Showing posts with label snek. Show all posts
Showing posts with label snek. Show all posts

KLIK KLIK ROTI CANAI


Roti Canai sebagai sarapan pagi ini. Roti canai  di restoren ini, pada kami, menang best punya. Sambil menunggu cik mek  manis ambil pesanan air, saya klik klik imej roti canai best  dengan beberapa  kesan: no effect, warm effect, black and white, sepia.  Boleh anda kenalpasti imej dengan kesannya?
 Sambil menikmati roti canai tadi, tertanya juga, 'mengapa tiada ikan pada kuah cecahnya? Selalu ada sepotong kecil ikan tongkol'  Ada ikan dalam kuah cecah, itulah special roti canai best.  Mungkin ikan dah naik harga!
Tetapi mana cik mek manis? Dah nak tercekek ni. Cik mek  manis tak datang ambil pesanan air. Tunggu juga. Dia tak nampak kami ke? 
Sampai habis kami makan roti canai, tak datang juga cik mek  manis. Jom kita minum di rumah je lah. Mujur rumah dekat dengan restoren. 
Teh tarik kurang manis satu!!!...di rumah

KETUPAT PISANG


Saya dan suami bersarapan di Tanjung Api Kuantan. berhampiran jeti kapal nelayan, Di sini ada banyak gerai makan. Kebanyakannya menyediakan makanan masakan Pantai Timur. Kami makan nasi dagang, yang rasa kuahnya agak manis, masakan orang dari Kelantan. Ada juga kuih, akok, pulut panggang, cek mek molek, laksam, keropok lekor. Saya tertarik dengan kuih seperti dalam gambar di kiri. Bila ditanya, mek penjual jawab "Ketupat" (dalam loghat Kelantan)
Ah, ketupat macam ini.?Yang saya tau ketupat nasi daun kelapa.  ketupat daun palas.Ini ketupat berbalut daun pisang? Nak cuba.

Pulang ke rumah saya belah-belah 'ketupat'.
Oh, pulut aje....katalah ketupat pulut. Tetapi saya lihat ada pisang dalam pulut itu. Pisangnya pula nya kecil, halus tak nampak. Saya rasa sepotong. Apa rasanya? Rasa pulut dan pisanglah...hi, hi, hi....Sebenarnya saya bukan gemar sangat pulut. Namun pagi ini, saya dah makan nasi dagang (pulut), pulut panggang yang dalamnya ada sambal ikan  yang tak pedas,.Sekarang nak makan ke ketupat pulut pisang ini?Isy, isy, isy.... berapa banyak pulut dah.....Reserve untuk petang pula lah!

KUACI BUNGA MATAHARI

SELASA 2 Julai 2013.
Lokasi : di rumah SIL di Batu Pahat
Dia tunjuk saya kuaci ini dan suruh saya makan. Katanya, 'dah halal dah..' sejak dia makan kuaci ini, sakit-sakit kaki dia hilang, dengan izin Allah SWT. Saya pun cuba..mula-mula satu, satu lagi dan seterusnya... tak mau berhenti, asyik klik, klik buang kulit, kunyah, klik, klik  kumpul kulitnya  , jangan bersepah,,sambil berbual.... ish...tak boleh jadi.... mesti BERHENTI!
(Kuaci ini juga makanan burung tau!)








Sebentar tadi saya  browse nak cari maklumat kuaci yang kata dikatakan  berkhasiat.
Ramai blogger sudah menulis mengenainya tetapi yang ini menarik hati.

Jom kita baca apa kata salah seorang penggemar kuaci ini....
fouuzie.blogspot.com

wonderful-life: KUACI- dare to eat?: Makanan kegemaran semua termasuklah diri saya. Saya suka beli dan makan, TAPI bila anak saya suka makan saya pasti tak senang hati. KENA...

OPAK N9

Ini lah  OPAK, saiz besar, keropok ubi kayu yang saya cerita di sini. OPAK piring gergasi. Kata Hjh Rahmah, blogger Akak Too, 'keropok rekod', sebabnya, bulat besar macam piring hitam LP (Long Play) dulu-dulu.
Saya jumpa Opak ini  di beberapa gerai jajan bergerak (truck) di RnR Senawang. Oh, saya balik ke Melaka dari Kuantan melalui Keyel dan Seremban.  Singgah di RnR Senawang untuk rawat dan rihat. Sambil suami merawat diri, saya 'rihat' mencari apa yang ada di  'truck' jualan jajan.. Nampaklah opak yang tergantung-gantung ni?  Opak ini Opak N9. RM4.00 sebungkus. Ada 3 keping. Mahal ke??

Sebelum sambung perjalanan, makan dulu Opak N9 bersama kopi (dalam tin).
Apa rasa Opak N9?
Rasa Opak lah...tapi kurang rasa ubinya!!!

KEROPOK UBI

KEROPOK UBI @ OPAK

 Seingat saya, keropok ubi kayu atau opak ini saiznya besar, bentuk bulat. Besar pinggan makan ada.  Kalau saya ke Pasar Malam, bukan Pasar Malam, tapi Pasar Minggu di Kpg Baru, di Jalan Bonos, KeYel,, mesti beli keropok ubi yang besar pinggan itu. Ada yang dah  siap digoreng, Kami beli yang kering. Ada beberapa keping, pelbagai warna, merah, kuning, putih, dibungkus dalam plastik lutsinar. Bila nak makan, kami goreng, Tapi bukan besar tak muat kuali.Kami gunting kecil, jadi empat segi. Bila menggoreng minyak tidak boleh terlalu panas. Nanti ia hangus sebab keropok ini nipis. Kami selalu jadikan keropok ini sebagai 'ulam' semasa makan nasi. Nak  lebih ummph lagi, kami jadikan dia sebagai sudu. Kaup nasi dengan kepingan keropok. Terasa bunyi 'kruup, kruup'...
Imej di atas ialah keropok ubi masa kini. Dah digoreng. Bentuk masih bulat tetapi bersaiz kecil.Ini tidak perlu gunting kecil. Boleh goreng sekeping sekeping. Ada juga yang rasanya manis sedikit. Mungkin ditambah gula pada bahannya. Saya tak suka yang ini. Saya suka yang  masin sikit. Ada juga keropok ubi yang ditabur hirisan daun..entah daun apa....tapi jenis ini dibawa dari seberang...nun sana.
Itulah keropok ubi,sedap dimakan bersama nasi (selera saya lah ^_^)

Tambahan: Keropok ubi cicah sambal lada  kicap,. sedap juga. Cuba lah. 


BISKUT COMEL


Salam sejahtera.
Comel 'kan biskut di atas? Comel dan manis!!!
Nama biskut ini "biskut butang"
ia popular di kalangan kanak-kanak satu masa dahulu.
kanak-kanak tertarik dengan warna krim
merah jambu, hijau muda, kuning, putih,
hingga kini 4 warna ini masih kekal.
Masih  kanak-kanak dahulu, saya suka biskut comel ini.
sekarang, masih suka lagi ^_^
Nampak di sudut biskut di pasaraya TM tadi,
terus beli
Masa kanak-kanak dahulu , kalau makan biskut ini
yang pertama hilang, krimnya.
Tinggallah biskut tanpa topping,tergolek-golek atas pinggan.
Sekarang, taklah makan begitu. 
Sekali 'gulp' masuk ke dalam  mulut,
hmmmm sedapnya
 krim  cair bersama 'badan' nya,
manis!


jom cuba biskut nostalgia ini!

LOVE AT FIRST BITE

Teringin...mencari....di  CHIANG MAI
Dah jumpa!!
Sticky rice with sweet manggo...pulut bersama mangga manis
Curah sedikit santan ke atas pulut, lawan mangga....yummy, yummy
Love at first bite!  50BHT (RM5.00)
Asli..tanpa sudu!

Pecal n Sengkuang

Salam sejahtera pembaca ku sekelian.
Cerita makan- makan lagi.
Di sini ada  dua menu yang ingin saya perkenalkan. Mungkin ada sudah tahu dan pernah rasa,

Pertama, saya terjumpa  kiosk jual makanan di Foodcourt Tesco Pringgit. Kiosknya comel dan kemas dan menyediakan Yong Taufoo, Rojak Singapore dan ada satu yang saya belum perna cuba.

Comel dan kemas dan menarik,  Puan empunya gerai. sedia membantu.
.Nasi himpit bersama kangkung, taugeh, sengkuang, timun, tauhu dan telur rebus.
Siram kuah  kacang.
Jadilah dia LONTONG PECAL


Ini menu kedua.
Pagi tadi saya hadir Majlis Doa Kesyukuran di sebuah rumah di Taman Bukit Baru Jaya.
Ada kiosk special



Pernah rasa SENGKUANG CALIT?
Yummy yummy...
(makanan orang ada gigi !!)

Hirisan sengkuang disapu otak udang manis, Ditaburi dengan kacang tanah goreng ditumbuk.
SENGKUANG CALIT , menu lama dihidupkan kembali
dengan cara menarik.
Maaf, patut imej ini tegak. Bila upload , baring pula dia!

Pecal, nasi himpit, sengkuang boleh diubahsuai cipta rasa
dijadikan resepi baru.
Selamat berhujung minggu!




Mee mamak dan cendol

Jom kita singgah makan mee goreng dan sate di gerai tepi Sg Melaka di Kpg Jawa (kampung dalam bandar!}. Wah, ambil order cepat..kami pesan mee goreng mamak dan sate ayam dan kerang. Duduklah menunggu....tunggu...dan tunggu....Tetapi kami kecewa.. Lebih 30 minit berlalu, pesanan, tak sampai-sampai. Minuman pun tak dihantar. Bila kami tanya, kata seorang pelayannya, kena tunggu turn. Aiseh (agaknya 'I say'), hantarlah minuman dulu. Tak puas hati dengan layanan, okeylah, ambil keputusan, cancel pesanan,
Ke mana kita?

Kita  ke gerai 'Gappur' mamak cendol di Jalan Kee Ann. Kalau anda pembaca dari Melaka tentu anda kenal tempat ini, gerai tepi jalan, hampir dengan tapak  panggung Lido(dah tak de pun sekarang).

Gappur off duty. Anaknya  yang sediakan minuman
 mesra pelanggan
Sedap  mee goreng mamak diiringi  cendol kacang merah.
Sudah lama tak makan!
Di sebelah gerai Gappur, ada gerai  Minang jual  kuih apam balik 'mengkabau'
dan kuih apam 'Jepun'..boleh pilih inti kacang merah
 atau nenas.

Tak dapat makan mee gerai tepi sungai, ada alternatif...gerai Gappur mee mamak dan cendol tepi jalan.
Sambil menunggu dan menunggu pesanan di kedai tepi sungai, saya rakam gambar ini. Setentang dengan kedai ini terdapat sebuah bengkel atau kedai comel buat terompah.  Nak beli terompah, bolehlah ke sana...Sebenarnya, kalau kita rajin teroka Kapung Jawa, macam -macam ada.....

Masih kekal seperti dulu


Kukusan Inovasi

nak kukus 3, 4 butir je. Kukusan yang ada, besar.
Buat ginilah.
dan ini hasilnya,
eh, 5 butir kuih pau pelbagai rasa untuk minum petang.
Terima kasih Cik Hjh Kamariah, penyelamat keadaan.
Terima kasih juga pemberian kuih pau air tangan sendiri.

Durian Crepe Durian Cake

Salam sejahtera semua.
Durian Crepe,
banyak sudah saya baca tentangnya
apa rasanya?
Terjumpa di Restoren Lot dekat rumah
Lalu, beli sepaket, nak rasa
Umpama bantal. Sepaket RM6.50

Bila 'bantal-bantal durian' ini dikerat, inilah rupanya.
Whipping cream + durian dalam gulongan kepingan lempeng.

Durian Cake ...lapisan adunan durian atas biskut oreo (rasanya)

Tetapi saya tetap suka makan durian begitu saje.....



Cendol Clock Tower

Salam sejahtera semua.
Jom  singgah
warung cendol famous bagi pelancong
di bandaraya Melaka.
Cendol Clock Tower (CCT) atau Cendol Jam Besar
Tempatnya strategik.
tepi Sg Melaka
Setentang dengan mercu tanda, 'jam besar'
dan tempat sejarah yang lain.
Ramai pelancong di Melaka cuti ini
Lihat trafik jam, mereka tak tau ke
susah nak cari parkir kereta musim-musim gini
Semua menuju ke pusat pelancongan.
Jalan sesak sangat.
Naik beca taman bunga aje lah!
Warung CCT pun penuh.
Memang hebat pukulan cendol ini.
Cuaca pula panas.
Jom singgah rasa cendol CCT semangkuk dua.
Nak yang biasa, dengan kacang merah
dengan ais krim....
dengan tapai tak de...
Kami pun 'join the crowd' membawa
tetamu kami hujung minggu lalu
dari kanan.. Naimah, Hendon,Noraini
rasa nikmat cendol  bersama aiskrim
coklat dan strawberry
Dua mangkuk lagi dah selesai.
Inilah tetamu kami
Cik Mek Molek KB.
nanti datang lagi, kita menyusur sungai pulak ye.
Tapi jangan datang waktu cuti.
Anda sendiri telah mengalami
'jam 'nya bandar Melaka
musim cuti!

Naimah tertarik dengan kolam
ikan koi
Satu lagi tarikan pelancong (peminat tegar lah)
Hard Rock Cafe
Coming soon to Melaka
seberang Cendol Clock Tower

Chips n Koi

Chips
 Saya jumpa apa yang dikatakan 'Arrowhead' di JJ Peringgit pagi tadi.
Teringat saya Cg SAK ada entri mengenai "Arrowhead Chips". Rupanya nama dia dalam bahasa Mandarin   'China Ngarku'
Ini rupanya, ngarku,bentuk ubi-ubi kecil
 Kata adik yang menjual  'Sedap makcik, digoreng macam kerepek ubi'

Balik rumah, saya ikutlah cara membuat 'Arrowhead Chips' seperti yang diajar oleh Cg SAK. Memang sedaplah. Saya tak tambah garam. Rasanya, asli manis. "Ngarku' hanya ada setahun sekali, itu pun pada musim tahun baru China. Hari raya kita, tak ada pula dia!
Terima kasih Cg SAK atas kerepek perasa baru.

Koi
Ada seekor koi dalam kolam laman BC. Ada kala saya lihat dia 'keseorangan' (boleh ke?). Dia melekatkan diri pada dinding kolam yang berlumut, sambil terkumit-kumit mulut dia. Bila time makan, boleh pula dia berenang ligat bersama koi lain berebut makanan. Kemudian dia kembali ke tembok kolam. Lama saya perhatikan, begitulah keadaannya.

Satu pagi saya lihat dia terbaring di lantai kolam. Ingatkan  dah mati.
Koi yang sakit terlentang, tak tau mengapa

Bila dicuit, dengan segera dia timbul, berenang dengan laju sambil  berpusing-pusing. Badannya tak tegak tetapi senget , Stail kuaklentang! Lepas tu, dia baring semula.
Nampak tak koi yang badan putih tu? itu cara dia berenang
Apa kes koi seekor ni?
Adakah dia kekeyangan? Adakah dia sakit? Adakah air kolam tercemar?Saya teliti  sifatnya masih lengkap!
Bila dia terbaring selalu saya agak dia dah mati, tapi bila disentuh, dia'terjaga'
Masih bernyawa!

PS. Maaf ye, entri saya sebelum ni yang menceritakan pertama kali saya memukul kompang dalam hadrah telah terdelete. Itulah dia, jari lebih cepat dari mata, tak baca betul, tertekan 'delete'

Biskut sedap

"Biskut Sedap" tercatat pada bungkusan plastiknya.


"Sedap ke adik?" soalan pada Ah Boy.
Belek-belek kepingan biskut (roti kering) dalam paket. 
 Teragak-agak nak beli.

"Memang sedaaap!!" jawab Ah Boy.

"Betul??"ingin kepastian.

"Betul, memang sedap" tegas si Ah Boy lagi.

Lalu "Biskut Sedap" dibeli sebungkus.
Sedap agaknya  cicah air teh panas,kopi panas nanti bila terasa lapar.

Makan begitu saje pun sedap.
Memang sedap "Biskut Sedap"..
..kepingan kecil roti kering...rasa majerin dan taburan gula...

Kiriman lagi

Salam,
Semalam terima lagi kiriman daripada kakak. Ole-ole dari Mekah.Apa pulak kali ini?

Berat kotaknya.
Tanya penghantar kiriman (wakil KTM): ada tunggu lagi kiriman dari Mekah?
Saya : Ada....

Bila dibuka kotak, nah dia bungkusan-bungkusan kecil  gula tarik Sungguh manis, memang manis gula tarik ini. Dibaluti dengan 'chopped' kacang pelbagai rasa.



Saya rasa satu, tak separuh aje, manis dah
Apa nama sebenarnya ye?

P.S. Kerja-kerja landscaping sedang berjalan sekarang di rumah BC.
Bunyi bising di belakang rumah!!!

Snek

Salam
Kami ke MITC malam tadi untuk menonton Malam Kreativiti Muzikal,satu acara dalam Karnival Malaysia Inovatif 3010 Zon Tengah anjuran MOSTI bersama MIMOS . Ia adalah acara pertandingan persembahan tarian, drama , nyanyian..tiga dalam satu.
Adibah Noor hosnya "penyanyi terbesar di Malaysia" (quote)
 Tamat agak lewat juga, perut lapar...so kami singgah supper di restoren terbesar dekat MITC.
Dah namanya supper, so pesanlah yang ringan-ringan... Dosay, Dose, Dosai, Dhisha, Tosai, Chabuli...eh banyaknya saya pesan,  larat makan ke? Bukanlah, itu adalah nama-nama alternatif bagi Tosai. (saya ambil di Google). Kalau singgah kedai mamak (yang tak diragui) pasti Tosai menjadi pilihan (mee mamak pun suka , tadoori chicken juga)Ada macam-macam jenis tosai...Masala, Rava, Bawang....antaranya.  Tapi pilihan saya ialah yang plain and simple....Rava (jangan salah ketuk kekeunci, jadi Ustz. R*vi) pulak!)


Masala Tosai ada ubi kentang . Jangan jadi masalah sudah. (pinjam Google)
Tosai biasa., nampak tebal di tengah, ada 'renda-renda' nipis di tepi. Gambar Google
Tengok tosai yang saya pesan
hampir tutup satu pinggan, tutup bahan pencicah dan kari
Tak ada seni langsung :(

Macam ini kan persembahan yang cantik, kemas lipatannya :)
Tosai dimakan dengan 'sambal'nya..chutney warna putih daripada kelapa serta ada kari dan dhall. Cara saya makan begitu saje lebih-lebih lagi kalau, dia nipis dan masih panas!!!
Saya jeling pelanggan di meja sebelah...Tosai juga, bentuk  topi clown badut...Tak pula saya ambil gambarnya.
Inilah rupanya (terima kasih ye  tuan punya gambar)
Tosai tisu atau kertas....kreativiti pembuat tosai. Nampak tersangat nipis...yang ini saya belum cuba lagi.
Itulah kisahnya makanan mamak kegemaran saya.


Pagi brunch di Klebang
Malam snek di Air Keroh
Alhamdulillah atas nikmat Mu