HADRAH RAYA: ADA KEJUTAN

Hari ini berhadrah di rumah Pn  Hjh Fatimah Abu. Di kalangan kami beliau lebih mesra dipanggil 'Mak'. Mak Timah walaupun sudah veteran tetapi masih cergas dan aktif dalam persatuan dan masjid

Bergambar di tangga Melaka rumah Mak Timah
Hjh Fatimah Abu, pandai mengaji dan berdondang sayang
Dan kali ini ada kejutan. Bukan kejutan letrik, hi hi...
Mak Timah telah menjemput Pak Imam sebuah masjid berdekatan untuk membaca doa memberkati majlis. Imam ini juga merupakan pemimpin  Kumpulan Hadrah Masjid tersebut. Setelah kumpulan hadrah membuat persembahan,

Pak Imam  memenuhi permintaan dengan menyampaikan 2 buah nasyid 'Solatain' dan  "Ya Hanana, Ya Hanana"

Kedua-dua nasyid tadi diringi oleh kumpulan hadrah kami. Sukanya hati para tetamu.
Terima kasih banyak-banyak Pak Imam. Nanti bolehlah hadrah kami membawa lagu itu pula!
Sudah tentu sebelum bersurai, makan time: Tahu Sumbat, Cucur Udang, Garlic Bread dengan Sup tulang kambing, Kway teow Goreng, keledek rebus dengan kelapa parut, Mash Potato. Ada yang tapau bawa balik.

Terima kasih kepada Mak Timah, tuan rumah. Budi baik tetap dikenang. Semoga diberkati. Ameen

Esok 
31 Ogos 2013

gambar dari google

4 comments:

  1. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE-56. SEMOGA NEGARA SENTIASA SELAMAT, AMAN, MAJU DAN BERSATUPADU.
    Syabas kumpulan Hadrah, semoga terus aktif mengembangkan seni hadrah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Semoga negara kita selamat, aman dan damai. Ameen Kumpulan hadrah sentiasa memperbaiki mutu persembahan maklumlah ahli-ahlinya 'vetaran'

      Delete
  2. Salam hari Merdeka!
    Wah Pak Iman pun ber ya hanana.
    Bagus betul kat sana, sini tak pernah dgr pun org berhadrah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk di kampung, ju. Lagi pun LKPI ni aktif. Macam2 program dibuat. Selamat hari Merdeka.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.