Hujan sepanjang perjalanan dari Melaka ke Kuantan semalam (Khamis). Kalau bukan kerana majlis perkahwinan anak perempuan my BFF , saya pilih duduk di rumah sahaja. Rain or shine mesti pergi juga. Hujan tetap ditempuhi. Saya pandu dari Melaka ke Tangkak. Hujan tapi tak lebat. Dari Tangkak ke Kuantan melalui Segamat, my dear drove. Hujan mencurah dengan lebatnya. Stress juga pandu dalam hujan-hujan begini Berdoa juga janganlah banjir., selamatkan lah kami dalam perjalanan, Gambar-gambar di atas saya shoot antara Segamat ke Muadzam Shah dan seterusnya ke persimpangan empat Pekan- Paloh Hinai. Ada kawasan rendah kelapa sawit ditenggelami air, ada bahagian jalan rosak, banyak pula lori. Banyak lopak di jalan. My dear pandu berpandukan garisan putih di tengah jalan serta lopak-lopak di jalan. Mula dari Melaka jam 10.30 pagi. Sampai Kuantan 3.30 ptg. Oh ye, singgah makan tengahari di Muadzam. Sedapnya dapat makan udang galah. Hari ini cuaca di Kuantan tak menentu. Pagi hujan, tengahari ke petang panas , petang hujan renyai. Udara lembab. Apa lagi, kain baju yang perlu dicuci, hantar dobi.....
Sekarang, malam, hujan lagi!
Petang tadi saya pergilah ke rumah my BFF, Hjh. Farida Kazi Mohd. Ada majlis Bacaan Yassin, Tahlil, dan Marhaban. Tak hujan masa tu.
Saya dengan Hjh Faruzeyah Wahab, juga kawan rapat. Masa dulu selalu melepak di rumah dia! Now, pesara aktif! |
Pengantin sedang mengedar buah tangan (juga hasil kerja tangan emak pengantin) kepada kumpulan Marhaban
Esok, 24.12.11 Sabtu, majlis persandingan. Semoga segalanya berjalan dengan baik, cuaca pun elok...Ameen
Allah juga yang menentukan.
cantik ! tahniah...jimat belanja...dan puas hati buat sendiri...saya pun suka
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMoga ukwah sesama berterusan.
Tkasih ke blog saya.
Hehe saya dah jumpa Cik Sonata tu..
Saya Juhariah staf kat MPI dulu, suami saya pun jabatan Pendidikan di MPI, tapi tak perasaanlah masa cikgu jadi ketua jabatan atau tidak.
Suami org mana? Ada fb? nak saya add cikgulah.
ok suka baca tulisan cikgu.
Ju,
ReplyDeleteSalam.
Saya dah cuba email Ju tapi response nya 'failed to send message' Saya tak de FB .Terima kasih suka baca tulisan saya, Saya tinggalkan MPI, baru suami Ju join tak? Baca cerita kita boleh komgsi nanti.Senyum selalu ,Ju!
Salam SAK,
ReplyDeleteMy BFF tu kreatif orangnya dan suka gubahan gubahan ini. Gift untuk jemputan pun dia buat sendiri.Memang menjimatkan.