BILA PESARA PENDIDIK BERHARI RAYA

Pagi tadi saya menghadiri 'gathering' sambutan Hari Raya Aidilfitri ...di Kuantan.

''PBPPPM'ringkasnya persatuan 'pesara pendidik'....pendidik pencen.tak kisahlah, Pengarah ke, PPD ke, Pengetua ke  guru ke,...semua lah yang terlibat. Di atas ialah kad jemputan BBF saya. Untuk saya di Melaka, SMS aje.
Maka bila dah bertemu  secara rasmi setahun sekali, macam-macam lah pertukaran khabar dan cerita semasa. Sudah semestinya wajah dah berubah, bertambah matang, ada yang sakit-sakit lutut. ada yang sakit '3 in 1. Buat apa sekarang, Cg? Macam-macam jawapan. Jaga cucu, mengemas rumah tak sudah-sudah, berkebun, melancong, menghadiri kelas Bahasa Arab,  pelbagai  kerja yang dahulunya terabai barangkali. Macam-macam pesara ni. Tapi syukur kepada Allah SWT yang hadir nampak sihat dan bersemangat. Yang penting jemputan dipenuhi untuk bertemu kawan-kawan lama, merapatkan lagi  silaturrahim.....nak beraya ke rumah masing-masing, agak susah juga. Saya bersyukur dapat turut serta dalam perjumpaan.
Inilah dia suasana bila pesara pendidik Pahang khasnya Kuantan berhari raya.

Bersama Hjh Naimah (pernah GB Cemerlang), Hjh Farida Kazi, Hjh Rubiah Sidin (giat berko-op), Pn Norisah

Catatan kehadiran. Pn Hjh Farida Kazi (sebelah) masih aktif sebagai pegawai sukan

Mengisi borang ahli seumur hidup


Saya rindu Laksa Pahang

Pencuci mulut warna warni. Cendol pun ada.

Melayani hidangan ketupat, lemang, lontong, rendang

Kawan-kawan lama semasa berkhidmat di Maktab Perguruan

Bersama mantan DatoPengarah JPNP , Dato Abd Rahim Mohamad (berdiri bersongkok)

Cg Hjh Siti Saleha mendendangkan lagu Hari Raya


Bersalam hingga jumpa lagi
Kami berempat. Dua di tengah berpakaian sedondon. Shopping sakan di HCMC ;)
Semoga dipanjangkanNya  umur dalam kesihatan yang elok serta dimurahkaNya rezeki dapat kita berjumpa lagi. Ameen.

7 comments:

  1. mOGA Ukwah terus berpanjangan. yg penting...cikgu masih mcm dulu- comey dan kecik molek!

    ReplyDelete
  2. Persahabatan yg dah trrjalin sekian lama umpama berlian yg makin menyinar...
    Alhamdulillah.. Masih berkesempatan bertemu dan beraya bersama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu dikekalkan sinaran itu. Syukur Alhamdulillah.

      Delete
  3. Tkasih memaparkan gambar-gambar masa jamuan tu. Yg berpakaian sedondon tu kebetulan sama-sama menayangkan hasil shopping mereka... tak berpakat pun. Semoga semua doa -doa di atas tu dimakbulkan Allah jua hendaknya.... Amiiin.....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.