Gembira sangat-sangat saya hari ini.
Apa tidaknya?
Lihatlah dengan siapa saya bergambar?
Sebelah kanan Hjh Faridah binti Mat Saman, qariah lagenda. Hebat Hajah Faridah....1st female champion reciter dalam tilawah al Quran peringkat antarabangsa pada tahun 1964. Champion sebanyak 8 kali, (1966 - 1991). Hebat kan?
Di kiri pula Hjh Rahmas binti Abdullah, juga tak kurang hebatnya. Hajah ialah johan tilawah antarabangsa sebanyak 6 kali. Dan sewaktu ia muda remaja, guru mengajinya ialah Hjh Faridah!
Sebenarnya sekarang ni saya di Kuantan, sudah 4 hari. Dan pagi tadi sempat saya hadir program ini.
Maafllah, tulisannya nampak tapi tak jelas. Majlisnya ialah....
Program Tahsin al Quran & Haflah Perdana Bersama Johan Qari & Qariah Kebangsaan dan Antarabangsa anjuran Persatuan Tarannum Pahang.
Yang disenarai tu ialah nama-nama Qari-Qariah Kebangsaan dan Antarabangsa yang dijemput khas.
Selain daripada kedua-dua hajah di atas, antara Qari Kebangsaan dan Antarabangsa yang membuat persembahan haflah termasuklah Hj Ahmad Tarmizi bin Hj Ali Al-Hafiz, juara Akademi Al Quran (AQ) musim ke 4.
Masing-masing telah melagukan bacaan al Quran dengan hebat sekali, tiap-tiap sorang lain stailnya, dan keunikan sendiri.. Dengan menghadiri majlis seperti ini, jelaslah saya cara-cara bertarannum "ilmu atau kaedah suara yang dibunyikan menerusi rentak, nada dan irama yang tertentu untuk menambahkan kelunakan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya al Quran' Tapi saya tertanya-tanya juga, mengapa ada hadirin (the men) 'got excited' setiap kali bacaannya Qari/ Qariah agak 'hebat' misalnya tarikan suara tinggi, berlagu ayat panjang dengan satu nafas . Beri semangat ke?
Saya bertarannum? Hi hi....
Oh, ini tak boleh tinggal. tetamu khas
Sempat juga beliau bergurau "Tak payahlah berdiri, saya bukan Guru Besar" bila nampak mantan HM ini.
Yang ni pula never waste time
Sahabat handai yang hadir...lihat gembiranya mereka. Mereka merupakan antara peserta bengkel program tahsin yang diadakan pada hari Sabtu semalam di masjid negeri bawah bimbingan Pn Hjh Faridan Mat Saman.
Itulah dia, satu pagi dalam majlis ilmu bersama yang terhebat!
kak hajah Nora..
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Saya juga cukup teruja jika dapat bertemu dan berkenalan dengan kedua VVIP tersebut. Sejak belajar mengaji bertajwid ini.. kami didedahkan dengan berbagai2 ilmu al quran.. dan seandainya diberi peluang mengikuti program yang kak hajah nora hadiri itu, tentunya lebih bermakna buat kami...
Terasa keistimewaan majlis seperti ini. Dengan itu saya sepatutnyalah dengan persaan iri hati saya memberi tahniah kerana dapat menyertai majlis yang seumpama itu.
ReplyDeletesalam kah hajjah, Lama tak sembang. Sehat?
ReplyDeleteHajah Rahmah,
ReplyDeleteTahun depan ada lagi program ini, InsyaAllah.
Pakcik @ Al-Manar,
ReplyDeleteMemang betul, berbagai lagu dapat kita dengar.
Salam Ibundo hajah Pah,
ReplyDeleteAlhamdulillah sihat adanya. Harap hajah pun begitu juga, gembira bersama famili.