Doa Pengantin Baru

Salam semua.
Memang banyak kenduri kahwin pada hujung minggu cuti sekolah ini. Hari Ahad 31 hb Mei, berapa banyak jemputan yang kami terima. Kad pula macam-macam bentuk dan rupa. Siap dengan doa dan syair buat kedua mempelai. Antara yang menarik (untuk renungan kita semua...hu3)

...Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai
diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof
jika kasih tak setulus Zulaikha.

Tak perlu menghatrap teman seteguh Ibrahim,
andai diri tak sekuat Siti Hajar
dan

mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
kalau diri
tak sempurna Rasullulah (S.A.W.).
Bimbinglah dirinya dan
terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya,

dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Tuhan
agar dia akan terus
menjadi milikmu.....Amin

Hai, teringat lagu 'Direnjis renjis dipilis, Ditepungi air mawar...........'

NH

Salam semua.
Saya kenal NH pada masa beliau menjalani Latihan Mengajar (sekarang dipanggil Praktikum) di SMTT, Melaka pada awal tahun 70an. Lepas tu hilang contact jumpa semula semasa menghadiri satu kursus pengurusan untuk pengetua-pengetua di IAB. Kemudian, tak ada berita. Bertahun kemudian, contact semula bila dapat tahu beliau sebagai KS di JPNM. Oleh kerana beliau sibuk dan saya pun sibuk, tak lah contact nya. Bila bersara, beliau memberi sumbangan membangunkan DMDI (sebuah kolej swasta di Melaka). Tak naklah saya ganggu dia. Jadi Rektor.Tentu busy, very busy. Satu malam, dia called. Eh? Apa mimpi NH ni? Dah tak kerja lagi ke? Nak tahu cerita datang ke rumah" . Dah lama tak jumpa dan nak berbual panjang. Esok harinya saya selesema. Tak jadi, saya ajak dia ke rumah saya pula 'dan kita boleh keluar makan' 'Eh, jangan buang duit, datang rumah aku. Aku masak. Kita boleh bercerita panjang-panjang.' Okeylah, mengalah saya. Esok drive ke rumah NH, "Siapkan breakfast, okey?". Rupanya NH ni walapun dah bersara, masih aktif lagi memberi ceramah sana sini. Penceramah PTK lah. Motivasi pendidikan lah. Bertenaga sungguh 'sebab aku suka pendidikan'. Dan juga sudah menulis 3 buku (betukl ke NH?) motivasi pendidikan, khas untuk warga pendidik. "Bukan teori, sebab orang tak mahu teori tapi cerita pengalaman aku dalam dunia pengetua dan cikgu". Dan NH ni juga pandai masak. Ada buku masakan yang ditulisnya "Masakan Tradisi Melayu Melaka". Jadi bila saya ke Mahkota Parade semalam, saya ke kedai buku, nak cari buku-buku NH. Wow, macam goreng pisang panas!! Out of stock buku-buku NH. Adalah sebuah "Asam Pedas Gula Melaka" macam bunyi buku masakan Saya beli sebagai support kepada sahabat dan nak tahu juga cerita-ceriti dia (walaupun saya dah lama tinggalkan dunia perguruan). Tentu sedap(bagus) dan menarik cerita pengalaman NH. Buku resepinya pula baru terbit tahun ini. . 'Kau kenapa tak nak menulis?' tanya NH. "Hai bukan semua orang boleh menulis. Idea ada tapi nak duduk menulis ( hadap komputer). Kemahiran pun mesti ada. Ada ke orang na baca cerita aku?" Saya tulis kat blog aje lah, NH. Cerita merapu. Satu dunia boleh baca!
Sedang blogging ni, senama dengan saya (Noralina a.k.a Leka) datang bersama suami tercinta (nah kau, leka) menjemput kenduri esok pagi di rumah mereka. Ada kenduri kesyukuran dan khatam Quran. Bad dalam masa cuti sakit 6 bulan, sempat khatam Quran 2 kali!
Okeylah, pembaca budiman, berhenti dulu. Nak kemas dapur pula. Kan hari ini hari Jumaat, my sis ada kelas diikuti dengan jamuan ringan.

NH itu...Pn Hjh Norbi binti Hussein, sekarang ini tokeh sebuah butik comel!

Baru sedar

Salam semua.
Semalam hari ulang tahun saya. Awal pagi lagi dapat kiriman SMS daripada Azlan, kemudian Azizi, dengan ucapan dan doa. Amal , seorang artist in the making, mereka cipta, kad ucapan yang sangat kelakar. Famili yang lain pun beitu juga. Saya SMS kat JY (datang melaka semalam) pagi semalam sebelum bertolak ke melaka "Malam ini ada birthday dinner di Ikan bakar di Muara Sungai Duyung' Dia reply " Siapa?" "Saya jawab "My Birthday lah" Hai, JY ni tak ingat-ingat, dia memang seorang yang tak romantik. Tak ingat birthday orang! Dia sebenarnya ingat, tapi tak mahu tunjuk, hadiah pun tak ada, memadai dengan doa. Saya pun tak minta apa-apa daripada dia. Cukuplah dengan perhatian dan kasih sayang yang dia berikan selama ini. Malam dinner tu, makan satu famili (kecil aje ahlinya). Sambut juga birthday adik lelaki saya. Double celebration. Baru sedar diri dah tua setahun lagi! Tua? Angka aje.
Okey, JY ajak ke Mahkota Parade, nak cari apa agak nya. For sure no present for me! Bye!!

Hadrah




Salam semua.
Saya tumpang sekaki kumpulan Hadrah LKPI Melaka Tengah. Saya sukarela menjadi pemain alat muzik ini, entah apa nama nya, yang mengeluarkan bunyi "cik. cik. cik" bila di goyang mengikut rentak atau beat lagu. Enjoy, budak kecik pun boleh buat. Tapi kalau tak ada 'telinga muzik' boleh ke laut perginya. Bak kata Sarimah Ibrahim "Benanah telinga". Teringatlah masa berada di sekolah rendah satu masa duluuuuuuuuu. Saya dalam kumpulan 'percussion band' sekolah. Main 'clapper', juga di tepuk atau di hentak pada tapak tangan, dan keluarlah bunyi 'clap, clap, clap' ikut arahan 'conductor' band. Dalam kumpulan hadrah tadi ada kompang, gendang, marikas , tamborine mengiringi penyanyi-penyanyi veteran. Sedap dan meriah majlis tau dengar lagu-lagu berbentuk nasyid. Ada juga lagu-lagu nostalgia tetapi merupakan nasihat dan kasih sayang. Imej-imej berikut diambil sewaktu kumpulan Hadrah menghiburkan pelawat-pelawat LKPI Port Dickson di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al- Zaharahdi Bukit Katil, Melaka. Pemain-pemain kompang hari tersebut, tangkap muat sebab tak cukup korom. Mereka adalah anak-anak rumah ini. Sudah di tegaskan oleh Ketua Kumpulan, anak-anak ini sebagai pelapis dan akan meneruskan Hadrah bila yang veteran ini sudah tiada lagi. Menakutkan!!!