@Sekincan Ikan Bakar

Banyak sudah penulisan di blog mengenai Sekincan Ikan Bakar. Sekarang restoren yang boleh dikatakan popular bagi penggemar ikan bakar sudah meluaskan sayap nya ke Melaka. Letaknya di kawasan Melaka Raya. Jom kita makan-makan  di Sekincan. Nak cuba.Apa bezanya dengan ikan bakar di Anjung Batu, di Alai atau di Muara Sungai Duyung?

"Sekincan" Kata kakak" asalnya Second Chance. Dulu orang kita tak boleh sebut 'second chance', so jadilah 'sekincan' Boleh terima ke?


Tengok tu, menarik tetapi dicemari dengan tampalan kalender dan entah apa-apa notis lagi.  Nampak "halal" aje, yang lain tu......???  Tapi lampu gantung 'gaslin'  tu menarik.

Kemudian kita order food kat kaunter. Pelayan (loghat Jawa) tak ambil order.di meja makan. Wah macam-macam makanan laut ada. Saya tertarik dengan kerang yang nampak segar (dan besar). Minta kerang rebus. Rupanya Sekincan tak main rebus-rebus....semua bakar-bakar. Kerang bakar? Belum pernah rasa. 500 gm@RM7.00 !
Pesanan dibuat, Dok tunggu dengan penuh kesabaran...lama juga. So let's pose...


At last sampailah ini...


lepas menunggu sekian lamanya......dia datang...

Rasa...gitu-gitu..sederhana (pada sayalah) . cara masak lain daripada ikan bakar melaka.
Inilah dia pukulan sekincan ikan bakar bagi kami yang kelaparan. Tengok, kerang tak habis sebab saya dan Iddin yang 'follower' nya. jadi lebihan tapau ma!



Mana bes, ikan bakar Melaka atau Sekincan Ikan bakar...terpulang kepada selera masing-masing. Kalau orang di melaka mahukan kelainan, bolehlah ke Sekincan, Kalau nak yang melaka asli, ke Umbai, Muara Sg Duyung atau Anjung Batu, tepi-tepi sungai tu.Macam mana dengan harga?? Tak tau saya, tak nak tanya yang belanja dinner malam tu. Macamana  dengan layanan, mesra tak? Tak boleh lawan lah dengan layanan orang di melaka.

Terima kasih to "Father Christmas"



4 comments:

  1. Banyak feedback pasal Sekinchan ni..kebanyakan nya cakap 'kureng' sedap dan mahal..kat klang ni berhadapan dengan JJ ni ada kedai besar dia tapi hati ku tak tertawan lagi...masih setia yang kat tepi pantai tu....

    ReplyDelete
  2. Ezza,
    Malam tu kami gi try sebab dah dengar banyak tentang restoren ni.Pasti harganya mahal! Makan biasa-biasa aje.

    ReplyDelete
  3. sy pun penah denagr org kata sekincan tu xdela sesedap mana...huhuh

    ReplyDelete
  4. Salam Pen Biru,
    Agaknya pergi sekali aje tak? Berilah dia second chance!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.