HR Puasa 6

Alhamdulillah...hari ini saya berhari raya pusingan kedua setelah dengan sabarnya menghabiskan 6 hari berpuasa sunat Syawal.
(Refleksi: Satu ketika dulu, zaman budak-budak dan remaja, selalu lihat yang amalkan puasa 6 ni orang-orang 'tua'. Sekarang kita dah masuk kumpulan ini......!!)
Apa makanan special hari ini? Dah lama tak masak soto ayam.  Bahan-bahan asas untuk membuat soto ayam sudah ada. Ke Mydin bersama kakak selepas sarapan untuk dapatkan bahan lain seperti serai, bawang, taugeh, daun sup dan daun bawang. Soto ayam makan dengan nasi himpit! Bestnya! Oh ya, saya guna rempah soto Mak Siti.


Kakak pula sibuk buat biskut mazola (sebab stok dah habis!)
Sedang saya tekun memasak, tiba-tiba "Eh! Ada tetamu datang! Siapa agaknya?"
Rupa-rupanya, kakak (yang juga sambut Raya puasa 6) telah hubungi kawan-kawan tanpa pengetahuan saya. 'Surprise" katanya.
Zaitun, Khuzaimah dan Zainun (kakak Zaitun) tetamu kejutan saya, datang dari Air Keruh, nak rasa Soto Nora.
Alamak...apalah rasa soto ayam saya ?

Soto ayam lengkap dengan bergedel, bawang goreng, su'un goreng, kicap cili api

Rasa soto ayam lah!!!
Mujur tetamu suka hidangan yang disediakan.

Sedaplah!!

 Terima kasih Ton, Khuzaimah dan Kak Non berhari raya di rumah kami





2 comments:

  1. Salam Kak Hjh. Nora,

    Selamat Beraya pusingan ke dua.
    Tentu seronok jumpa kawan seangkatan ye...

    ReplyDelete
  2. salam kak hajjah. sabtu haritu balik melaka. rancang2 juga nak singgah rummah kaknora kalau sempat. nampaknya tak sempat..
    selamat hari raya .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.