Memberi makan ikan koi yang masih kecil. Ikan-ikan ni tau pula 'puan'nya datang. Dengar aje tapak kaki berkerumun mereka di satu sudut kolam. Terjulur-julur muncung masing-masing nak tangkap pelet-pelet makanan mereka. Saya campak pelet sikit aje. Terhibur hati saya melihat koi berlumba-lumba berebut-rebut pelet tadi. Sambil menunggu 'time' makan lagi, saya perhatikan koi akan makan lumut yang melekat di tepi kolam. Bilalah nak besar koi saya?
Jom makan, koi....Koi suka main-main di bawah pancuran, rekaan JY |
'Oh hujan oh hujan, mengapa kau turun?
Macam mana aku tak turun, kodok panggil aku'
Ah tentu anda tau kan lagu ini?
Memang benar, sering terdengar bunyi koir serak-serak bising, mengganggu ketenteraman sekeliling.Bising'Krukkkk.krukkkk...krukkkk!!!!
Tanda hari nak hujan. Ini berlaku di laman rumah BC. Bingit bunyi koir ni. Kadang-kadang selepas hujan, terdapat beberapa katak tersangkut dalam kolam ikan koi. Maka tanggunjawab siapa nak tangkap 'PATI' kolam koi? Akak jugak......Buang sifat geli dan takut. Dah terpaksa. Kadang-kadang saya cari berudu, tangkap dan campak jauh-jauh dalam longkang. Kalau tidak bertambah populasi katak, lebih dari koi. Kenalah rajin banyak ye?
Katak oh katak ..... mari sini...oh sembunyi ye?. |
salam makcik,
ReplyDeletekatak is part of ecosystem, makan serangga larvae nyamuk etc.... cuma bila hari hujan ia memekak sikit..
kalau makcik beri ikan makan 2x sehari bila cuaca panas, dalam setahun dua boleh besar lengan besarnya.
kalau cuaca sejuk macam kat jepun england musim dingin ikan diberi makan kurang. bila cuaca panas ikan diberi makan 2 kali sehari...
Nor,
ReplyDeleteBila dia memekak tu tak tahan lebih-lebih lagi waktu malam. Memang makcik beri koi makan 2x sehari. Ada saudara makcik kata ikan koi dia ambil 5 tahun untuk membesar.
Oh hjh, oh hjh, mengapa ternak koi... mengapa buang berudu... mengapa tangkap katak... Boleh jadi panjang lagu ekosistem si ikan koi ni! Pancutan air rekaan JY pasti menggamit para koi berlegar-legar di sekelilingnya.
ReplyDeleteTeringat paparan 'selera kampung' hjh yg lepas. Pastinya pelbagai masakan yang lazat cita rasanya itu juga sudah menjadi selera dan buruan bandar. Salam bahagia.
Temuk,
ReplyDelete:-) senyum sokmo...