Berbagai perangkap

Lagi perangkap.
Perangkap apa?
Perangkap lumut kolam koi, apa lagi.
Memang otak berjalan mendapat ilham untuk mengatasi masalah.
Jeng, jeng, jeng...lepas 'thinking aloud'
letak dan ikat batang paip plastik pada perangkap
nampak perangkap tak?
Nak buang lumut, tarik aje dengan menggunakan batang paip tadi.
Atau yang ini?

letak perangkap pada bawah penutup saluran longkang. Untuk tarik , guna penyangkut.
Ada lagi idea lebih canggih!

Tebuk beberapa lubang pada batang paip (ukuran ikut saiz lubang outlet air) dan letak perangkap di atas.
Lumut akan tersekat dan air mengalir.
Untuk menariknya ke atas, perlu bengkokkan sebelah kaki dan kaki satu lagi lunjur ke belakang.
 (macam mana tu?ada demo tau!)
Tapi macam maca kalau orang itu sakit lutut, tak boleh bengkokkan kaki
Sebarang masalah boleh diatasi....

Ikat batang paip saiz kecil seperti di atas
Nah kau (kata orang Melaka)....mudahkan
Berapa kali ke kedai hardware untuk dapatkan peralatan yang diperlukan. Mujur dekat!
Sekarang semua puas.
Tak lah Nek Lang keseorangan membersihkan kolam. Tak lah Nek Lang kesejukan rendam dalam kolam untuk mencuci perangkap lumut
Yang lain boleh bantu. Kerja yang susah dipermudahkan.
Terima kasih Allah kerana ilham
Terima kasih Tok Lang kerana keperihatinan dan usaha
batang paip dihiasi lagi
Kita cuma perlu berfikir luar daripada biasa..
'out-of-the-box'


4 comments:

  1. Assalam. Hjh tak masukkan ikan bandaraya ke ke dalam kolam koi tu? Orang kata ikan bandaraya tak tahu berhenti kerja membersih lumut. Semakin banyak inventions penggempur lumut nampaknya!

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Di Melaka, kita tak panggil ikan bandaraya tapi ikan MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah). Ada dimasukkan 2 ekor. Kenyanglah MBMB kenduri lumut.

    ReplyDelete
  3. Pagi tadi cuba bersihkan lumut kat silender tu. But tried for 1/2 hour to put it back, cannot! Must wait for Iddin petang ni to come and put it back up. Hee, hee.

    ReplyDelete
  4. Yah, maybe Iddin can help. Tapi pastikan sementara tu air kolam tak mengalir keluar ke longkang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.