MARI BERPANTUN RAYA


Pasang pelita atas perigi
Anak itik bersuka ria
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maafkan kesilapan saya jika ada.

Anak itik main berempat
Mari main sampai pagi
Lemang, rendang serta ketupat
Panjang umur jumpa Ramadhan lagi.

Perigi lama dijadikan baru
Guna airnya untuk tanaman
Ramadhan pasti akan berlalu
Syawal menjelang dengan sinaran.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR dan BATIN




4 comments:

  1. Cantik membaca pantun orang. Cuba buat sendiri dah jadi huru hara. Yang saya buat tak bunyi 'pantun'. Jangan ketawa kalau baca Pakcik punya.

    ReplyDelete
  2. Wah berpantun nampak! Bagus! Menjelang HRA eloklah kita menghidupkan seni sastera & budaya Melayu lama. Sekurang-kurangnya jadi tatapan pembaca dan imbasan khazanah sastera Melayu supaya ia tidak dilupakan dan hilang ditelan zaman,,,,

    ReplyDelete
  3. Selamat Menyambut Hari Raya Kak Hajah Nora..

    ReplyDelete
  4. Rumah datuk jauh di sana,
    Terpisah oleh sempadan negara;
    Aidil fitri disambut sederhana,
    Apa yang penting hati gembira.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.