Macam mana?

Salam.
Ini laptop kakak. Saya pinjam. Nak load gambar. Tak tahu cara. Kakak tak de sebab dia tinggal 'transit' di rumah jiran di BC. Kan rumah famili under renovation? Saya? Tinggal sementara di rumah MsHart di PT. Kenapa kakak di BC? Mudah nanti dia nak monitor 'pembinaan' rumah. Apa-apa problem, kontraktor contact dia. Tadi dia di PT. Nak tunjuk saya cara nak load gambar. Tapi saya pula, tak berapa sihat. Selesema tapi sekarang dah okey. Dah lama saya tak kena selesema. Hari ini cuaca agak panas dan saya makan durian. Kan musim sekarang. Pagi tadi lepas breakfast di Mini Malaysia, kami drove at the countryside (kampung lah tu) through Bemban to Air Molek. Durian Air Molek, best. Tapi saya tak makan banyak, 2,3 ulas aje. Isi durian tebal, manis. Ooooooh, baunya semerbak, mencucuk hidung dan meninggalkan bau yang melekat di tangan. Bila dah cucuk ke hidung tu, mulalah bersin dan bersin dan bersin. Dah telan T**Life, dah kunyah vitamin C, dah ambil Cl*****se, dah minum air suam berulangkali......syukur....dah kering hidung saya. Baru lega. Tapi macam mana nak load gambar ni? Program pada PC kakak asing bagi saya. MsHart pun tak dapat bantu. Nanti lah saya guna pula laptop MsHart. Mungkin boleh.

Terkini: Malam.Sekarang sedang cuba nak download guna lappy MsHart (my niece). Dia. dah keluar dinner. Hu,Hu,hu....tak berjaya juga...lain dengan program yang saya dah biasa. 'Dia' suruh kita import semua gambar, satu persatu, baru boleh choose mana kita nak. Program yang saya dah biasa, semua gambar akan diimport serentak. Kita ada lebih 1,000 gambar dalam memory stick. Bosan....mana boleh review satu persatu! Mungkin ada caranya . Nantilah tunggu tuan punya balik. Apa kata dia. Alahai, tak pass, pass IT lagi. Lama-lama gambar pun dah out-of-date.....

12 comments:

  1. salam. saya kalau pakai orang punya pun tak tau macamana nak guna..

    ReplyDelete
  2. kak hajah nora...
    saya pun kalau dah pakai orang punya, memanglah kena mintak tuan punya tunjukkan... selesa guna sendiri punya.. mungkin kalau kita masih muda (30 tahun muda) kita masih mudah nak belajar dan mencuba sendiri... sekarang tak kuasa...

    ReplyDelete
  3. Hajah,
    Kita guna program lama, yang ada program terkini, yang kita tak biasa, itu yang jadi masalah.

    ReplyDelete
  4. kak nora..nasib baik..saya guna sendiri punya aje..jadi dah tau cara..

    ReplyDelete
  5. Erna,
    Itulah, frust tau. Tapi mesti ada cara.

    ReplyDelete
  6. Hjh Nora
    Ada orang kata, kot nak pandai IT, jgn makan durian. Saya akur. Lagi pun kerongkong dah tak kebal.Tapi tak juga pandai. Malah makin bingung + bengang. Nak save entri yg draf selalu terus terpapar! Mcm2yg dihajati, tk menjadi. Jaga kesihatan & sabar belajar. Salam.

    ReplyDelete
  7. Salam TmK,
    Petua manalah tu...Yang biasa dengan kita Window XP. Yang terkini Window Vista...tak boleh nak tranfer. Selamat Hari Bapa, TmK.

    ReplyDelete
  8. Salam kak nora
    Semoga selesema cepat sembuh. Saya pun guna windows XP, anak2 yang pakai vista, saya lebih selesa dgn XP :)

    Stay safe

    ReplyDelete
  9. Puan Isah,
    Kalau kita dah biasa dengan sesuatu susah untuk kita pindah ke yang lain. Maklumlah,dah umur-umr begini.

    ReplyDelete
  10. Cg Ahmad,
    Biasa, biasa, jadi bisa, pak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.