Riang gembira

Ahad yang lalu
Ada perjumpaan 'morning coffee' ahli-ahli perkumpulan perempuan bukit baru.
Amboi...makcik-makcik yang hadir bukan main lagi seronok menari dan menyanyi.
Orang Melaka kan...suka lah menari. Bukan apa, menghiburkan hati, berjumpa kawan-kawan, makan-makan, berebut-rebut.

Pagi Selasa. Pagi tadi. Breakfast.
Lagi perjumpaan. Kumpulan taichi atau senaman pagi pula.
Makan-makan, menari-nari lagi di rumah salah seorang ahli, Kak Saoyah (saya panggil kak Sokyah)
Kak Sokyah sediakan minuman dan kuih raya (banyak lagi!)
.Sukanya dia..dari kiri: Yang benar, Rahmah (hos berikutnya), Kak Sokyah, Zainun

Ketawa-ketawa, bertukar cerita. Bergambar (Oh dia orang suka benar ambil gambar!!!)
Main menu Mee Rebus (Mee Kari).

Dikir Barat, relaks.....Pengerusi (duduk di sofa dua dari kiri) senyum tengok anak buah gembira!

Kata pengerusi. Perjumpaan 'gather-gather riang ria' berikutnya di rumah Rahmah. Isnin akan datang.
Lepas taichi, kita breakfast di rumah Rahmah pulak.(Rahmah dah fikir panjang, risau juga,  apa nak disediakan!)
Ha.. Rahmah...awak sediakan nasi lemak. Yang lain datang bawa tambahan seperti kuih.
Berkali-kali Rahmah pesan saya, jangan balik Kuantan dulu,' tunggu lepas rumah saya , boleh balik'.
Kalau ada rezeki.....

Ini pula Idah. Alhamdulillah, Idah akan menjadi tetamu Allah ke tanah suci musim haji ini. Idah sahabat sepermainan semasa kanak-kanak dulu. Sebelum makan-makan, kakak telah mengetuai bacaan doa selamat semoga Idah selamat menunaikan haji, selamat pergi dan kembali.

Rupanya Idah ada suara emas...sempat dibuli oleh pengerusi menyumbang sebuah lagu "Pujaan ku dosa kah aku...." nyanyian S Effendi. lagu lama...

 Pengerusi buat pengumuman lagi. Ini ala tangkap muat!
Lepas rumah Rahmah hari isnin, perjumpaan berikutnya kita ke rumah Norlia pula.
Norlia, siap sedialah awak, ye...
Kalau rasa gembira, tunjukkan tangan....kata Norlia

Wah, kalau begini...kalau dalam seminggu, ada dua rumah...sampai hari raya haji lah perjumpaan riang gembira warga emas ini. Elok juga ada get together macam ni, mengeratkan lagi persahabatan dan silaturrahim.

Kalau nak badan sihat, hati mesti riang, beb.
Tapi makan mesti jaga juga tau.

4 comments:

  1. Salam, Kalau lah saya diMelaka, boleh ker join persatuan ni..hehehe nampak seronok sangat2..Alhamdulillah aktivity yg sihat..

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan, Hajah... Waaaah, happy nampaknya. Teringin jugak nak join. Sila jenguk2 ke gerbang silaturrahim saya yer...!

    ReplyDelete
  3. Salam Hajah.
    Terima kasih singgah 'raya' di rumah saya. Ada saya jengok-jengok bukan di gerbang tetapi terus ke dalam rumah puan, senyap-senyap, silent follower.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.