Marhaban ya Marhaban

Sudah dua hari saya memanjat bukit ke rumah beliau
untuk bantu mana yang patut, 
Sebab
Rumah my fren Pn Norehan, up on Sekilau Hill, ada majlis menyambut menantu hari ini.
Majlis bermula jam 9.30pagi.
Ada majlis khatam al-Quran oleh tiga dara.bersaudara


Sambil diperhatikan oleh ninda-ninda tersayang
Sebelah kiri,bonda Pn Norehan. Kiri, bonda-in-law beliau.

Dan bacaan mana-mana silap ditegur oleh ustazah..

Setelah tamat khatam al-Quran ,
kumpulan Marhaban Bukit Sekilau sambung dengan marhaban pula.
Mari, nak tumpang berlagu, boleh?
(teringat kumpulan marhaban bergendang LKPI MelakaTengah)

Lagu seperti 'Selamat Pengantin Baru, Kami ucapkan........"
Nasyid Selawat Nabi,
Berzanji.....Maulud...
Marhaban ya Marhaban.........berkumandang di udara.
Seronok juga dapat bersama kumpulan BS ini.

Ninda pun sampaikan juga suara solo.
Masih merdu Mak Ji.

Juga ada diselitkan acara cukur jambul  orang baru lahir.

Puan rumah menyampaikan ucapan terimakasih
Tahniah Norehan, selamat mendapatkan gelaran
"Ibu Mertua ku,"
Tahun depan , hai..., dapat gelaran barulah.
Cenderahati kenangan., telur berkat dan gelas kaca
Dalam bekas kaca yang besar pula  ada pulut manis dan cupcake
Juga edaran kitab  Surah Yassin  hadiah ikhlas dan kenangan
Walimatul urus.
.
Itulah kisah saya dua tiga hari yang lalu.
Buat diri bizi, bizi di rumah teman...
Preparation mengambil masa lama.....
Sampai demam-demam tuan puan  rumah dibuatnya,
Majlis tak sampai satu hari.....dah sunyi semula..
Tetapi tetap gembira, berwarna warni,berkumpul rakan taulan dan famili.
Gelak ketawa
Bila lagi boleh berkumpul kalau tidak majlis seperti ini.


Ha, Norehan awak ada 4  orang lagi tau......
Apa-apa pun,
Khatam al Quran, marhaban, berzanji, maulud
Malam sebelumnya ada solat hajat dan bacaan Yassin

Semoga majlis diberkati Allah SWT.
Ameeen......

PS: CikCom dah okey nampaknya

10 comments:

  1. Tahniah kepada Puan NOREHAN kerana menerima menantu.

    Wahhh seronoknya majlis diserikan dgn pelbagai acara sebegitu. Merapatkan hubungan keluarga.

    Betullah, Hajjah. Majlisnya sehari saja, nak sedia tu berhari-hari sampai demam-demam.

    takpa, yg penting hati gumbira dapat menantu, nanti bleh dapat cucu lak..

    ReplyDelete
  2. besar hati ... menerima menantu . Walaupun letih ... hati seronok ...dan bahagia

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju, azie. Bila dapat cucu,terasa tua, hee, hee.

    ReplyDelete
  4. Chik Att,
    Semoga keluarga yang ada bertambah besar dan bahagia. Terima kasih Chik Att kerana singgah rumah akak.

    ReplyDelete
  5. Meriahnya majlis. Tambah berbaju merah ceria.

    ReplyDelete
  6. Cg Ahmad Humairi,
    Terima kasih atas pelawaan.

    ReplyDelete
  7. Hebatnya the ladies of BS.... Boleh buat tempahan tak, Hjh?

    Seronoknya berkumpul, kenduri kendara. Orang Jawa selalu kata, makan tak makan asalkan berkumpul. Walhal, asal berkumpul saja, mesti makan! Salam bahagia.

    ReplyDelete
  8. Temuk,
    Of courselah they are hebat but ada sorang tu tumpang semangkuk aje. Bila ada kenduri makan-makan, memang seronok.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.