Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

WAJAH BARU DI SIMPANG JALAN

Banyak bangunan baru di sana sini di bandar Melaka. Begitu juga di pinggir bandar. Kalau satu masa dahulu terdapat deretan rumah kedai papan, kini diganti dengan deretan kedai batu berbagai 'design', Italy lah, Beijing lah.....hmmmmm.  Antaranya...

Di persimpangan jalan dekat Kompleks Masjid al Azim dan setentang dengan Pejabat Pos Besar Melaka.



Di Bukit Baru pun sudah siap deretan rumah kedai baru. Moden dah di persimpangan Bukit Baru. Hilang sudah wajah kampung dengan kedai papan.



Beca baru, kereta pun baru

Baru sekali masuk Melaka.
Kalau ke sini jangan keliru,
Persimpangan jalan baruuuu belaka!




JEREBU DI BANDARAYA BERSEJARAH

Adik saya (yang suka klik, klik, klik) whatsapp saya imej suasana cuaca berjerebu di beberapa tempat dibandar Melaka. Teruk juga ye....


JALAN HANG TUAH


BANGUNAN UITM BANDARAYA


SUNGAI MELAKA
Saya di Kuantan. Cuaca berjerebu juga tetapi tak lah macam di Melaka tu.Tetapi saya terkena juga tempias jerebu. Batuk!  Ujian Allah...bersabar aje lah, ye

Tebing Sungai Melaka

Semasa mengemas almari buku pada satu malam, kami (kakak dan saya) terjumpa album gambar yang mengandungi gambar-gambar klasik dan nostalgia. Ada dua keping gambar yang menarik perhatian kami.Gambar-gambar tersebut berlatarbelakag tebing Sungai Melaka pada tahun '50an dan '60an.
Gambar pertama diambil/dirakam di bahagian belakang kedai arwah bapak. Abaikan yang menjadi model. Perhatikan, sebahagian deretan rumah kedai di seberang sana..  Begitulah keadaannya. Tak terjaga, terabai, tak kisah......tak silap tahun '60an.

yang penting....latarbelakannya,  ya....


Gambar kedua, tahun '50an, ialah pemandangan, pada ketika itu, di padang permainan kanak-.kanak, juga di tepi Sg Melaka, sebelah kedai arwah bapak. Kini, tempat letak kereta. Ini ialah  gambar kami bersama rakan-rakan sebaya. Lihat latarbelakangnya. Ada sebuah tongkang menbawa beras sedang berlabuh. Dahulu Sungai Melaka menjadi laluan utama tongkang-tongkang besar membawa muatan dari muara sungai ke gudang-gudang yang terletak di rumah-rumah kedai. Kelihatan juga sebahagian jambatan lama. Masih ada tetapi sudah bertukar'design'

Cuba cari...mana yours truly...saya le!

Gambar menjadi kenangan...tebing Sungai Melaka dahulu dan sekarang.

Tebing Sg Melaka kini, tempat yang sama seberang sungai kedai arwah bapak


Mari kita jalan-jalan, menapak di tebing Sungai Melaka.....jom!!!



PENYERI BANDAR

Salam sejahtera.
Penyeri bandar...ye,  di bandar Melaka ( juga dibandar -bandar lain) bunga memainkan peranan sebagai penyeri. Mana tidaknya...dengan warna yang terang, bunga berbagai jenis, susun atur  tanaman yang cantik..menjadi bandar menarik dan ceria. Cuba lihat. rumpun bunga-bunga di beberapa sudut di bandar Melaka....macam berada di luar negara  ...ahem!!!

bunga biasa-biasa aje

warna merah ...berseri-seri, berlatar belakang bangunan merah
 'stadhyus'

yang merah 'cock's comb'

Bunga kertas dan Sungai Melaka
Dah saya kata 'macam berada di luar negara',
dalam kes ini Holland! 

sudut bunga waktu malam
Ada juga saya lihat di tempat tertentu, ditanam petunia dalam pasu berbentuk kotak panjang. Eeee...mahalnya petunia dan cepat layu pula! Pembaziran, pembaziran!!  Jalan raya bertambah seri dengan tanaman pokok-pokok puding  yang berdaun bercorak-corak, berwarna warni.

 Pokok-pokok bunga ini ditukar ganti bila sampai masanya...hampir layu (belum layu lagi). pekerja-pekerja pembekal bunga akan tanam pokok bunga baru. Tertanya juga saya pokok bunga yang lama, yang dicabut, dibuang, ke mana perginya? Ada juga rasa macam nak minta sepohon dua . Boleh tak kita ambil. Sayang, kalau ada pokok-pokok bunga itu masih lagi segar dibuang begitu saje. Apa-apa pun, saya suka bunga, memang penyeri!
Tak pe, kita beli dari nurseri sahaje lah
Miss Petunia, the flower okey, not me!
Jumpa lagi!


Melaka Oh Melaka

Melaka Bakal Miliki Jurassic Park Pertama Di Asia
 
MELAKA: Melaka bakal mempunyai sebuah taman haiwan purba dikenali sebagai 'Jurassic Park' bernilai RM200 juta yang dirancang dibina bersama beberapa projek pelancongan lain di Dataran 1Malaysia di sini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata destinasi pelancongan yang pertama seumpamanya di Asia itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik.
Beliau berkata Jurassic Park itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, melibatkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad.
"Perbincangan mengenai projek ini berjalan lancar dan memorandum persefahaman (MoU) dijangka ditandatangani pada Mac depan," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai projek tersebut di Seri Negeri di sini, Isnin.
Katanya Jurassic Park itu dijangka siap dibina dalam tempoh dua tahun selepas MoU tersebut ditandatangani.
Mohd Ali berkata Jurassic Park itu dijangka mampu menarik lebih satu juta pelancong setahun.
Sementara itu, beliau berkata kawasan Dataran 1Malaysia turut akan menempatkan Melaka Sea World yang akan dilengkapi galeri ikan paus terbesar di negara ini di atas tapak berkeluasan 60.7 hektar.
Beliau berkata projek lain yang turut dibina di kawasan tersebut termasuk Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta. - BERNAMA


Melaka: kapal layar di angkasa?


 Salam sejahtera semua. Semoga sihat selalu...

Kali ini saya nak hebohkan satu tarikan terkini di bandaraya bersejarah ini. 
Tahun lalu sempena dengan Tahun Naga masyarakat Cina,
orang Melaka dan pelancong  'dimeriahkan' dengan replika 'naga'
( panjang sekali,)
tahun ini, apa pula yang menjadi tarikan?
Tahun ini tahun Ular. Jadi replika 'ular' kah yang ganti si ' naga'? Oh tidak!
Takut, geli.......hodoh, bisa!!!

Nah, ini dia!! 
Di jalan masuk Jonker Walk dari arah Jam Besar atau Clock Tower
Ada kapal layar di angkasa!
Replika Kapal Layar Laksamana Cheng Ho menjadi tarikan sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini

Siang

Malam


Hebatkan?

Dari arah ini ye...Jam Besar waktu malam

Khabarnya, dua syarikat perniagaan terbesar di Melaka menaja pembinaan replika ini.

JOM ke Melaka

Dieya, mesti suka!!!


Just for you, dieya

Seberang Sg Melaka
Kini di buka, dekat jambatan

Nek Rock!

Bukan untuk Nek Ngah, jangan salah sangka!

'Melaka' terkenal seantero dunia

Mee mamak dan cendol

Jom kita singgah makan mee goreng dan sate di gerai tepi Sg Melaka di Kpg Jawa (kampung dalam bandar!}. Wah, ambil order cepat..kami pesan mee goreng mamak dan sate ayam dan kerang. Duduklah menunggu....tunggu...dan tunggu....Tetapi kami kecewa.. Lebih 30 minit berlalu, pesanan, tak sampai-sampai. Minuman pun tak dihantar. Bila kami tanya, kata seorang pelayannya, kena tunggu turn. Aiseh (agaknya 'I say'), hantarlah minuman dulu. Tak puas hati dengan layanan, okeylah, ambil keputusan, cancel pesanan,
Ke mana kita?

Kita  ke gerai 'Gappur' mamak cendol di Jalan Kee Ann. Kalau anda pembaca dari Melaka tentu anda kenal tempat ini, gerai tepi jalan, hampir dengan tapak  panggung Lido(dah tak de pun sekarang).

Gappur off duty. Anaknya  yang sediakan minuman
 mesra pelanggan
Sedap  mee goreng mamak diiringi  cendol kacang merah.
Sudah lama tak makan!
Di sebelah gerai Gappur, ada gerai  Minang jual  kuih apam balik 'mengkabau'
dan kuih apam 'Jepun'..boleh pilih inti kacang merah
 atau nenas.

Tak dapat makan mee gerai tepi sungai, ada alternatif...gerai Gappur mee mamak dan cendol tepi jalan.
Sambil menunggu dan menunggu pesanan di kedai tepi sungai, saya rakam gambar ini. Setentang dengan kedai ini terdapat sebuah bengkel atau kedai comel buat terompah.  Nak beli terompah, bolehlah ke sana...Sebenarnya, kalau kita rajin teroka Kapung Jawa, macam -macam ada.....

Masih kekal seperti dulu


dulu n kini

Salam sejahtera.
Dari atas Bkt St Paul,
dulu....padang Banda Hilir....padang bola sepak di Melaka, aman tenang
kini....lihatlah...Dataran Pahlawan ganti padang...shopping....sibuk, sesak



Gabungan peninggalan bangunan sejarah dan moden.
Boleh anda kenalpasti bangunan-bangunan tersebut?


Cendol Clock Tower

Salam sejahtera semua.
Jom  singgah
warung cendol famous bagi pelancong
di bandaraya Melaka.
Cendol Clock Tower (CCT) atau Cendol Jam Besar
Tempatnya strategik.
tepi Sg Melaka
Setentang dengan mercu tanda, 'jam besar'
dan tempat sejarah yang lain.
Ramai pelancong di Melaka cuti ini
Lihat trafik jam, mereka tak tau ke
susah nak cari parkir kereta musim-musim gini
Semua menuju ke pusat pelancongan.
Jalan sesak sangat.
Naik beca taman bunga aje lah!
Warung CCT pun penuh.
Memang hebat pukulan cendol ini.
Cuaca pula panas.
Jom singgah rasa cendol CCT semangkuk dua.
Nak yang biasa, dengan kacang merah
dengan ais krim....
dengan tapai tak de...
Kami pun 'join the crowd' membawa
tetamu kami hujung minggu lalu
dari kanan.. Naimah, Hendon,Noraini
rasa nikmat cendol  bersama aiskrim
coklat dan strawberry
Dua mangkuk lagi dah selesai.
Inilah tetamu kami
Cik Mek Molek KB.
nanti datang lagi, kita menyusur sungai pulak ye.
Tapi jangan datang waktu cuti.
Anda sendiri telah mengalami
'jam 'nya bandar Melaka
musim cuti!

Naimah tertarik dengan kolam
ikan koi
Satu lagi tarikan pelancong (peminat tegar lah)
Hard Rock Cafe
Coming soon to Melaka
seberang Cendol Clock Tower

Apa khabar dari Melaka

Berada di Melaka semula!
 Back to work!

dulu.....

'Itik' kuek-kuek dua alam

Pernah dengar kenderaan 'itik' dua alam? Dia boleh bergerak di darat dan di laut. Untuk penjelasan, lihat gambar-gambar ini. Saya pinjam dari Duck Tour Adventure in Historical City Melaka



Mula-mula dia bawa pelancong jalan-jalan di darat, kawasan Melaka Raya. Kemudian dia belayar pula di Selat Melaka.

Duck Tour merupakan salah satu tarikan pelancong di Melaka.  Kami orang di Melaka selalu tengok  orang luar yang berminat naik kenderaan 'itik' dua alam ini. Apa seronoknya ye? Jom, kita rasa pula.  Oleh itu pagi tadi, seramai 17 orang kumpulan senaman pagi atau taici WI Bukit Baru Melaka telah merasa naik 'itik kuek-kuek'.  Hujan lebat pagi tadi. Laut bergelombang. Tapi kami teruskan projek . Bersama kami ialah pelancong dari Sarawak.

Hujan dah teduh, mari kita mula. Nanti ambil gambar dulu

Orang Melaka duduk depan, orang Sarawak duduk belakang. Tension!!
 Kami dihiburkan dengan lagu dondang sayang.

Hari hujan. Gambar pun ditaburi dengan rintik-rintik hujan! Tingkap ditutup dengan lapisan plastik untuk mengelakkan tempias hujan dan air laut.
Dari Melaka Raya kami ke Pulau Melaka 

Antara projek yang akan siap hujung tahun ini, kata pemandu 'itik' kami
Sebuah Bandar Arab di Pulau Melaka. Ngapa lambat siap ni?
Biasa lihat Mesjid Selat dari darat. Ini dari laut pula
Laut bergelombang, nuuun bangunan pinggir pantai, Melaka Raya
Tak jauh ke laut pun. Kalau tidak mau sampai seberang sana!
Macam mana rasanya, suka ? Berbaloi ke dengan RM27 (untuk warga emas)naik 'itik' 45 minit?
Dah sampai! Eeee, pening juga!
Tak pe kita makan dulu. Ada orang murah hati belanja
Apa lagi, dah belayar dipukul dek gelombang, perut pun lapar. Lauk pula masak asam pedas ikan tenggiri, Gulai lemak daging salai, kerabu mangga, telur dadar, ulam dan sambal belacan. Airnya teh O limau panas. Pencuci mulutnya, puding karamel...manis wei!!




Lapar, licin pinggan. Selalu makan 'nasi separuh, dek' kali ni abis pulak satu pinggan!!



Nak naik ' Duck Tour' lagi?
Biarlah pelancong luar Melaka beri komen.