Seperti yang di rancangkan
pagi ini sebagaisarapan....
cucur udang
seawal 7.00 pagi sudah berada di dapur, siapkan
2 biji telur,
3 cawan tepung gandum
secawan taugeh,
hiris secekak (cekak saya) daun kucai
1 sudu teh sodium bicarbonate
3 cawan air
beberapa ekor udang sederhana
serbuk kunyit (boleh guna pewarna juga)
garam
Selalunya saya masukkan telur ke dalam mangkuk tepung
(selalu adunan bergentel!)
kali ini...
saya pecahkan telur dan pukul hingga kembang, masukkan garam ikut rasa, dan sodium bicarbonate. Gaul rata.
lepas tu, saya masukkan tepung sikit-sikit berselang seli dengan air. Gaul sekata.
(tak bergentel pun tepung!)
Bila dah puas dengan bancuhan adunan tepung dan telur,
masukkan taugeh, hirisan daun kucai dan jika suka hirisan cili merah serta serbuk kunyit
Siap bancuhan cucur, ketepikan dalam 30 minit.
Sambil tu, buat sosnya.
Blend beberapa cili merah bersama bawang puith
(jumlah ikut suka masing-masing)
tambah sos tomato, air, gula, garam
(dan cuka kalau suka)
Didihkan...
kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan air
Kacau...rasa masam, manis nya.
Sekarang nak goreng cucur udang (pastikan udang tu kering, tidak berair)
tidak nanti "tup-tup" dalam minyak panas
Panaskan minyak,
ambil senduk berbentuk bulat dan panaskan dalam minyak goreng
letak sikit adunan cucur ke dalam senduk panas.
Letak seekor udang di atasnya dan goreng
Nanti adunan akan keluar dengan sendiri
Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan
Ta....dah...dapatlah cucur udang.
makanlah dengan sos buatan sendiri tadi
(atau sos yang dah sedia ada)
tapikan...(hah...ada tapi....)
pusingan awal tak menjadi!!!
kakak kata tambah air biar adunan cair sikit.
Okeylah....turned out good!
Tapikan...boleh jadi resepi yang saya ikut ni tak seperti cita rasa sayalah.
.tak rangup, tak 'crispy' macam cucur udang Mak Timah!
Perlu ada tambahan tepung beras agaknya .
Apa kata si Muffinbiru, tolong beri petua pada makcik ni!
Apa kata juri?
(Ada banayk cara untuk buat Cucur Udang ini. Resepi yang saya ikut telah diubahsuai daripada Resepi Kuih Muih Melayu , Rubiah Suparman)
saya tak letak soda bicarb or baking powder tapi saya taruk macam alang bubuh tu..tauge kucai semua dan biar kan rest lama sikit..or maybe.. yang rangup tu diorang letak kapur makan sikit....
ReplyDeleteapa pun..first time try tu kira ok laa..Pas dah...
kalau nak sedap ke tak..mintak komen Iddin tu..kalau dia makan banyak..ok la tu...
Zah,
ReplyDeleteMaybelah tak cukup 'rihat' bancuhan cucur tu. Terima kasihlah kerana 'pas'kan alang. Oh juri dalam gambar tu kata 'jadilah ni, sedap juga'Iddin tak makan udang, nanti lidah gatal!
kak hajah nora...
ReplyDeletesure juri tak terkata-kata selepas menikmati cucur udang tu...
nampak memang sedappp
Hjh Rahmah,
ReplyDeleteKetawa kecil akak. Alahai orang lain buat yang lebih hebat daripada cucur udang, tak gempaq pun.
best nyer.. lama tak makan cucur udang!
ReplyDeleteNak aunty buatkan ke, dieya?
ReplyDelete