Gostan

Salam,
Layan gambar dulu...


Tayar belakang tergantung.
Apahal ni? Bukan. ini bukan kereta JY.

Bila Savvy tertarik dengan Triton...atau...
Triton tu ada magnet???


Superheroes...


Akhirnya!!

Ah...pagi tadi, kira-kira jam 11.00, ada kejadian 'Hairan bin Ajaib', berlaku di hadapan rumah saya di BS. Sebuah Savvy (cantik manis) telah menggelosor turun (gostan) daripada bukit (di hadapan rumah) , melintasi jalan besar, dan,terus terhenti di tebing jalan, tersangkut di situ, dengan tayar belakang kedua-duanya tergantung. Mujur ada tebing. Kalau tidak, mungkin boleh pusing , terbalik!!Tapi terkena juga (sikit aje) sebuah Triton (yang gagah) yang kebetulan sedang parkir. Yang hairan nya, waktu Savvy gelongsor, jalan raya sepi tak ada kereta lalu lalang dan tak ada orang yang perasan!!!! Macam cerita kartun aje. 'Pelawat-pelawat' yang turut melihat kejadian kata "nasib baik tak ada kereta, ..... " "nasib baik ada benteng ....." dan macam-macam "nasib baik"nya, hai, orang kita selalu bernasib baik, Alhamdullilah.... Lihatlah hero-hero orang kuat gagah perkasa bergotong royong mengangkat si Savvy....(termasuk superhero saya lah).
Gambar di bawah pula, Savvy dah naik ke bukit semula. Nun..yang kecil tu. Ya, tadi dia gelongsor turun dari tempat dia parkir tu lah. Same spot. Kan jauh tu?
Hai....manusia memang pelupa...walaumacam mana berjaga-jaga..pemandunya (maaf...wanita) terlupa nak tarik hand break!

10 comments:

  1. Kak hajah nora..
    syukur alhamdulillah.. tiada pulak anak kecil sedang bermain-main di situ sewaktu savvy melorot... takkan cukup dengan hanya mengatakan 'terlupa nak tarik hand break' apabila ada nyawa yang melayang...

    ReplyDelete
  2. kak Hajah nora..walaupun banyak nasib baiknya..alhamdulillah..selamat..

    ReplyDelete
  3. Hajah Rahmah,
    Semuanya mujur....Allah melindungi.

    ReplyDelete
  4. Sakam Erna,
    Selamat, yang panik tadi....pemandu. Yang agak hot, tuan punya kereta yang kena 'cium'

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah dan kenal kak.
    saya singgah dari blog Kak Erna.


    saya add akak dlm blog list ye.

    ReplyDelete
  6. Selamat datang ke rumah akak, azrin

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... risau kiterrr...

    ReplyDelete
  8. Apa dah risaunya, kereta gostan begitu saje dek tarikan 'teruna' gagah di kaki bukit.

    ReplyDelete
  9. Hjh Nora
    Hehe, kereta pun ada yg teruna (dan dara)? Kena jagalah depa ni nampaknya, supaya jgn asyik menarik atau ditarik. Letihlah syarikat insurans! Memang mujur + nasib baik juga ada superheroes turut membantu. Tuan (puan?) kereta kata terima kasih + belanja teh tarik, tak? Salam bahagia.

    ReplyDelete
  10. Salam Temuk,
    Yang punya kereta ter'gostan' tu seorang 'puan', hanya ucapan terima kasih kepada yang rela membantu. Temuk jangan lupa pula tarik hand break bila parkir, sebab tuannya asyik berangan nak cerita pokok apa pula lepas ini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.