Ros Raya

Bunga Raya (jenis Hawaii) ini saya beli sebagai tambahan pokok penyeri laman. RM1.00 sepokok. Bila dia menguntum, tak sabar menunggu bunganya kembang. Pertama kali, ia menghasilkan bunga yang agak besar. Warnanya pink pekat. Cantik. Tapi sayangnya, tahan satu hari sahaja. Esoknya ia layu. Eh, tak tahan rupanya bunga raya ini. Tidak mengapa tunggu kali ke dua. Pun begitu juga. Kembang. Layu. Gugur. Bunga Raya ini manis ke? Saya lihat banyak geng semut berlari-lari pada wajahnya!
Hari pertama kembang mekar
Hari kedua,.......sedihnya

Di laman rumah ada lagi pokok penyeri laman (dan penyeri hati). My new love. Ros kampung. Bukannya specie yang mahal-mahal, bukan dari Cameron Highlands tapi yang 'kampung-kampung'.  Ros kampung ini RM5.00 sepokok. Pokok ros perlu dijaga dengan kasih sayang. Perlu banyak cahaya matahari, Cepat meninggi. Kalau dah tinggi agaknya elok saya letak pada tiang pagar. Tentu ia akan membesardan melingkari pagar.Tapi masih juga kuntum-kuntum yang di datangi ulat.



Ros Raya penyeri laman. Penyeri hati. terapi diri.

8 comments:

  1. cantik alang..nampak gaya nya saya pun nak tanam ros kampung lah..kat rumah langsung tak da pokok bunga..nak start balik laa

    ReplyDelete
  2. ros pun ada kampung ada bandar yek.. ingatkan ayam jek gitu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Ezza,
    Seronok Zah bila cik ros berbunga.

    ReplyDelete
  4. Makcik salam dan selamat hari raya.

    Berkebun atau gardening adalah therapy yang terbaik.
    Bunga raya ke bunga apa sklaipun memang manis. sebab itulah bee got the pollen from- flower..

    Bunga raya boleh dimakan dan boleh dibuat ubat demam dan ubat batuk.

    Tanam pokok bunga elok ada tanah bakar campur dgn tanah biasa. Kalau garden waste elok di bakar dan abunya di campur .. memang cantik.
    keringkan rumput, daun dahan, kertas buangan dibakar... kemudian jadi baja....

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, nor, atas cadangan. Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  6. cantik2 penyeri laman kaknora.

    ReplyDelete
  7. Boleh lah sebagai terapi, hajah ibundo

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.