Ustazah main kompang





Kalau boleh saya tak mahu miss Usrah setiap Jumaat jam 11.30 tengahari melalui saluran Dekat di hati'. Dan kadang-kadang dia muncul memberi kita panduan doa melalui melalui 'Khazanah dari Syurga' setelah program'Indahnya Iman' (lebih kurang jam8.50) malam. Ustazah Asni Mansor al Hafizah, (gambar di atas) dahlah cantik, sangat ceria pula semasa menyampaikan pesanan melalui usrahnya. Penyampaiannya spontan, bersahaja, dengan mimik muka dan gesture yang berkesan. Bahasa pula mudah difahami, sesuai dengan level penonton di studio. Saya nampak selalunya, nekcik-nekcik, makcik-makcik, kakcik-kakcik. Ada sekali tu makcik bawa anakcik pun ada! Saya lihat para penonton terpegun mendengar usrahnya. Tersenyum, ketawa apabila ada yang lucu. Dan mengangguk-angguk bila ada poin yang mereka setuju atau bila contoh-contoh terkena kebatang hidung sendiri. Ustazah Asni pandai mengambil hati penontonnya seperti berdialek Jawa. Bukan itu sahaja, beliau mahir pula bermain kompang dalam menyampaikan mesej melalui nasyid yang menarik.Bila beliau mengaji, membaca petikan ayat-ayat suci, suaranya lunak dengan sebutan yang jelas. Ada lagi program ustazah terbaru "Sehiris peria Secawan Madu". Tentu best!! Tapi saya belum berkesempatan mengikutinya. Time siaran tak kena agaknya. Semasa bulan Ramadhan yang lalu ada saya lihat beliau membimbing kanak-kanak mengaji. Cara beliau menegur dan membetulkan bacaan, lembut sekali. Ingin tahu lebih tentang Ustazah Asni? Google lah!! Tapi mereka yang ada di rumah tu, jangan miss tau Jumaat. 11.30 pagi, saluran "dekat di hati". Saya suka dia....
(imej saya crop daripada amy-ameera.blogspot)

8 comments:

  1. Pernah juga saya tengok Ustazah Asni ni. Memang best. Tapi siarannya tu waktu bekerja, tu yg tak sempat tu...

    ReplyDelete
  2. Azie,
    Kesiannya.....tak pe tengok bila ada peluang.

    ReplyDelete
  3. salam kak nora..
    sesekali ida berpeluang juga mengikuti rancangan Ustazah Asni ni...best tk membosankan..

    ps..kak nora dok melaka kat mana ye..

    ReplyDelete
  4. Salam Nora, TV berapa tu? Bagus juga kalau aku dapat menontonnya. Aku suka yang tidak over!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. memang cantik ustazah ni. Tapi selalu termiss siaran..

    ReplyDelete
  6. Ida,
    Ida asal Melaka? Mana? Akak, Bukit Cina dekat Institut Perguruan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.