Salam.
Hujan lebat di luar sana. Sedapnya sambung relaks atas katil. Ha,ha,ha,,,sedang mendengar Sinar Pagi , geli hati dengar coleteh SY (I follow...) dengan geng. Kelakar SY natural...boleh jadi ada pendengar tak suka tapi saya suka. Isu-isu yang dibincangkan bersama pendengar secara lawak dan relaks. Lagu-lagu yang dimainkan sedap pula tu. Sekarang lagu "I will survive" Tadi lagu ' Titik-titik noda'... Sinar pagi menghiburkan setiap pagi..
Kenapa saya ke klinik semalam?
Saya terjatuh dan 'benjol di sini you sudah tak nampak!'. Pinjam lagu P.Ramlee.
Saya terjatuh sebab nak menghalang seekor kucing PATI masuk ke dalam bilik tidur. Saya kejar dan salah langkah, hilang pertimbangan....dan oooooooppps terduduk dan kepala (kejap.... lagu 'Basikal tua di radio.....') terhentak kat bucu tembok dekat pintu bilik. Apa lagi nampak bintang-bintang berkelipan. Benjol dan luka pada bahagian belakang kepala sebelah kiri. Aduuh sakitnya!
"Nek Lang jatuh," jerit budak-budak kat rumah.
"Alang jatuh!" teriak pula emaknya.
Rasa di kepala, fuuuyuuh, ada benjol, ada darah. Cepat-cepat Mshart ambil ketulan ais dan pekap (ada perkataan ini tak) pada benjol tadi. Katanya adalah sebesar bola ping pong. . Sapu minyak gamat pada luka.
Itu sebab berada di klinik malam tu. Saje . nak check, kot serious.
"Not serious," kata doktor. Bawalah balik medication untuk lima hari.
Syukur. Sebenarnya saya dah berapa kali jatuh. Jatuh basikal, jatuh main ayunan atau buaian semasa kecil-kecil dulu di padang permainan. 'Slipped' kat tangga...jatuh kat longkang.
Oh kena berhati-hati, tapi kalau dah takdir.... sekian-sekian masa pada sekian-sekian hari akan jatuh.....macam mana?
"Ya Allah lindungilah kami daripada kemalangan, kebakaran dan tenggelam dalam air"
Hujan dah mulai teduh. Masih sejuk lagi. Masih terhibur dengan Sinar Pagi!
Tapi benjolnya sudah hilang, sakit masih terasa.
salam,
ReplyDeleteTerima kasih atas kesakitan yang di alami, kerana ia kan menjadi satu kepujian dan kemuliaan...
Selamat pagi dan Terima Kasih Cikgu Ahmad Humairi
ReplyDeletesalam kak hajah nora...
ReplyDeletemasa kecik2 memang biasalah jatuh..luka2.. tapi kalau usia begini jatuh... org yg dengar susah hati sebab boleh jd komplikasi.. tapi alhamdulillah... kak hajah nora tak apa2....
selamat beristirehat...
Hajah,
ReplyDeleteInsyaAllah dan terima kasih. Dah hilang suspense?
Salam Kak Nora,
ReplyDeleteHati-hatilah selalu. Jatuh-jatuh terduduk ni adakala bawa bahaya, takut 'slip disc'...jenuh pulak menahan sakit.
Harap Kak Nora bertambah sembuh dan benjolah tu hilang segera.
Jaga diri alang..nanti saya nak ke muar bulan depan..nak singgah kejap jumpa alang ..rindu bebenar...
ReplyDeletelain kali jangan di kejar kucing tu..Iddin kan ada!
Thanks Yan, semua okey.
ReplyDeleteSalam Azza,
ReplyDeleteIddin geli kucing!!!
Nak terjadi, apa nak dikato!
Salam Kak,
ReplyDeleteSinar FM memang peneman saya on the way pergi keje..memang bezz dorang tu.
Harap okey semuanya ye kak.
Sinar FM memang happening.
ReplyDeleteSemua dah okey, Azrin, thanks.
Salam kak Nora
ReplyDeleteHati2 kalau berjalan kadang2 kita ini mata kelain bila berjalan banyak nak difikirkan.
laaaa aunti jatuh?
ReplyDeleteabistu ok tak?
take care ye auntie.
Salam Zaitun,
ReplyDeleteTerima kasih atas pesanan.
Hi Pat,
ReplyDeleteLaaaa baru tau? Okey Pat, benjol aje dan luka skit. Thanks Pat.
Salam Hjh
ReplyDeleteAlahai, dah warga begini jganlah jatuh2 lagi. Syukur dah baik. Jgn jatuh hati sudahlah, kecuali jatuh hati pd bunga, makanan, pakaian, pemandangan atau lagu. Maaf, semoga ceria selalu.