MARI BERHADRAH

 Sudah lama ia tertangguh dan tahun ini Alhamdulillah dapat diteruskan. Apa projeknya ye? Mari Berhadrah!!! Jadi hari ini mulalah apa yang dirancangkan oleh LKPI Melaka Tengah, Sambil mengeratkan silaturahim antara sahabat handai sempena Hari Raya Aidilfitri, mereka berusaha untuk menambah tabung Hadrah. Jadual mereka yang ingin menjemput Kumpulan Hadrah ini ke rumah diatur. Hmmmm...nampaknya dalam satu hari ada 3 jemputan. :)
Hari ini sahaja 3 jemputan dipenuhi : Rumah Pn Sri Zabedah (Pengerusi LKPI Negeri), rumah Kak Hjh Hapipah Mahat (Naib Pengerusi LKPI Melaka Tengah) dan rumah Kak Hjh Salha 'Cik Tah' (ahli veteran). Bukan main lagi makcik-makcik  dan nenek-nenek  memukul gendang, bonggo, kompang serta mengetuk tempurung, botol dan tamborin sambil berselawat, bernazam serta mendendangjan lagu hari raya serta nasyid.  Sungguh rancak dan meriah persembahan veteran ini. Lepas tu, apa lagi! Jamu seleralah dengan pelbagai hidangan. Bayangkan 3 rumah......tentu rumah akhir sekali kami kekenyangan....tapau aje nampaknya! Yang penting ialah mengeratkan persahabatan, bukan mudah nak jumpa rakan-rakan serta sahabat kalau tidak ada perjumpaan seperti ini.
Semoga apa yang diusahakan oleh LKPI Melaka Tengah ini diberkati Allah. Kepada puan rumah pula semoga dimurahkan rezeki. Ameen....

Sumbangan daripada Pn Sri Zabedah (kiri)
Selepas solat zohor kumpulan hadrah ke rumah Pn Hjh Hapipah Mahat di Bukit Baru


Pn Hjh Hapipah (di belakang) bersama 2 'orang ku'at Hadrah
'Kalau makan, jangan rebut-rebut'
Rumah ketiga, rumah Pn Hjh Salha atau Kak Ta, seorang veteran.


Semoga Allah SWT memberkati perjumpaan kita. Ameen
Itu baru pusingan pertama, hari pertama.
Esok rumah siapa pula ye?

4 comments:

  1. Assalam Alenna
    Alhamdulillah, pandai mereka mencari sumber pengukuh silaturrahim: hadrah, majlis ramah mesra, 'candle-light dinner'.... InsyaAllah semuanya menjadi punca hubungan baik yang berpanjangan yang sememangnya Allah sukai. Nampaknya bila ada majlis-majlis sedemikian rupa, takut pula jadinya kalau tak dapat hadirkan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Itu salah satu cara untuk menambahkan tabung kebajikan kumpulan Hadrah. You have to work hard to earn it. Ada juga tak hadir dengan sebab-sebab tertentu tetapi acara tetap diteruskan dengan jayanya.

      Delete
  2. Tahniah dibuka hati oleh Allah swt untuk join kumpulan hadrah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya mengisi masa lapang dan suka menyanyi. Dapat juga mengeratkan silaturrahim.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.