Showing posts with label hadrah. Show all posts
Showing posts with label hadrah. Show all posts

MARI BERHADRAH RAYA : AKHIRNYA

Minggu terakhir Syawal 1434H.  Rumah terakhir musim ini.
Di Galeri, Bukit  Katil.
Atas jemputan YB Datin Seri Hjh Asmah binti Abd Rahman
isteri KM Melaka ke 10
Galeri Bukit Katil
YB Datin Seri, kiri, tuan rumah yang baik hati dan pemurah

Persembahan hadrah raya,silaturrahim  terakhir  musim ini

Riang ria veteran ' harimau cun ' bergambar ramai, hingga jumpa lagi di tahun hadapan...In sya Allah

Gembira lagi bila dapat duit raya daripada tuan rumah. Peace yo!!

Minuma petang....lapar ni!!!
Itulah kisah Mari Berhadrah Raya Silaturrahim LKPI Melaka Tengah. Hari-hari dalam seminggu memenuhi jemputan. Semakin ramai kenalan, semakin rapat persahabatan, semakain kuat ikatan persaudaraan. Banyak yang dipelajari dalam membuat persembahan..ada kala suara ke laut, ada kala tersalah rentak dan irama, ada kala pukulan gendang dan rebana tidak seiring dengan nyanyian. Maklumlah veteran...namun hati puas dapat menghiburkan tetamu dengan nazam, qasidah, nasyid sebagai cara berdakwah. Semoga terus maju ye, kakak-kakak dan adik-adik ku semua.

Oh ye....lepas musim raya, musim 'orang pergi haji' pula'. Kalau 'musim haji' maka ada lah musim majlis perkahwinan. Dan Kumpulan Hadrah 'cun melecun' ini sudah pun mendapat pelawaan. Jadi, apa lagi...kena berlatihlah makcik oi........

 Kami memohon keampunan Mu Ya Rabb.....
Ameen....

Okey lah....jumpa lagi!!!





HADRAH DI MASJID TANAH

Di sini


Terima kasih Tan Sri dan Puan Sri

ya hanana ya hanana


Selpas itu, ke rumah Pn Hawa...


Pn Hjh Hawa, kanan, tiga beradik


Sungguh cepat masa berlalu..
Syawal juga akan meninggalkan  kita

Esok "last but not least" rumah terakhir Hadrah Hari  Raya Silaturrahim.

HADRAH RAYA: ADA KEJUTAN

Hari ini berhadrah di rumah Pn  Hjh Fatimah Abu. Di kalangan kami beliau lebih mesra dipanggil 'Mak'. Mak Timah walaupun sudah veteran tetapi masih cergas dan aktif dalam persatuan dan masjid

Bergambar di tangga Melaka rumah Mak Timah
Hjh Fatimah Abu, pandai mengaji dan berdondang sayang
Dan kali ini ada kejutan. Bukan kejutan letrik, hi hi...
Mak Timah telah menjemput Pak Imam sebuah masjid berdekatan untuk membaca doa memberkati majlis. Imam ini juga merupakan pemimpin  Kumpulan Hadrah Masjid tersebut. Setelah kumpulan hadrah membuat persembahan,

Pak Imam  memenuhi permintaan dengan menyampaikan 2 buah nasyid 'Solatain' dan  "Ya Hanana, Ya Hanana"

Kedua-dua nasyid tadi diringi oleh kumpulan hadrah kami. Sukanya hati para tetamu.
Terima kasih banyak-banyak Pak Imam. Nanti bolehlah hadrah kami membawa lagu itu pula!
Sudah tentu sebelum bersurai, makan time: Tahu Sumbat, Cucur Udang, Garlic Bread dengan Sup tulang kambing, Kway teow Goreng, keledek rebus dengan kelapa parut, Mash Potato. Ada yang tapau bawa balik.

Terima kasih kepada Mak Timah, tuan rumah. Budi baik tetap dikenang. Semoga diberkati. Ameen

Esok 
31 Ogos 2013

gambar dari google

JOM BERHADRAH RAYA

KHAMIS, 29 Ogos 2013. bersamaan 22 Syawal 1434H.
Kumpulan Hadrah LKPI Melaka Tengah ke rumah Puan Sri Hjh Halijah Aji di Klebang Besar..

di 'Sri Tanjung'

Puan Sri Hjh Halijah mengalu-alukan kedatangan tetamu
Seperti biasa, pukulan gendang, rebana, kompang mengiringi nasyid, lagu hari raya, nazam.


Jamuan pun best...putu mayam, lontong, rendang, mee hun goreng, kuih raya (ada lagi!!)


  Bergambar ramai dengan Pn Sri.sebelum bersurai

1,2,3...pose! Maka bergayalah mereka.
Posing sana
Posing sini

Terima kasih Puan Sri atas undangan.
Semoga Puan Sri dimurahkan rezeki dan perjumpaan kita diberkatiNya
 Ameen.


HADRAH HARI RAYA DITERUSKAN LAGI

Hari ketiga. Mari berhadrah Raya singgah pula di rumah rakan-rakan di Bukit Baru, Paya Ikan  dan Bukit Piatu.

3 beradik di Bukit Baru, Hjh, Zaleha, Hjh Rubiah, Hjh Zainun bergabung tenaga menjemput kami. 3 beradik ini hebat dalam  masak memasak. Sudah tentu hidangan pun hebat. Ada Nasi Dagang, Laksa Penang, Laksa Melaka/Nyonya, bubur kacang hijau durian, air laici, Oh...lagi rancak pukulan bonggo, gendang dan rebana. Makin tarik suara penyanyi. Apa-apa pun, semoga mendapat keberkatan majlis hadrah tersebut, bertambah erat silaturrahim antara sahabat.

2 beradk bersama 3 beradik

Hidangan nasi dagang, laksa Melaka, Laksa Penang

Kita pun nak nyanyi juga!
Kemudian ke rumah Pn Hjh Nyacik di Paya Ikan.  Kebetulan ada rumah  terbuka.

Hjh Nyacik  no 2 dari kiri
Hjh Nyacik menyampaikan duit raya kepada kami
Akhir sekali ke rumah Kk Hjh Zaiton Dagang, di Bukit Piatu, rumah  kami bertadarus pada bulan Ramadhan baru-baru ini. Kk Hjh sangat berbesar hati kami berhadrah di rumahnya. Maklum Kk Hjh sudah 83 tahun umurnya. Kehadiran kami dapat menghiburkan hati beliau dengan lagu-lagu hari raya serta nazam.

Kk Hjh Zaiton Dagang senyum gembira

Selamat ulang tahun ke 83, Kk .Mak Ton

Sudah tiga hari berhadrah. Sudah 9 rumah dikunjungi. Tapak memukul gendang, rebana serta gendang sudah menebal. Masih ada rumah perlu dikunjungi....

Semoga Allah memberkati perjumpaan kami.
Kami mohon keampunan mu, Ya Allah......



HADRAH SILATURRAHIM

Mari Berhadrah Silaturrahim Raya diteruskan lagi.


Hari ini kita ke rumah teman-teman di Air Keroh.
Rumah Kk Hjh Wan Jamilah

Kk Wan dikanan sekali
Rumah Pn Hjh Zainon Ali
Pn Hjh Zainon bersama cucu, Aisyah

Rumah Pn. Kasinah
Bersama Pn Kasinah, duduk di tengah-tengah
Maka rumah mereka meriah dengan hadrah, nazam, nasyid, lagu hari raya.
Sudah itu makan lagi. 

Terima kasih kepada puan rumah kerana sudi menjemput kami serta menjamu kami dengan pelbagai hidangan. Alhamdulillah,  Semoga diberkati, Ameen.


Esok 3 buah rumah lagi....selagi Syawal masih ada.

MARI BERHADRAH

 Sudah lama ia tertangguh dan tahun ini Alhamdulillah dapat diteruskan. Apa projeknya ye? Mari Berhadrah!!! Jadi hari ini mulalah apa yang dirancangkan oleh LKPI Melaka Tengah, Sambil mengeratkan silaturahim antara sahabat handai sempena Hari Raya Aidilfitri, mereka berusaha untuk menambah tabung Hadrah. Jadual mereka yang ingin menjemput Kumpulan Hadrah ini ke rumah diatur. Hmmmm...nampaknya dalam satu hari ada 3 jemputan. :)
Hari ini sahaja 3 jemputan dipenuhi : Rumah Pn Sri Zabedah (Pengerusi LKPI Negeri), rumah Kak Hjh Hapipah Mahat (Naib Pengerusi LKPI Melaka Tengah) dan rumah Kak Hjh Salha 'Cik Tah' (ahli veteran). Bukan main lagi makcik-makcik  dan nenek-nenek  memukul gendang, bonggo, kompang serta mengetuk tempurung, botol dan tamborin sambil berselawat, bernazam serta mendendangjan lagu hari raya serta nasyid.  Sungguh rancak dan meriah persembahan veteran ini. Lepas tu, apa lagi! Jamu seleralah dengan pelbagai hidangan. Bayangkan 3 rumah......tentu rumah akhir sekali kami kekenyangan....tapau aje nampaknya! Yang penting ialah mengeratkan persahabatan, bukan mudah nak jumpa rakan-rakan serta sahabat kalau tidak ada perjumpaan seperti ini.
Semoga apa yang diusahakan oleh LKPI Melaka Tengah ini diberkati Allah. Kepada puan rumah pula semoga dimurahkan rezeki. Ameen....

Sumbangan daripada Pn Sri Zabedah (kiri)
Selepas solat zohor kumpulan hadrah ke rumah Pn Hjh Hapipah Mahat di Bukit Baru


Pn Hjh Hapipah (di belakang) bersama 2 'orang ku'at Hadrah
'Kalau makan, jangan rebut-rebut'
Rumah ketiga, rumah Pn Hjh Salha atau Kak Ta, seorang veteran.


Semoga Allah SWT memberkati perjumpaan kita. Ameen
Itu baru pusingan pertama, hari pertama.
Esok rumah siapa pula ye?