Salam,
Lama sungguh saya tak ke cineplex. Jom, malam tu, satu famili pergi tengok Toy Story 3. Ini cerita Toy Story ke 3. Toy Story 1 dan 2 saya tak pergi nonton. Kata budak-budak di rumah, Toy Story best. Toy Story...Cerita Mainan Kanak-Kanak. Jadi sudah tentu pelakon utama mainan kanak-kanak...toys. Penonton diberi 2 pilihan samada nak nonton secara gitu-gitu (maksud saya, macam biasa) atau gunakan spec 3D ( bukan 3G, okey). Lebih berkesan dengan 3D. Tentulah harga tiket pun berbeza. Saya belum pernah tengok wayang guna special spec ini...special effect. Jalan cerita mudah . Saya suka dengan watak 'toys' dalam cerita ini. Saya dengar Amal terkekek-kekek ketawa lihat Barbie 'berboyfriend ' dengan Ken. Amal ni peminat No 1 Barbie. Bagaimana Barbie 'tricked' Ken untuk menyelamatkan kawan-kawan dia. "Ken' is a girl's toy".Amal juga ketawa lihat 'diri' dia main dengan mainan sambil bercakap-cakap dengan patung-patung. Saya bayangkan Iddin bila Andy semasa kecil (tuan punya toys ) bermain-main sendirian dengan 'toy's nya. Saya bayangkan diri saya emak Andy bila beliau sibuk menyuruh Andy mengemaskan barang-barang permainan, mana nak buang dan mana nak disimpan. mana nak diderma, semasa saya mengemas rumah tempoh hari. Ada juga penonton yang memiilih untuk tidur di belakang spec 3D sebab Toy Story 3 bukan untuk dia!!!Tak jiwang-jiwang..
Untuk sinopsis Toy Story 3 pergilah ke google. Memang menghibur dan berkesan ceritanya.
Banyak pengajaran Toy Story 3....antaranya, pentingnya "brotherhood (sisterhood) and friendship" dalam keluarga dan persahabatan. Pentingnya kasih dan sayang. Pentingnya membuat pilihan yang bijak dalam mengambil keputusan.
"No toys are left behind" sangat dalam maksudnya.
salam kak hajah nora...
ReplyDeleteSaya yang dah menonton cerita ni memang setuju cerita ni BEST. Jalan ceritanya walaupun ringkas tapi penuh dengan adegan yang 'memukau' penonton. Pengajaran mengenai semangat 'brotherhood.sisterhood' memang bagus dijadikan teladan.
bagus kalu diambil iktibar dari setiap cerita itu.
ReplyDeleteSaya memang suka kartun dari dulu lagi.
ReplyDeleteTak sempat2 lagi nak bawak anak2.
Anak2 dah tengok berkali2 TS2 kat Astro sampai dah naik hafal dibuatnya..
memang best ...
ReplyDeleteToy story saya...dari buluh, biji getah, kayu dan alam semulajadi...oh indahnya waktu itu...
ReplyDeletekak nora..saya pun tak pernah tengok,..anak2 ada beli dvd yang 1 dan 2 tu..tapi saya tak tengok juga...
ReplyDeletebagus juga sesekali menonton ni untuk melarikan diri dari bebanan...
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda. Toy Story 3 is a must see movie to those young at heart.
ReplyDelete