Showing posts with label reunion. Show all posts
Showing posts with label reunion. Show all posts

SELEPAS 45 TAHUN

'Kemesraan' antara kami pelajar Tingakatan 6 di Sekolah Aminuddin Baki, (SAB) Kampung Pandan, KL 45 tahun dahulu selalu terbayang.
Kami first batch Form 6 di sana. Kiranya peneroka, pembuka jalan,

Tingkatan 6 SABS 1966/1967
45 tahun kemudian....'sound of laughter' pada Sabtu, 21 Sept 2013.....
Di Bandar Baru Bangi...jam 12.00th
Atas inisiatif Sdra Temuk (blogger Nukilan) kami berjumpa semula di satu majlis reunion di rumah Temuk di BBB.  Tercari-cari juga rumah walaupun arahan pada  peta jelas. Masuk saje ke ruang tamu...nampak wajah-wajah 'warga emas putih'.Gembira saya berjumpa sahabat se tingkatan. Ramai yang lelaki. Tidak semua dapat hadir. Sahabat  perempuan yang hadir, 3 orang sahaja, Kak Siti, Zahrah Ahmad dan saya. Ada yang bawa spouse. Mereka dari KL, BBB. Saya seorang 'outstation'. Saya tidak pasti, tak boleh recall  wajah-wajah yang saya tidak jumpa sekian lama. Air mata gembira mengalir.  Terharu!!Namun demikian kami tidak lupa beberapa teman setingkatan  yang telah dijemput Allah SWT terlebih dahulu. Al Fatihah buat mereka.
Semasa makan kami bercerita kisah-kisah lama di sekolah selang seli dengan gelak ketawa. "Mana ...Dia tak datang ke?" "Kau dulu macam ni......" " Ingat tak En........Pn......." 'Di mana ......." " Berapa orang cucu...." "Anak kau berapa ......" " You sihat ke?" "Where was your last posting?" "You buat apa sekarang?" Ada yang telah mendapat gelaran Dato', Dr. Prof.....dan kesemua gelaran datuk, nenek, opah, tok wan..hi ,hi, hi. Ada yang menggayakan gelagat  temansemasa menjadi pelajar dahulu.  . Ada yang kelihatan muda semula.! Ada yang cerita tentang 'by pass'.Terima kasih Allah kerana dengan izin Mu jua, kami dapat bertemu semula. Terima kasih . Temuk, kerana usaha anda menyatukan rakan-rakan semua. Semoga silaturrahim kita akan bertambah kukuh. Terima kasih famili Temuk, khasnya isteri beliau, kerana menyediakan sajian lunch yang enak, pelbagai dan banyak pula tu. Tapi saya tak ada selera nak makan kerana excited berjumpa sahabat-sahabat lama. Lagipun perjumpaan seperti ini, makanan menjadi secondary.!
Saya sempat juga ronda-ronda kawasan taman Temuk yang selalu beliau cerita dalam 'Nukilan' nya. Memang menarik dan bersih. Pokok dan tanaman lain tersusun kemas seperti mana yang dinukilkan.
Sekitar reunion....
Hjh Siti Zubaidah Abd Mulok (tengah) kira macam my kakak.
Kanan dan kiri, tetamu, isteri kepada dua orang classmate

'Yob', Mohd Shahibi Shariff (kiri )bersama Temuk (nama blogging beliau)
Nordin (depan), Shahrudin (tengah) Aziz Awab menunggu
Sedang susun atur 'famili picture'

Bersama isteri Temuk, Hjh Sharifah Zaleha (kanan)
'Famili kecil ku'  bersama JY, Yob,  Mr n Mrs Temuk, Kak Uni, n Shahrudin
Menikmati makanan di bawah  khemah yang dihias indah

AFTER 45 YEARS...HAPPY LAUGHTER...HAPPY REUNION 
Di bawah arch di taman Temuk. Arch ini pernah dikisahkannya.
Terima kasih tuan rumah
Akhir sekali, penghargaan kepada En Suami, JY, kerana  membawa saya (drive) dari Melaka ke BBB.
walaupun " Saya tak kenal dia orang"  sama batch tapi lain sekolah. Jumpalah dulu, entah-entah ada yang kenal sama melepak di Dataran Sastera (Arts Concourse) UM.Hi Hi.
Semoga sahabat-sahabat ku dipanjanglan umur, dimurahkan rezeki, dapat kita berjumpa lagi. Ameen.
Terima kasih ya Rabb.....

Sebelum bersurai, hingga jumpa lagi, In Sya Allah


HANOI: JEJAK KASIH

Dalam lif, ke bilik hotel'
"Cikgu, Cikgu N.......a, ye. anak........" begitulah sapaan 'kakcik', seorang ahli rombongan ke Hanoi.
"Ye, betul" balas saya memandangnya tertanya-tanya.
"Saya anak murid cikgu di STT . Cikgu mengajar saya Geografi masa saya Tkn 1-3" jawab 'Kakcik' perkenalkan diri
Tak sempat bertanya lagi.
"Nanti jumpa , kita bercerita!"
Ah....anak murid ku! Ada sorang lagi anak murid ku dalam rombongan ini/

Hjh Kamariah (kiri) berada di Tkn 5, Hjh Rohaya (kanan) di Tingkatan 1
Mereka anak murid ku satu waktu dulu, kini cikgu n murid , sama-sama pesara
Murid  ku ini pakar buat kuih bakar
Murid ku ini pula sudah ada 8 orang cucu,!! Menua sudah cikgu, hi hi!
Bersama mu, anak murid cikgu. Ketiga-tiga kami suka melancong, ha ha
Kejutan buat Hjh Rohaya. kek harijadi ? tahun.  "Terbalikkan 45" jawab Hajah Rohaya.
Itulah dia, panjang umur, sihat, ada rezeki, jumpa juga
Allah SWT yang menentukan...

BILA PESARA PENDIDIK BERHARI RAYA

Pagi tadi saya menghadiri 'gathering' sambutan Hari Raya Aidilfitri ...di Kuantan.

''PBPPPM'ringkasnya persatuan 'pesara pendidik'....pendidik pencen.tak kisahlah, Pengarah ke, PPD ke, Pengetua ke  guru ke,...semua lah yang terlibat. Di atas ialah kad jemputan BBF saya. Untuk saya di Melaka, SMS aje.
Maka bila dah bertemu  secara rasmi setahun sekali, macam-macam lah pertukaran khabar dan cerita semasa. Sudah semestinya wajah dah berubah, bertambah matang, ada yang sakit-sakit lutut. ada yang sakit '3 in 1. Buat apa sekarang, Cg? Macam-macam jawapan. Jaga cucu, mengemas rumah tak sudah-sudah, berkebun, melancong, menghadiri kelas Bahasa Arab,  pelbagai  kerja yang dahulunya terabai barangkali. Macam-macam pesara ni. Tapi syukur kepada Allah SWT yang hadir nampak sihat dan bersemangat. Yang penting jemputan dipenuhi untuk bertemu kawan-kawan lama, merapatkan lagi  silaturrahim.....nak beraya ke rumah masing-masing, agak susah juga. Saya bersyukur dapat turut serta dalam perjumpaan.
Inilah dia suasana bila pesara pendidik Pahang khasnya Kuantan berhari raya.

Bersama Hjh Naimah (pernah GB Cemerlang), Hjh Farida Kazi, Hjh Rubiah Sidin (giat berko-op), Pn Norisah

Catatan kehadiran. Pn Hjh Farida Kazi (sebelah) masih aktif sebagai pegawai sukan

Mengisi borang ahli seumur hidup


Saya rindu Laksa Pahang

Pencuci mulut warna warni. Cendol pun ada.

Melayani hidangan ketupat, lemang, lontong, rendang

Kawan-kawan lama semasa berkhidmat di Maktab Perguruan

Bersama mantan DatoPengarah JPNP , Dato Abd Rahim Mohamad (berdiri bersongkok)

Cg Hjh Siti Saleha mendendangkan lagu Hari Raya


Bersalam hingga jumpa lagi
Kami berempat. Dua di tengah berpakaian sedondon. Shopping sakan di HCMC ;)
Semoga dipanjangkanNya  umur dalam kesihatan yang elok serta dimurahkaNya rezeki dapat kita berjumpa lagi. Ameen.

Lawatan Jejak Kasih

Lama sudah nak berjumpa, bertanya khabar...
Semalam hasrat tercapai.
Ke sekolah SMKTA makcik bersama  BFF, Hjh Farida,
Datin Seri, walaupun bizi memainkan peranan sebagai FLO Pahang
Tanggungjawab sebagi pengurus, pemimpin sekolah serta pendidik,
diutamakan,  tidak diabaikan....

Dalam keseriusan menjalankan tugas
Beliau seorang yang mudah dibawa bicara, boleh berjenaka, boleh ketawa bersama.

Seingat saya sewaktu beliau bertugas sebagai GPK HEM
Banyak masalah pelajar dapat diselesaikan dengan mudahnya.
Pandai terokai jiwa pelajar.
(sampai ada yang gerun bila dipanggil untuk disoalsiasat oleh panel juri)
Pandai menangani disipilin mereka
(dengan soalan-soalan yang boleh mengaku kalah)
Pandai pula memujuk kalau ada yang berkecil hati, merajuk.
(lalu di dakap tanda ikhlas untuk membantu)
Dengan gaya tersendiri.

Kalau ada tugas-tugas rasmi negeri yang tidak mesti tidak
wajib dihadiri
Beliau akan pergi bukan begitu saje.
Tugasan pelajar sepeninggalan beliau akan diberi
Supaya pelajar tidak membuang masa walaupun tiada guru
Itu sudah menjadi amalan di sekolah kita..
Jangan khuatir, tugasan diberi,dikumpul,untukdiperiksa.
BRM?
Beres, mesti dilengkapi.....

Banyak lagi peranan, sumbangan yang diberi
Untuk menjadi sekolah, sekolah disegani., dihormati.
Sekarang sudah tiga tahun beliau memimpin sekolah
Jawatan yang ditolak selama ini.
Itulah dia Datin Seri.Junaini
Yang....
Ular kalau menyusur akar, takkan hilang bisanya

Lawatan semalam, lawatan jejak kasih
Ke sekolah lama jumpa Puan Pengetua yang baik budi
Walaupun sudah lama ditinggalkan
Rasa baru semalam berkenalan.
Datin Seri dan warga SMKTA tetap dihati........

Hjh Farida, Datin Seri,  dan ...siapa lagi....
Penghormatan
Masih, masih, masih ada......jadual aktiviti seminggu
Dulu Astaka, kini Pavilion
Orang lama, Pn Rozita Mansor, Penyelia Asrama masih ada, kawan-kawan lain dah bertukar
Yang lama dan yang baru....alahai!!! Jumpa lagi, ye.
SMKTA
MINAT, TEKUN, AZAM

Kunjungan 'saudara mara'

Kunjugan tetamu dari Kuantan.Dari kiri, Hjh Maznah, kakak kepada Hjh Fauzeyah (bertudung pink), Siti Saadiah (tudung kelabu) dan anak-anak. Mereka ini sudah seperti saudara saya, ceritaku,ceritamu jua. Hjh Fauzeyah, pesara penddik, pernah bertugas bersama di sebuah maktab perguruan di Kuantan. Mereka sempat berpesan "Jangan lupa bila balik Kuantan bawa kopi Melaka..Cop Tupai ke, Cop Budak sekolah ke, sedaplah.' Mereka dah pekena kopi Melaka!

Ah, ini lagi terror!! Berkenalan di alam maya, pertama berjumpa bertentang mata secara 'jejak kasih' gitu, sudah tu 'i follow u, u follow me', chatting YM....begitulah hingga menjadi saudara juga.Alang Tati, alang ku juga! Nek Lang Iddin, nek Lang Yaya juga! Macam tulah kira-kiranya. 'Makcik blogger' yang peramah dan mesra, Ezza from Klang. Ni macam perjumpaan bloggers jugalah petang Ahad tadi. Mini mini one! Lihat gambar..Sekilau One, Ol'Rascal, Bilakukenangkenangkan, Hart-to-heart , PuteriHangLiPoh(ada blog terbaru'Ceritalah nek Ngah).Boleh kenal mereka tak? Mr KindHart, ambil gambar.

Saya: Zah, datang lagi , tidur di sini pula , tidur lambak..
Ezzah: Tapi saya tidur berbunyi
Kah, kah, kah!!!!

Sudah lama tak jumpa

Salam,
Tengahari tadi ada jemputan rumah terbuka di rumah Pn Hjh Mas. Semasa saya bertugas di SMKTA, beliau ialah Ketua Bidang.Sains Kemasyarakatan. Sekarang Pn Hjh Mas ialah GPK 1 sekolah yang sama. Rezki jangan ditolak. 'Dating' nak lunch bersama Hjh Farida Kazi (pesara tapi masih berkhidmat sebagai Pengetua/Pengurus sebuah tadika terkenal di Kuantan) diganti dengan berhariraya di rumah Hjh Mas, di Sg Isap Damai. Dah lama tak jumpa Hjh Mas, tentu ada guru-guru Afzan dijemput jua. Puas kami cari rumah berpandu kepada 'GPS' , akhirnya jumpa, itupun talipon dulu tuan rumah takut-takut salah rumah. Memang betul ada guru-guru Afzan.  Maka riuhlah sekejap "Mengapa dah kurus', 'Pn Hjh buat apa sekarang?' 'Pn Hjh di Melaka atau Kuantan' 'Awak masih di Afzan ke?"dan macam-macam soalan lagi. Rohana (KB Bahasa) nampak slim betul? 'Apa awak buat, Ana? Slim sangat!' 'Dah tiga tahun saya tak makan nasi waktu malam', jawab beliau. Dan bergambar sakanlah kami. Puas jugalah saya dapat jumpa staf lama walaupun tak ramai, cukup untuk melepaskan rindu

Dari kiri: Hjh Mas, Hjh Farida Kazi, Hanoor Saliza, Rohana
Maaf saya tak tau nama Ustazah di belakang Hjh Mas
(beliau belum bertugas di SMKTA sewaktu saya di sana).
Ustazah Norhasimah (salah satu tugas beliau di SMKTA sekarang ialah Guru Keceriaan)
tengoklah dia, memang  ceria.....
Hjh Mas (GPK 1 ), Yours truly, Hjh Farida Kazi (my BFF)
Suriani (kiri)  bersama  Rohazani baru sampai ketika kami nak beredar.Suriani
sekarang sudah bertukar ke sebuah sekolah berhampiran dengan rumah beliau di Indera Mahkota.
Rohana pula punyai suara merdu. Saya ingat lagi lagu 'Gurindam Jiwa'
nyanyian beliau pada Malam Jamuan Persaraan Pengetua.

Dari kiri Pn Gan (asal Melaka yang berjiwa 1 Malaysia), and the gang, termasuk  anak-anak Roha



Terima kasih Mas atas jemputan. InsyaAllah jumpa lagi!

U6A

Salam.
Antara gambar-gambar saya jumpa
Gambar-gambar zaman sekolah
tahun 60'an.
Kelas Upper Six Arts,
perintis Tkn 6 di SAB, Kpg. Pandan, KL.
Lihat uniform, putih melepak
(bersinar seperti baru!)


Saya dibarisan kedua, nombor tiga dari kanan.
Nak tau.....di belakang saya, seorang penulis blog juga,
mengisi masa pencen yang ada.
Antara classmate saya , ada yang telah pergi...Al fatihah,
ada yang kesihatan terganggu, yang masih sihat.....terus berkhidmat,
ada yang relaks-relaks aje (macam saya), jaga cucu,
atau attend kelas-kelas tambah ilmu mana yang kurang.
Bila tengok gambar ini, perasaan suka ada, hiba pun ada.
Peristiwa-peristiwa 2 tahun di SAB tetap jadi kenangan.


Waktu free, berkumpul dengan kawan-kawan di rumah sewa mereka.
Seronok waktu itu.

Al fatihah

Salam semua.

Dapat berita sedih dan mengejutkan. Teman dan sahabat ku, Kak Zaiton binti Abu (adik kepada Zainal Abu, penyanyi asal Sungai Pahang) telah pergi ke Rahmatullah pagi tadi, jam 8.45 pagi. Arwah adalah my Form 6 classmate, printis Tingkatan 6 di SAB, KL, era pertengahan 60'an. Arwah merupakan seorang yang kami anggap macam big sister, always there to listen and comfort us. Seorang yang ceria, adventurous, suka mengusik, bersuara lunak, sedap dengar suaranya bila menyanyi. Pernah dengar suara arwah melalui drama bersiri 'Fajar di Bumi Permata' terbitan RTM 1 satu masa dahulu. Pernah juga lihat dia berlakun drama TV. Sejak meninggalkan SAB, kami tak pernah berjumpa...tapi ada sekali dua arwah contact saya(thru phone) di Kuantan. Ada juga lihat foto lamanya (waktu tu di Tkn 6) dan foto terkini melalui blog Nukilan, (penulisnya, clasmate juga). Terkejut juga dapat berita pemergian arwah. Tak sampai niat saya nak jumpa Kak Ton untuk pengkisahan zaman dolu-dolu. Namun Al Fatihah buat mu kak, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu. Semoga kak damai di alam sana. Semoga keluarga Kak Ton bersabar menghadapi ujian Allah ini.

PS: Yang saya tahu sekarang dah 4 orang former classmate telah 'pergi tak kembali' : Hajah Shahirah Azmi binti Mohd Amin, Abbas bin (lupa sirname), Maimunah Madarshah Zaiton binti Abu. Al Fatihah buat mereka......

Hikmahnya




Pn Hjh Rokiah, sekarang kerjanya round-round  ke rumah anak-anak.
Salam semua,
Ini sambungan kisah entry sebelum ini. Rupanya ada hikmah disebalik tundaan  balik kampung Melaka hari ini. Dah lama saya tangguh ke rumah Mak Ji Nab di Beserah hinggalah hari ini.  Mak Ji Nab ialah emak kepada sahabat saya on-the-hill, Pn Norehan. Setiap petang Selasa di rumah Mak Ji nab ada kelas tazkirah. Tak jadi balik. Allah tarik saya ke majlis tazkirah. Akhirnya dapatlah saya berjumpa Mak Ji Nab yang baik budi. Bukan itu sahaja. Dapat juga saya bertemu seorang lagi kawan lama, pesara pengetua, Hjh Rokiah, dahulunya Pengetua SMK Beserah. Dan yang penting dapat ilmu yang memberi kesedaran dan keinsafan kepada muslimah yang hadir. Ustaz yang mengajar sungguh lucu menyampaikan tazkirah dengan loghat Trengganunya. Sebutan BM  di sebelah Beserah ini dipengaruhi dengan sebutan BM Trengganu. Habis kelas, apa lagi ada jamuan ringkas: laksam, lompat tikam, pudding jagung.  Oleh kerana kawasan ini juga ada gangguan bekalan air, makan laksam dalam mangkuk styrofoam. Lagi...
Alhamdulillah....

Penutupnya


Pesara Guru yang hadir bersama tuan rumah, Pengarah PSPN, Tn Hjh Rauf (bertali leher)
Klik untuk imej besar.
Yang ini paling mahal kenangan bersama, yang pernah menjadi Pengetua SMK Tengku Afzan Kuantan
Dari kiri: Dato Hjh Mimi Asmara, Cik Hjh Norma Teh, Pn Hjh Rafeah, saya dan Datin Hjh Narimah
Salam semua.
Pagi saya hadir Majlis Jamuan Hari Raya Persatuan Pesara Pegawai Pendidikan Negeri Pahang (termasuk Pegawai JPNP, PPD dan Guru). Majlis berlangsung di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pahang. Meriah sungguh perjumpaan tersebut walaupun tidak ramai ahli yang hadir. Maka bila dah jumpa rakan-rakan seperjuangan tu, macam-macam lah cerita...hendak pula saya yang ada 'dua negeri', paling lama tak jumpa mereka. Saya nampak wajah-wajah kegembiraan, wajah-wajah tenang, ada yang susut badan, ada yang bertambah badan ada yang maintain. Maklumlah.....Paling saya teruja sekali ialah tidak disangka-sangka 5 orang fomer Pengetua SMK Tengku Afzan, sekolah saya last berkhidmat, bertemu. Apalagi bergambar sakanlah kami. Kata Pengerusi Persatuan sepatutnya ahli persatuan pesara guru ini ramai tetapi banyak borang keluar, sikit pula yang masuk. Bukan apa, elok juga menjadi ahli untuk mengeratkan lagi silaturahim dan untuk kebajikan bersama. Menu jamuan tadi: Mee Hoon Goreng Putih, Lemang, Ketupat, Rendang daging, Kuah Kacang dan pelbagai kuih Melayu. Terima kasih Fauzeyah kerana sponsor saya ke jamuan tu. Lain kali turn saya pula lah, InsyaAllah..Bila nak ke tempat letak kereta, terserempak dengan seseorang yang saya tak cam, ingat Mamat mana, dah berubah saiz badan dan nampak happy aje, tak ade stress atau berwajah serius macam bertugas dulu, macam belia nampaknya sekarang ni ....jangan marah ye, itulah seseorang yang pernah juga menjadi Pengarah JPNP.  Sorry tak sempat ambil gambar!
Petang tu pula saya ke mana? Sepanjang saya berkhidmat di Kuantan saya tak pernah sekali menjejak kaki di mana-mana cineplex Kuantan. Tahu kenapa? Risau terserempak dengan anak-anak murid "Apa HM buat kat panggung wayang ni". Lagipun saya ni bukan kaki wayang sangat. Tapi petang tadi oleh kerana nak sangat tengok cerita Papadom, saya bersama Narimah dan Najiha (anak Narimah) pergilah ke M*g* Mall. Terhibur jugalah tengok cerita PPdom. Ada story dan ada moral. Sekarang ni Narimah dapatlah gelaran 'Mamadom' yang selalu mengambil berat tentang anak gadisnya itu.  Terima kasih Narimah belanja tengok wayang dan dinner lepas tu. Najiha, be a good girl and listen to Mama.
Itulah penutup bulan Hari Raya tahun ini.
Nek Lang, bila nak balik? Rindu sangat-sangat......