Showing posts with label persatuan. Show all posts
Showing posts with label persatuan. Show all posts

MARI GEMBIRAKAN ANAK-ANAK YATIM

Hari ini Khamis, 29 Syawal. Esok 30 Syawal.....
Sebelum Syawal tahun ini meninggalkan kita, PPP (WI) Cawangan Bukit Baru, Melaka telah mengadakan majlis Silaturrahim Aidil Fitri pada hari Rabu 4 September 2013 bersamaan 28 Syawal 1434. Majlis ini bukan sahaja bagi mengeratkan ukhwah antara ahli tetapi juga meraikan anak-anak yatim dari sebuah rumah anak yatim di Melaka. Majlis telah diadakan di laman  rumah salah seorang AJK di Taman Putera. Suasana ceria, warna warni telah dipenuhi dengan penyampaian sumbangan duit raya serta  persembahan kumpulan anak yatim. 'Koir' AJK turut menggembirakan tetamu.  Gambar-gambar bercerita.....
'Selamat Hai Raya'  kalau dah dapat mic!

Sampai dah....

Sepatah dua kata daripada Pn Hjh Hapipah Hj Mahat, (Pengerusi)

'Balik kampung, oh oh oh'......'Aku anak kampung tiada apa-apa'
alunan koir anak-anak yatim

'Ya hanana' dengan iringan suara Nek Ngah dan Nek Wan

Bila nak makan..kami lapar!! Kesiannya!

Penyampaian duit raya

Majlis bersurai dengan selawat Nabi SAW

Sudah pasti hidangan lazat
Semoga hidup kita diberkati Allah dan pulang nanti di redhoi Allah SWT.....Ameeeen

PROGRAM CAHAYA DUHA

Pagi tadi saya telah turut serta  majlis Program Cahaya Duha.



Ustazah  Hajah Misiah binti Hj. Anuar, Guru Ta'mir Negeri Melaka, telah memimpin majlis yang penuh syahdu ini. 


Program dimula dengan zikir diikuti dengan solat sunat Dhoha, bacaan Al-Maa'thurat, solat sunat Tasbih, tazkirah Lailatul Qadar, solat sunat Taubat dan diakhiri dengan solat sunat Hajat.

Layanlah gambar-gambar ini ye, terima kasih.


Mengikuti tazkirah

YBHG Datin Sri Hjh Asmah binti Abd. Rahman, (isteri mantan KM Melaka)
Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Melaka
menyampaikan ucapan
Jemaah menerima cenderahati dari puan rumah.
Solawat dan bersurai

Semoga  Allah menerima amalan dan memakbulkan doa kita. Ameen...

 Majlis sebenarnya di adakan di Dewan Galeri, rumah mantan KM Melaka. Galeri ini menempatkan koleksi 'kenangan' beliau sewaktu memimpin negeri Melaka dahulu. Antaranya ialah gambar istimewa ini.

Gambar kenangan 
Di luar dewan. 

Pokok periuk kera ke?

Mari kita bersenam siri akhir


Salam
Baiklah ini ialah pergerakan akhir dalam STI, Pergerakan Pernafasan. Ia mengabungkan pergerakan taichi dan pernafasan. Taichi, slow movement tetapi tidak ada 'kicking, kicking.'Yang penting pernafasan, tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut sambil bergerak perlahan. Tapi sayang, belum ada video pergerakan ini di U Tube. Jadi saya cuma turunkan pergerakannya. Nak tunjukkan gambar, banyak pula nanti. Ada 20 gerakan semuanya:
1.mengatur nafas
2.bangkit mengatur nafas
3.melapangkan dada
4.menghayun pelangi
5.membelah awan
6.menghayun lengan
7.mengayuh di danau
8.mengangkat bola
9.memandang rembulan
10.mendorong telapak
11.membekah mega
12.meraup air
13.mendorong ombak
14.membentangkan sayap
15.melunjurkan tinju
16.terbang melayang
17.memutar roda
18.menepuk bola
19.meredakan nafas
20.menghangatkan tangan

Itu dia 20 gerakan pernafasan, digerakan perlahan-lahan ikut irama. Pada 'menghangatkan tangan' kita rapatkan dua tapak tangan dan goooosok sampai hangat, sambil berselawat dan kemudian di sapu dari dahi ke ubun-ubun kepala ke belakang sambil berdoa agar Allah hindarkan kita daripada penyakit-penyakit besar dan kecil. InsyaAllah. Ataupun boleh pupuk pada pipi atau tempat-tempat yang sakit.
Kumpulan taichi wanita di Bukit Baru , yang diketuai oleh kakak saya , lakukan latihan ini 3 kali seminggu, ketika matahari akan terbit. Setiap latihan mengambil masa 45 minit. Elok dilakukan di tempat lapang atau ada pokok-pokok berhampiran, banyak oksijen deh! Banyak munafaat STI ini, keseluruhannya meningkatkan kesihatan jasmani dan rohani.
Terima kasih kerana membaca. Ada apa-apa komen?

Suka-suka Cik Kiah

Salam bahagia.

Kali ni saya nak berpantun,
Tersilap teknik, harap diampun.

Pagi-pagi memancing ikan,
Pancing ikan dengan joran.
Rombongan Cik Kiah ke Pontian,
Kilang kerongsang jadi sasaran.

Perjalanan bermula jam 8 pagi,
Terhoyong hayang kami dalam kenderaan.
Bila sampai, amboi, sukanya hati,
Melihat sinar kilauan berbagai perhiasan.




Loket, cincin, kerongsang, gelang,
Cantik ukiran ilham baru.
Terbuka mata Cik Kiah ku sayang,
Mulalah hati tak menentu.



Tengok yang ini, tak, ambil yang itu,
Ke sini sikit, bukan... yang depan, cantik.
Beli RM100, 'offer'nya satu,
Lagi tergoda hati terdetik.

Pegawai pengurus sukanya hati,
Melihat Cik Kiah membuat pilihan.
Pembantu kedai mesra sekali,
Jadi kak beli, buat kenangan?




Perjalanan pulang hampir petang,
Kukup, bilis, Air Hitam, sayur keladi.
Matlamat tercapai, hati pun girang,
Bila Cik Kiah nak outing lagi?

(Boleh diterima pantun saya?)

Jangan lupa lirik

Salam semua,



'Lembaga Kebajikan Perempuan Islam.............'

Seperti yang di kisahkan dalam posting yang lalu, petang Sabtu semalam saya menyertai Hi T anjuran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Negeri Melaka (LKPI). Saya juga mengambil bahagian dalam acara pertandingan koir menyanyi 'lagu sekolah' LKPI. Yang sedapnya, tak praktis . Kalau praktis pun dengan kakak di rumah sebab kakak jadi 'conductor' kumpulan kami.. Lirik pun kena hafal last minit. Kejap-kejap lupa. Mujur semasa menyanyi sebenar tak berlaku 'jangan lupa kirik'. 8 kumpulan mengambil bahagian, ada warga emas, nenek-nenek, ada yang comel loteh, belia remaja. Whoaa, we sang our heart out. Akhirnya, yang menjadi pilihan juri ialah kumpulan dari Merlimau. Oww ,that's sad for our group. Memang patut kumpulan Merlimau menang, suara merdu dan pakaian ada kilat mengerlip. Acara selingan pula ada persembahan Hadrah dari LKPI Melaka Tengah. Oh yes, we'll keep on singing all the way, it's gonna make u happy everyday yeah, yeah, yeah!!!!

Boleh tahan juga kumpulan hadrah

Sesama sayang

Salam semua....

Ah, ni ceritanya petang Jumaat yang lalu, LKPI Perhubungan Negeri Melaka dengan kerjasama LKPI Daerah Melaka Tengah dan Hospital Besar Melaka telah mempersembahkan Program Sesama Sayang di Auditorium Hospital Melaka. Tujuan program ini ialah untuk menghiburkan para pesakit, bukan semua tau, yang terpilih sahaja, daripada setiap wad. Sebenarnya, program ini memang program bulanan hospital dengan NGO. Bulan ini, turn LKPI.Jadi pesakit bergilir-gilir setiap bulan untuk NGO yang berlainan. Apa peranan akak? Oh jadi tukang tangkap gambar, jadi penari, jadi penyampai teka teki (tapi tak habis kerana kesuntukan masa) dan jadi mak sibuk. Hampir tak dapat pergi, sebab perut memulas. Terpaksa ambil ubat dan sapu perut dengan pati halia. Barulah lega sikit. Of courselah, yang menjadi star petang tu ialah my sis . The crowd terhibur sangat tengok telatah dia, kalah yang professional. Yang performed pun not bad juga. Lihatlah foto-foto berikut, antaranya,


Yang hadir, harap terhibur, sporting tau dia orang ni, walapun kurang sihat


Senamrobik duduk, alah-alah pesakit gitu, warming up sebelum konsert



Melayan pesakit




Hadrah


Poco-Poco, kumpulan makcik dan kak cik



Zapin, satu, dua, tiga , gong....., pun veteran tapi hati muda tau



Habis majlis, ada Hi Tea. Sedap...ada mihun goreng(makanan ruji jamuan!), kuih kasui (bersalut kelapa parut..ala-ala snow), karipap (satu lagi a must dalam jamuan teh), dan satu lagi lupa akak nama kuihnya. Oleh kerana kelaparan dan kepenatan, lupa juga nak ambil gambar waktu jamuan teh.
Terima kasih Hospital Melaka, terima kasih Kak N...effort well done!!
Teka teki lagi: Banyak-banyak haiwan atau binatang, binatang mana yang paling kedekut?
Jawab, jangan tak jawab!
Tunggu, ada story lagi tau.



Hospital

Salam semua.....
Ini bukan cerita gempar..hospital....tapi petang nanti saya bersama dengan ahli-ahli LKPI Melaka ada acara di hospital. Apa acaranya?
Jumpa lagi dengan laporan seterusnya!!!
Oh ye sebelum itu, jawab teka teki ini:
Ayam berkokok, harimau..........

Hadrah




Salam semua.
Saya tumpang sekaki kumpulan Hadrah LKPI Melaka Tengah. Saya sukarela menjadi pemain alat muzik ini, entah apa nama nya, yang mengeluarkan bunyi "cik. cik. cik" bila di goyang mengikut rentak atau beat lagu. Enjoy, budak kecik pun boleh buat. Tapi kalau tak ada 'telinga muzik' boleh ke laut perginya. Bak kata Sarimah Ibrahim "Benanah telinga". Teringatlah masa berada di sekolah rendah satu masa duluuuuuuuuu. Saya dalam kumpulan 'percussion band' sekolah. Main 'clapper', juga di tepuk atau di hentak pada tapak tangan, dan keluarlah bunyi 'clap, clap, clap' ikut arahan 'conductor' band. Dalam kumpulan hadrah tadi ada kompang, gendang, marikas , tamborine mengiringi penyanyi-penyanyi veteran. Sedap dan meriah majlis tau dengar lagu-lagu berbentuk nasyid. Ada juga lagu-lagu nostalgia tetapi merupakan nasihat dan kasih sayang. Imej-imej berikut diambil sewaktu kumpulan Hadrah menghiburkan pelawat-pelawat LKPI Port Dickson di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al- Zaharahdi Bukit Katil, Melaka. Pemain-pemain kompang hari tersebut, tangkap muat sebab tak cukup korom. Mereka adalah anak-anak rumah ini. Sudah di tegaskan oleh Ketua Kumpulan, anak-anak ini sebagai pelapis dan akan meneruskan Hadrah bila yang veteran ini sudah tiada lagi. Menakutkan!!!

Hi T Hari Ibu

Salam semua.



Tak terlambat saya ucapkan SELAMAT HARI IBU. Dah dakap ibumu?
Saya dapat undangan. Undangan High Tea (Hi Tea). Kak Hjh Pipah yang belanja. Terima kasih Kak Hjh Pipah! Murah hati mu.





Backdrop majlis
Di mana?

Di sini. Tempat special, tau.
Sesampai ,kami diberi sekuntum bunga mawar merah as door gift. Saya dah agak mesti bunga rose. Thank you. thank you.




Ini dia menu jamuan.Ada jajan juga. Semua siap sedia, kecuali air. Air mineral sebotol? Mana cukup. Kari ayam roti jala pun coming soon. Lapar juga dibuatnya lihat kuih muih ini. Sambil menunggu "silalah makan" kami kudap jajan dulu. Hi Mt Potato and Maggie. Tapi belum sempat dipersilakan, ada antara 'meja-meja' tu dah mula makan. Lapar. Dah masa tea, makan jelah. Mujur tak duduk di meja hadapan, dekat VVIP.


Jumpa siapa? Bila dah ramai tu, jumpa sahabat taulan. Ceria!! Gembira ibu-ibu semua!!!



Yang datang dari KL pun ada. Melaka tempat bermain katakan.
Ada Persembahan Koir. Penat praktis lagu 3P dan satu lagu lama,lupa namanya tapi lagu klasik nasional lah. Bagus tapi ada masa pitching lari! Ah, tak ingat senikata ya. Kalau kat sekolah dah kena dah!


Perkumpulan Perempuan, na, na, na na......

Di ikuti dengan bacaan doa..


Pn Sharifah: Kak Nora, gigil lah. Tak pernah lagi!
Kak Nora : Cool down. Tarik nafas, tarik nafas
Sudah itu, dengarlah pula ucapan VIP dan ucap utama VVIP
blah...blah....blah.....beri nasihat kepada yang bergelar ibu.

Sekarang, Fokus utama....Anugerah 'Ibu Ratu Hatiku'. Ada tiga orang penerima. Antara penerimanya ialah ....

Pn Sri Halijah, seorang ibu yang gigih dan tabah, aktif dalam persatuan, pandai urus rumah tangga dan mendidik anak-anak, walaupun diri sendiri tak tamat sekolah (kena pinanglah) pada masa umur beliau......tahun (biarlah rahsia)
Tapi anak-anak semua berjaya. Terima kasih mak. Sayang mak. Sayang anak-anakku.
Mak dan apak bangga dengan kamu semua.
The Happy dan proud (bangga) family. Tiru macam saya, anak lapan, semua berjaya.
Alhamdullilah.
Sambil tu, ada....
Persembahan, menarik seperti Dikir Puteri.
Sorry, imej gelap banyak
Ada lagi persembahan lain. Mak-mak, ibu-ibu, menari, menyanyi dengan gembira, hari mereka kan. Biarkan. Biarkan Sekali-sekala. Ada cabutan meja bertuah juga.
Tetapi, diam-diam kami tinggalkan majlis.
Hari dah petang.
InsyaAllah, jumpa tahun depan.....
SELAMAT HARI IBU!








Prihatin

Ke mana kita?
Salam semua.
Ke mana kita Ahad lalu? Tentu perasan tempat ini kan? Ya, rombongan Cik Kiah buat lawatan prihatin, ziarah seorang sahabat Cik Kiah yang sedang sakit tenat di Universiti Hospital. Baik hati sungguh sahabat-sahabat prihatin ini ya, buat rombongan satu bus dari Melaka ke KL . Ketua rombongan( my sis) mengingatkan Cik Kiah-Cik Kiah 'tujuan utama kia ziarah Kak Bad, dan kemudian lebihan masa, akan lunch sambil shopping (bagi yang hendak) di Jalan TAR. Jam 3.00 pm kita balik ke Melaka. Rihat di RnR Seremban.' Faham, boss. Saya tak kenal Kak Bad. Saya dapat tahu Kak Bad ini merupakan salah seorang ahli marhaban yang aktif dan 'a very cheerful lady'. Beliau nampak ceria dan terharu bila lihat sahabat handai datang dari jauh. Masa kami sampai, anaknya , Markizah, dan cucu perempuannya ada bersama. Kak Bad nampaknya di luar okey tapi di dalam, yang empunya diri sahaja yang tahu. Doktor beri beliau satu bulan!. Semoga Kak Bad tabah dan sabar menghadapi ujian Allah. Ajal maut di tangan Allah. Semoga Kak Bad segera sihat dan segar semula.
Landscape yang menarik di Uni Hospital




Hari Ahad pun sibuk di Jalan TAR


Cik Kiah-Cik Kiah penat berjalan, cuci mata je.
Begitulah kisahnya. Sebenarnya, Cik Kiah-Cik Kiah kita ni suka berjalan. Lepas ni ada yang minta buat 'outing' lagi. Eh, bunyi macam budak-budak tinggal asrama je.