Di Nurseri Bunga Semabuk.
Saya tertarik dengan tanaman mini.
Bukan sahaja dalam bekas bunga kecil tetapi
boleh guna mangkuk, cawan
dan bekas-bekas bunga yang lain.
Teringat saya di rumah ada 'vase' yang lama terbiar.
Ada juga set mangkuk bubur yang dah berhabuk .
Elok saya jadikan pasu tanaman mini
seperti terdapat di nurseri.
Baik hati 'amoy' pembantu yang berminat sungguh menghasilkan seni tanaman ini.
Katanya:
Bubuh tanah dalam bekas,
Tanam sepohon (atau lebih) pokok kecil
tabur batu-batu kristal atas permukaan.
Spray untuk kesegaran pokok
Nah!
Inilah hasil kerja saya
si mini dalam pasu
Kreatif la kak, cantik dan nampak ceria dengan taburan batu kristal warna warni tu.
ReplyDeleteTapi mesti rajin menjaga, menyiram 'spray' supaya segar sentiasa, Harap-harap projek akak berjaya.
DeleteInsyaallah. Bila dah cantik macam ni mesti bersemangat nak jaganya.
DeleteCawan yg patah tangkai boleh guna jugak ni. Kena rajin jag.a la ye hjh. Selamat hr raya
ReplyDeleteBoleh saje, hjh. Asalkan rajin melayan. Hi hi. Selamat hari raya to yoy too.
DeleteDah subur dan mekarkah tumbuhan tu? Harap2 begitulah ya....
ReplyDelete