Gaya mask


Salam.
H1N1 menyerang lagi....gelombang kedua.
Kita harus berjaga-jaga.....dinasihatkan guna face mask jika kita selesema dan berada di tempat orang ramai
Semalam, ' residential drawer' (baca: residential artist) BC, Miss Amal, 'membayangkan' cara-cara mengguna facial mask. Dia sedang menunggu Iddin bersiap. Pada masa dia melukis (pada papan putih) dia sendiri pakai mask (nak ke sekolah fardhu 'ain). Tapi saya tak sempat nak ambil gambar dia sebab sibuk layankan Mr Iddin . Dia pun nak ke sekolah fardhu ain walapun kelas dia bermula jam 4.30 petang. Kelas Amal, 2.30petang. Di atas ialah lakaran yang dilukis oleh Miss Amal,.... gaya mask. Di bawah pula...zooooom in!




Anda nak cari mask brand "Hello Kitty" ke?
Macam-macam Amal, ilham datang bila-bila masa....

10 comments:

  1. Kalu boleh saya nak cari mask yang guna tali ikat di belakang kepala bukan yg sangkut kat telinga. Sebab bertudung susah sikit nak sangkut..

    Saya pernah nampak orang pakai mask berbagai corak (ada yang beli di kedai khas juga yg rajin jahit sendiri), comel jer kan?

    Saya lebih suka pakai yg putih, pastu lukis bentuk bibir yang berwarna merah kat kawasan mulut.. harharhar!

    ReplyDelete
  2. kak hajah nora,
    memang kita kena berhati-hati semula sebab H1N1.. byk kes akhir2 ni...

    ReplyDelete
  3. Azie, bagi yang bertudung sesuailah dengan yang tali ikat di belakang kepala. Imej no 2 lah ye.

    ReplyDelete
  4. salam kak nora..terima kasih kerana mengingati..nak cari mask semula..tapi anak2 ni susah betul nak suroh pakai..panas katanya..

    ReplyDelete
  5. kalo pakai purdah...?

    kan dah x yah pakai mask tuh????

    ReplyDelete
  6. Erna,
    Budak-budak gitulah....orang tua pun ada juga.

    ReplyDelete
  7. Cg AH,
    Betul tu, kalau pakai purdah....selamat..tak payah susah-susah.

    ReplyDelete
  8. Tak habis2 dengan penyakit ni. Risau sungguh...

    ReplyDelete
  9. Salam hajah pah,
    Ada hikmahnya...jaga kebersihan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.