Adventure 5: Menyusur Sg Sarawak


Posting sebelum ini cerita tentang naik feri cruising di kuala Sg Melaka.
Ini pula catatan river cruise, menyusur Sungai Sarawak. Jom kita sambung 'adventure' family 'Pak Abu' di Kuching.

seperti biasa mesti ada gambar kenangan
Penumpang duduk di atas deck. Ramai juga, pelancong luar dan tempatan.

Kami ikuti Sarawak River Cruise pada sebelah petang, kalau cuaca elok, dapatlah lihat pemandangan matahari terbenam. Dengan 'cruising' ini  kami  dapat lihat sekitar  kiri kanan tebing Sungai Sarawak, dan sebahagian bandar Kuching.  Antaranya,
...........Bangunan ADUN,  Kediaman Yang di Pertua Sarawak ASTANA

Siapa kata Sungai Sarawak sempit? Sempit lagi Sungai Melaka.
sampan pencong /tambang
menjadi tarikan. 50 sen untuk pergi seberang sungai

Sambil menjeling-jeling persekitaran perkampungan sepanjang sungai, kami disediakan minuman ringan.
jus oren dan kek lapis sarawak

Suka budak-budak ini , naik kapal di sungai.  Bilalah nak cruise di laut pula ye, naik kapal besar!
Si Iddin melambai-lambai
'Puteri Sejinjang' tersenyum..Suka ke, Amal?
Apa yang difikirkan tu?

Ini keptennya,, hari-hari kerja dia memandu kapal/feri ini. Teringat saya kepada Mr Chong, towkay nurseri.
Ai  Ai kepten..agaknya tutup mata pun boleh 'navigate'

Ini saat yang ditunggu. Cuaca baik. Penumpang-penumpang siap sedia untuk 'menangkap' pemandangan yang indah ini. Matahari mula terbenam. Kami guna kamera biasa aje, ataupun handphone camera. Klik, klik,klik.......ini hasilnya.

Hari semakin gelap. Bangunan di 'water front' terang benderang. Suka tengok bayangannya!
sepanjang water front
Bangunan ADUN
hotel-hotel mewah

Ada pula persembahan kebudayaan tarian suku kaum Sarawak sebagai hiburan sebelum kami sampai semula di jeti.
Si jaket 'angry bird' minat nampaknya

1 jam 45 minit menyusur Sungai Sarawak, sampai kami ke jeti.
Rombongan 'Pak Abu' puas hati. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Dinner time. Nak makan di mana?
Sini ke? Ruang makan di bahagian bawah kapal, bukan untuk kami dah!



8 comments:

  1. Salam cikgu

    Hhehe nanti cikgu naik kapal besar jgn lupa tulis...anak saya baru dpt lesen memandu terus memandu di sekitar kuching!

    ReplyDelete
  2. Salam Ju,
    Sudah semestinya saya akan tulis. Oh. anak Ju ada di Kuching?

    ReplyDelete
  3. masa sy p hari tu tak sempat lak nak naik cruse tu..kitorang jln kaki jer sepanjang sungai tu..kawan ajak naik penambang, tapi ngeri ja rasa..takut terbalik..hahah

    ReplyDelete
  4. GAH!!! I look so FAT...and messy at the same time...

    ReplyDelete
  5. Salam PB,
    Kami juga ada naik penambang. Kejap dah sampai seberang.

    ReplyDelete
  6. You noticed, yeah. Tau tak ape, Crazy Inspirit

    ReplyDelete
  7. As-salam
    Nampaknya memang menyeronokkan river cruise tu. Sampai dekat 2 jam, dan dapat kek Sarawak yg asli lagi pula! Gambar semua bangunan di water front dengan bayang-bayangnya di waktu malam itu sungguh cantik sekali. Sayangnya bola mentari menyorok dalam menuju tempat beradunya.

    ReplyDelete
  8. Temuk,
    Memang menyeronokkan menyusur Sg Sarawak yang 'sempit'apalagi dengan 'kapal' besar. Kami bayangkan cruising dalam sebuah kapal mewah. Bola mentari menyorok waktu maghrib.Thanks for reading.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.