa, kalau berada di Kuching,
cari kucing Kuching, okey!

Sampan penambang: Adventure 6

Lagi cerita pengalaman cuti-cuti Malaysia di Kuchingl

  

Pengalaman naik sampan penambang.
Salah satu tarikan saya di Kuching ialah perahu atau sampan penambang. Waktu  saya ke Kuching dulu, saya pernah cuba sampan penambang ini untuk menyeberangi Sungai Sarawak dari waterfront ke Taman Orkid. Untuk  makluman, kawasan taman orkid sekarang telah dibina bangunan ADUN  Sarawak. Waktu itu sampan di kayuh. Sekali seberang, tambangnya  50sen. Dalam Cuti-Cuti Malaysia kami kali ini, saya hendak sangat naik sampan ini. Sudah ada nilaitambah rupanya. Sudah berubah 'mode'nya . Sudah moden. Ingatkan masih dikayuh . tetapi sekarang guna motor. Bila sampai hampir dengan jeti baru  di kayuh, untuk dibuat ' turning'. Pada saya, tak ade rasa thrillnya lagi. Sekejap sudah sampai di seberang. Sampan ini masih menjadi pengangkutan bukan sahaja sebagai tarikan pelancong tetapi juga pengguna tempatan untuk menjimatkan masa dan 'fuel'.
  
Ini dia sampannya. Terasa macam scene dalam filem "Pendekar Bujang Lapok", bila Wak Mustar nak naik sampai dihalang oleh geng Ahmad Nisfu.
  
Suka naik sampan. Hati-hati, sungai ini ada buaya.

  
  
Wak pemandu sedang nak mula ke seberang, kayuh dulu sebelum 'start' motor.
  
.Salah sebuah sampan penambang menunggu penumpang. Hampir ke jeti
  
Pemandangan sebahagian waterfront. Sebenarnya kami bermula dari sebuah  jeti hampir dengan ASTANA, residen Yang di Pertua Sarawak.

  
Penumpang lain pun agaknya rasa tak puas
Dapat tangkap belakangnya saja.
  

Itulah dia pengalaman menyeberang sungai. Pengangkutan lama  yang dimodenkan.

Adventure 5: Menyusur Sg Sarawak


Posting sebelum ini cerita tentang naik feri cruising di kuala Sg Melaka.
Ini pula catatan river cruise, menyusur Sungai Sarawak. Jom kita sambung 'adventure' family 'Pak Abu' di Kuching.

seperti biasa mesti ada gambar kenangan
Penumpang duduk di atas deck. Ramai juga, pelancong luar dan tempatan.

Kami ikuti Sarawak River Cruise pada sebelah petang, kalau cuaca elok, dapatlah lihat pemandangan matahari terbenam. Dengan 'cruising' ini  kami  dapat lihat sekitar  kiri kanan tebing Sungai Sarawak, dan sebahagian bandar Kuching.  Antaranya,
...........Bangunan ADUN,  Kediaman Yang di Pertua Sarawak ASTANA

Siapa kata Sungai Sarawak sempit? Sempit lagi Sungai Melaka.
sampan pencong /tambang
menjadi tarikan. 50 sen untuk pergi seberang sungai

Sambil menjeling-jeling persekitaran perkampungan sepanjang sungai, kami disediakan minuman ringan.
jus oren dan kek lapis sarawak

Suka budak-budak ini , naik kapal di sungai.  Bilalah nak cruise di laut pula ye, naik kapal besar!
Si Iddin melambai-lambai
'Puteri Sejinjang' tersenyum..Suka ke, Amal?
Apa yang difikirkan tu?

Ini keptennya,, hari-hari kerja dia memandu kapal/feri ini. Teringat saya kepada Mr Chong, towkay nurseri.
Ai  Ai kepten..agaknya tutup mata pun boleh 'navigate'

Ini saat yang ditunggu. Cuaca baik. Penumpang-penumpang siap sedia untuk 'menangkap' pemandangan yang indah ini. Matahari mula terbenam. Kami guna kamera biasa aje, ataupun handphone camera. Klik, klik,klik.......ini hasilnya.

Hari semakin gelap. Bangunan di 'water front' terang benderang. Suka tengok bayangannya!
sepanjang water front
Bangunan ADUN
hotel-hotel mewah

Ada pula persembahan kebudayaan tarian suku kaum Sarawak sebagai hiburan sebelum kami sampai semula di jeti.
Si jaket 'angry bird' minat nampaknya

1 jam 45 minit menyusur Sungai Sarawak, sampai kami ke jeti.
Rombongan 'Pak Abu' puas hati. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Dinner time. Nak makan di mana?
Sini ke? Ruang makan di bahagian bawah kapal, bukan untuk kami dah!



Adventure 4

"The hills are alive with the sound of music,
With songs they have sung for a thousand years
............."

 ala-ala Von Trapp family dalam The Sound of Music

Keluarga 'Pak Abu' posing gembira berlatarbelakangkan
bukan bukit tetapi gunung mistik, gunung legenda
."Puteri Santubong, Puteri Sejinjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
........."

Nun sana Puteri Santubong 
Gambar diambil dalam perjalanan kami ke Kpg Budaya Sarawak

Adventure 3

Cuba jangan tak cuba, nanti menyesal. Di salah sebuah kilang 'pottery' di Kuching, geng PT telah cuba kemahiran membuat pasu setelah teruja dengan  kepakaran pakar ini...

Tergekah-gelak, lucu,.... ki,ki,ki ...tak menjadi pasu...sengetlah, tercabutlah...macam-macam..tapi 'sejuuuuk' kata iddin. Kalau duduk belajar dengan tekun lama-lama boleh buat bentuk seperti burung kenyalang ini.

Yang membuat hasil seni ini, sudah warga mas

Satu pengalaman....membuat pasu...ingat senang ke?
Tak percaya, tanya sifu di rumah kita ..teka siapa???
Oh., jangan tidak.....Iddin bawa balik tabung burung marah!!
garang nampaknya!


'Adventure' ke 2

Jom kita kenal 'Man of the Forest'
Satu tempat yang menarik.  Orang Utan ini bukan dalam kandang seperti di zoo. Mereka dalam habitat sedia ada, bebas hidup dalam 653 hektar hutan simpan. Di Semenggoh Nature Reserve ini, Orang Utan yang masih muda, samada mereka 'yatim' atau diselamatkan, dilatih berdikari untuk hidup dalam hutan nanti. Semenggoh bukan dibangunkan untuk tarikan pelancong tetapi pelawat dialu-alukan.  Seseorang pengunjung mesti  berhati-hati . Kami diberi peringatan.  Bila-bila sahaja Orang Utan akan muncul. Antaranya amaran yang diberi, 'mereka' tak suka mendengar suara kanak-kanak menangis, ketawa kuat-kuat pun akan mengganggu mereka, kalau ambil gambar jangan guna flash, jangan bawa air (air dalam botol) jangan pandai-pandai nak dekat dengan mereka,... risau  dibuatnya.. Sudah berlaku insiden pengunjung digigit, malah warden pun jadi mangsa. Sementara nak tunggu waktu 'feeding time ' orang utan, kami duduk-duduk rihat sambil membaca maklumat tentang Orang Utan yang terdapat di sini.


Bukan mudah orang utan ini nak keluar. Waktu itu musim buah-buahan, mungkin mereka kenyang, dan tak mahu keluar walaupun makanan disediakan. Kalau diizinkanNya, mungkin ada sekor dua akan menunjukkan diri.Tiba-tiba muncul perlahan-lahan dari celah-celah pokok, seekor Orang Utan dengan seekor anak paut rapat, turun perlahan-lahan ke arah longgokan makanan yang tersedia di atas pangkin.  Ini di luar kawasan sebenar tempat mereka diberi makan.Pengunjung semua senyap, dengar bisikan-bisikan aje.  Jadi selebriti nampaknya dia. Snap, snap, puaslah gambarnya di ambil.


Oh ya, sambil itu dicelah-celah rimbunan, terjumpa pokok-pokok ini. Periuk kera!


Barulah saya nampak periuk kera yang ori. Dirumah sudah ,dalam pasu menjadi hiasan laman.
Kami tak tunggu feeding time member Orang Utan yang lain seperti Ritchie (garang punya, nama salah seekor) sebab hujan sudah mula turun rintik-rintik.
Kami tinggalkan Semenggoh.
Tapi kenapa lah.......tak ada nama lain ke?