Nasyid popular minggu ini

Salam.
Pernah dengar kan nasyid ini?
Nyanyian kumpulan Saujana.
Hai, sejak Shahir (bekas ahli Saujana) jadi champ AF8
makin kemundang nasyid ini di rumah PT.
Lirik korus macam ini
"Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya, serta buahnya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang, apa gunanya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya..."
Bermuncung-muncung mulutnya menyanyi
Siap rekod nasyid ke dalam handphone
dan
sampai waktu solat
(khasnya Maghrib dan Isyak)
dia akan ajak saya solat.
"Nek lang siap wuduk, pakai telekong, panggil Iddin"
Dia nak azan dulu
(dan Nak Lang jawab barisan azan yang dilaungkan)
Dia nak jadi Imam.
Turut sajelah(saya kena ulang balik solat)
Sambil tu saya betulkan cara solat dan bacaan
(boleh pulak makmum behenti solat dan tunjukajar pak Imam!)
Ingat lain kali, solat jangan rush,
Ingat ayat-ayat yang nak dibaca
Ingat tertib solat.
Dapat lakukan yang basic, setakat ini,
sudah bagus..
nanti buat nilai tambah supaya solat Iddin cemerlang!
Lepas solat, berdoa,
tetapi
(yang dibaca doa selepas azan.)
Nanti Iddin ambil buku doa, Nek Lang,
Ada banyak doa boleh pilih.
Tak apa baca dalam BM pun tak apa,
Allah faham permintaan kita.
Jangan lupa doa untuk mummy dan daddy.
Bagus, Iddin, terus kan solat,
Jangan malas...
sebab
"walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak sembahyang, apa gunanya"
Dia setuju nak bersekolah menengah Agama
Mudah-mudahan akan ada
Imam Muda
InsyaAllah
(maaf, Imam Kecil, lah Nek lang)

8 comments:

  1. Hjh Nora
    Alhamdulillah & syukur dapat sama2 melentur buluh dari rebungnya. Apa lagi dapat melentur ke arah yang sepatutnya. Melentur yg dah peringkat buluh amatlah payahnya, apa lagi peringkat buluh kering. Peringkat (dan macam) sayalah tu! Salam bahagia.

    ReplyDelete
  2. salam kak hajah nora...
    saya cukup meminati kumpulan anak2 muda ni sejak mereka mula2 menjadi penyanyi nasyid.. Kejayaan mereka dalam pelajaran juga amat membanggakan..
    Lagu sepohon kayu ini memang antara lagu yang paling baik mesej yg disampaikan.

    ReplyDelete
  3. nasyid ni sejak anak saya yang sulung tu tadika, sampai sekarang tak jemu2 mendengarnya.

    ReplyDelete
  4. Salam Temuk,
    Nak melentur buluh muda pun kena banyak pujuk rayu.Nak melentur buluh kering, kena ikat bersama buluh semambu. Tapi saya suka pokok buluh Jepun, batang halus dan daun kecil. Take care.

    ReplyDelete
  5. Salam Hajah Rahmah,
    Nasyid evergreen..

    ReplyDelete
  6. Salam Hajah kakPah,
    'Sepohon kayu'..memang tidak menjemukan. Anak-anak Tadika Aulad tentu suka nasyid ini.

    ReplyDelete
  7. Salam kak hajah Nora

    Nasyid yang boleh mengingatkan tentang kehidupan.Muziknya pun sedap.

    ReplyDelete
  8. ingat ms ida wakil kumpulan nasyid kt sekolah dulu penah persembahkan nasyid ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.