Harapan

Salam.
Sudah bulan Jun rupanya!
Ke mana perginya bulan Mei?
MasyaAllah!
Cepatnya masa berlalu!!!
:
:
:
Rumah ibu sudah tiada,
Cepat dan tertibnya
Wak-wak Jawo menanggalkan satu persatu
bahan bahagian rumah ibu
Atap (ardex), siling, rabung, papan dinding, tiang
semua dilakukan dengan cermat
penuh hati-hati.
supaya tak rugi!
:
:
:
Sekarang,
Tinggal bahagian rumah dapur.
Tunggu masa untuk di upgradekan.
Sesuai dengan rumah ibu.
:
:
:
Masa berlalu dengan pantas tanpa disedari,
kata orang
pejam celik, pejam celik. atau
kelip-kelip mata.
:
:
:
Tak lama lagi,
InsyaAllah
Akan terdirilah pengganti rumah ibu yang baru.
harap semua berjalan dengan selamat dan mudah
harap diberkati segala urusan
harap tidak diserang anai-anai lagi.
harap semua terima dengan senang hati.
rumah baru bonda.
:
:
:
Ku menunggu dengan penuh kesabaran.

12 comments:

  1. salam kak hajah nora..
    rumah mak saudara saya di melaka pun sudah ditukarkan kepada rumah bawah sahaja. Dahulunya memang jenis rumah tradisi melaka.. tapi bila dah berumur, mak saudara lebih senang turunkan rumah atas.
    Selamat membina rumah baru...

    ReplyDelete
  2. salam,
    memang masa berlalu terlalu cepat. baru lagi rasanya masuk tahun baru. dah setengah tahun.

    tengah renovate rumah ye..
    nanti kalau ke melaka kita nak gi meround la haha..

    ReplyDelete
  3. Masa ni berlalu macam ditiup angin..

    Seronoknya dapat upgrade rumah untuk ibu...

    ReplyDelete
  4. Ezza,
    Ada banyak gambau, next time lah.

    ReplyDelete
  5. hjh Rahmah,
    Rumah tradisi Melaka comel. Di kampung di bandar Melaka banyak sudah diganti dengan rumah
    'bawah'.

    ReplyDelete
  6. Hajah Pah,
    Silalah ronda-ronda tengok kawasan rumah dah jadi macam kesan perang.

    ReplyDelete
  7. Salam Azie,
    Rumah lama diganti dengan rumah bawah, bukan untuk ibu, dah arwah, tapi untuk keselamatan semua.

    ReplyDelete
  8. Salam kak hajah Nora

    Rumah berwajah baru seronok anak cucu berkumpul.

    ReplyDelete
  9. Betul Zaitun, bila cuti atau hari kebesaran maka ramai lah di rumah, lebih-lebih yang duduk jauh. Tapi famili akak tak ramai. Ini pun rumah kedua akak, akak berulang alik ke Kuantan.

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Nora,

    Ni rumah yang mana?? Kat Melaka ke, kat Kuantan? Mosykel pulak saya.Kak Nora ni tinggalnya kat mana??...kejap Melaka, kejap Kuantan?..hemmmm.. :-(

    ReplyDelete
  11. Salam Yan,
    Ini rumah famili di Melaka. Di Kuantan rumah saya. Dah bersara saya berulang alik Melaka Kuantan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.