Taman Gelora


Kalau saya rajin,
saya akan mendaki Bukit Sekilau di hadapan rumah,
brisk walk....
Kalau sudah bosan dengan mendaki bukit,
saya ke

Taman ini terletak 'on the side of town'
sebelum sampai Teluk Cempedak
Tempat popular bagi orang di Kuantan, bersantai.


Waktu saya pergi satu pagi, taman agak lengang,
quiet n peaceful,
mana taknya, dah naik matahari
penggiat sukan dan riadah sudah balik!
Sebelum subuh, sebelum matahari naik
mereka dah sampai, ramai jugalah...melakukan berbagai aktiviti kesihatan...
lari-lari, jalan-jalan, tai ci, yoga, qi kong
line dancing, arobik, berbasikal...
Tapi oleh kerana redupnya dan 'cool'nya
tempat ini, tak terasa panas.


Di Taman Gelora ada Tasik Teratai
Rumah-rumah di belakang tu ialah kuarters kerajaan.


Teratai, teratai, teratai....mana dikau?
Kering aje! Hai 'maintenance'...


Anda klik lah kat imej nak tahu sudut-sudut yang ada di taman.


Ini dia closeup bunga teratai yang ada


Nak urut tapak kaki?




Laut Cina Selatan, biru airnya, laut belum bergelora lagi
Taman ini terletak di tepi laut, itu namanya, Taman Gelora





banyak pokok rhu




ada tasik yang mencantikkan pemandangan
redup dan aman
ada jambatan gantung juga



jalan-jalan keliling Tasik Teratai.
ada pokok kelapa, buluh...
satu pusingan brisk walk, dah berpeluh


swinging pedals
ada lagi stesyen-stesyen lain untuk latihan fizikal

Oh, penat juga jalan keliling,
sakit pula kaki, lutut dah berbunyi,
matahari dah meninggi.
perut pula lapar...
Ada juga gerai makan,
pernah rasa rojak dan ABC nya,
best :=)
Ada tak lagi?

Jom, time makan :=)

18 comments:

  1. nostalgik...ni tempat lepak saya waktu hujung minggu melepaskan diri dari hostel di KM 5,Jalan Gambang; 23 tahun lalu. Next time ke Kuantan, mesti nak singgah sini mengimbau kenangan....

    ReplyDelete
  2. kak nora..cantiknya tempat riadah..hari2 pun tak pe ni kan..sambil jalan2 lihat panaroma yang cantik..tak terasa letihnya...

    ReplyDelete
  3. wow.. bergelora dada melihat pemandangan di situ. mesti seronok berjoging pagi2..
    jangan ada mahkluk yang salah gunakan tempat ni sudahlah..

    ReplyDelete
  4. cikMilah,
    23 tahun yang lalu, taman ini tidak seperti ini, sekarang indah dan tenteram.

    ReplyDelete
  5. Betul kata Erna. Yang rajin jogging hari-hari ke sini pun tak apa. Slow walk sambil chatting dengan kawan-kawan tak terasa pun letihnya. Tapi akak letih, maklumlah dah seasoned.

    ReplyDelete
  6. Hajah,
    Harap-harap begitulah....kerjasama pengunjung amat penting untuk maintain tempat ini. Ada taman-taman riadah lain tapi ini lah yang popular di Kuantan.

    ReplyDelete
  7. salam,

    last di Pahang (1987), pergi ke Sg. Ular ziarah teratak Bayu Mesra. Teluk Cempedak, Cherating, SK Bukit Sekilau, Taman Negara..Tong Kiat...aahh..banyak lagi nostalgia di sini...

    ReplyDelete
  8. Cg,
    SK Bukit Sekilau dekat benau dengan rumah saya. Apa cari di Tong Kiat tu?

    ReplyDelete
  9. Ya KakNora, dulu banyak pokok jer, swing pedal, taman kanak-kanak, tempat jalan kaki berbatu tu belum ada...

    ReplyDelete
  10. cikMIlah,
    Akak ingat lagi kayuh pedah boat di tasik, sekarang tak ada dah.

    ReplyDelete
  11. Hjh Nora
    Patutlah hati amat terpahat pada BS & Kuantan! Tasik Teratai, Pantai Gelora; Memang menyihatkan tubuh & minda. Salam.

    ReplyDelete
  12. dah lama tak ke Kuantan dan kawasan sekitarnya...nyaman dapat berehat di tepi pantai...sebelum ni selalu berkursus kat Kuantan / Cherating / De Rhu...he3x...kak Nora selalu jugak kot...

    ReplyDelete
  13. salam....kak nora - maaf : komen tu saya yang tulis ! bukan syarinie omar...ini anak angkat saya...dia tak sign-out...last2 saya main hentam aje! he3x

    ReplyDelete
  14. salam kak hajah nora..
    seronok betul tengok kak nora sekejap di bukit cina..sekejap di bukit sekilau..
    tapi haruslah penatkan berkejar antara dua bukit... apapun pemandangan yg kak nora paparkan memang cantik...

    ReplyDelete
  15. Salam Temuk,
    Sememangnya jiwa tenang walaupun pun pantainya bergelora!

    ReplyDelete
  16. Cg Sonata,
    Saya kadang-kadang pun terguna id pengguna lain. Bila saya tengok cg-cg attend seminar, berkursus di hotel-hotel, terkata di hati "Dulu aku pun macam you all juga"

    ReplyDelete
  17. Hajah Rahmah,
    Di sana bukit, di sini bukit,
    Tengah-tengah pohon pinang
    Di sana sikit, di sini sikit
    Dua-dua saya sayang.
    Apa ada pada kelapa,
    Penat sikit tak mengapa.

    ReplyDelete
  18. cantik sgt tempat ni..sy harap sy akn sampai ke tempat ni lagi...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.