Gulai Ikan kering tumis darat

Sudah lama saya tak ke dapur, maksudnya tak masak!
Pagi tadi terasa nak makan gulai ikan kering tumis darat. Pernah sekali masak tapi tak berapa menjadi.
Kenapa 'tumis darat'? Agaknya lah, setelah masak bahan tumis, baru dicurahkan ke dalam adunan  geng ikan kering dan sayur-sayur .

Berpandu 1 Hari 1 Resepi , (my rujukan untuk ilham nak masak apa) saya teliti bahan-bahannya. Okeylah, saya ubahsuai dengan apa yang ada dalam fridge.

Buka fridge. Ada lagi beberapa keping ikan talang, lobak merah pun ada, tomato ada, rempah kari ikan ada, begitu juga serbuk cili. (Cubaan pertama saya tak masuk serbuk cili, Sebab itu rasanya tak pedas) Santan kotak. mujur ada sekotak. Bawang kecil tak ada, ganti dengan bawang besar. Bawang putih, ada.  Daun kari, ambil dari sudut laman. Nanas, ada. Kalau ada terung bulat dan kacang panjang lagi lengkaplah gulai ini.  Halba tumis atau halba campur pun tak ada.

Cara membuat mudah.  Ambil 1/4 sahaja nanas.Potong kecil.1/2 batang lobak merah. Juga dipotong kecil, nak panjang ke nak bulat, ikut suka.  Potong 4 sebiji tomato.  semua bahan iaitu ikan talang, sayur-sayuran tadi, 3 sudu makan rempah ikan, 1 sudu serbuk cil( nak pedas masuk lebih), santan (saya masukkan satu kotak saiz kecil), masukkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
Bawang merah dan bawang putih dihiris. Tumis dalam kuali. Jangan  lupa daun kari. Tumis bersama.Minyak biar lebih sikit.

Sudah naik wanginya, tuangkan bahan tumis ke dalam gulai ikan tadi. Tutup periuk dan biarkan sebentar.

Bila nak hidang, kata Chef Hanieliza kacau perlahan gulai supaya minyak dan bahan tumis kelihatan seperti pecah minyak.

Barulah sedap gulai ikan kering tumis darat saya!Terasa masin, manis, masam, pedas.
Gambar...tak pula saya shoot!
.




2 comments:

  1. Ikan kering, di masak gulai apa pun memang uumph! Kelmarin, pertama kali singgah di Changkat Jering, Perak. Sempat membeli ikan talang & belanak kering, jenis masam-masin. Juga ikan kurau kering. Kalau diam2 saya ke dapur dan menggulainya nanti, bolehlah saya paparkan gambarnya.

    ReplyDelete
  2. Temuk,
    masak resepi rekacipta sendiri ke... macam masterchef malaysia tu. Happy cooking!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.