HADRAH HARI RAYA DITERUSKAN LAGI

Hari ketiga. Mari berhadrah Raya singgah pula di rumah rakan-rakan di Bukit Baru, Paya Ikan  dan Bukit Piatu.

3 beradik di Bukit Baru, Hjh, Zaleha, Hjh Rubiah, Hjh Zainun bergabung tenaga menjemput kami. 3 beradik ini hebat dalam  masak memasak. Sudah tentu hidangan pun hebat. Ada Nasi Dagang, Laksa Penang, Laksa Melaka/Nyonya, bubur kacang hijau durian, air laici, Oh...lagi rancak pukulan bonggo, gendang dan rebana. Makin tarik suara penyanyi. Apa-apa pun, semoga mendapat keberkatan majlis hadrah tersebut, bertambah erat silaturrahim antara sahabat.

2 beradk bersama 3 beradik

Hidangan nasi dagang, laksa Melaka, Laksa Penang

Kita pun nak nyanyi juga!
Kemudian ke rumah Pn Hjh Nyacik di Paya Ikan.  Kebetulan ada rumah  terbuka.

Hjh Nyacik  no 2 dari kiri
Hjh Nyacik menyampaikan duit raya kepada kami
Akhir sekali ke rumah Kk Hjh Zaiton Dagang, di Bukit Piatu, rumah  kami bertadarus pada bulan Ramadhan baru-baru ini. Kk Hjh sangat berbesar hati kami berhadrah di rumahnya. Maklum Kk Hjh sudah 83 tahun umurnya. Kehadiran kami dapat menghiburkan hati beliau dengan lagu-lagu hari raya serta nazam.

Kk Hjh Zaiton Dagang senyum gembira

Selamat ulang tahun ke 83, Kk .Mak Ton

Sudah tiga hari berhadrah. Sudah 9 rumah dikunjungi. Tapak memukul gendang, rebana serta gendang sudah menebal. Masih ada rumah perlu dikunjungi....

Semoga Allah memberkati perjumpaan kami.
Kami mohon keampunan mu, Ya Allah......



2 comments:

  1. Hai kongsikanlah beberapa bait senikata nazam & hadrah tu untuk renungan bersama. Boleh ????

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.