Remote oh remote, mana kau?

Salam semua.
Bila remote hilang, kecoh satu rumah.
Remote saya maksudkan ialah remote control (BM: alat kawalan jauh) TV.
Malam Jumaat bagus letaknya di depan mata.
Esok pagi, 7.00 pagi, saya nak tengok program, lah program tanyalah ustaz, cari-cari remote tak ada. Mana perginya? Tanya budak-budak yang sedang bersiap-siap nak ke sekolah, semua geleng kepala.
Remote ini selalu 'menghilangkan' diri...samada disembunyikan atau salah letak.
Kita selongkar tempat-tempat yang selaku jadi sasaran.
Puas cari dicelah taburan cushion (throw cushion) atas day bed, ...tak ada.
Cari di atas almari, tak ada.
Mungkin di selitan sofa, di celah-celah sofa,...yang jumpa kertas tisu, balut gula-gula, pen, pensel, klip rambut, kayu ais krim...budak-budak ni, suka selit-selit barang-barang di antara 'bantal' sofa, tak ade. Selalu ada.
Mesti ada somewhere...but where?
Ambil penyapu....sapu bawa sofa, bawah day bed....pun tak ada.
Hey, mana poi nya? Tekan manual kat button pada decoder astro. itu pun si Iman yang buat.
Okey..dapatlah tengok program agama. Taklah den tukar-tukar channel sebab nanti jam 11.30 ada pula program usrah
Habis program, 'asklah ustaz', tak senang hati...mesti ada somewhere. Ulang mencari, hampa, penat mencari, tak jumpa.
Tak apa, kat tes*o ada.
Pergilah ke tes*o. Ada satu aje yang tinggal! Jenis yang sama dengan yang 'hilang'
Senanglah hati...kalau jumpa yang hilang...simpan yang ini...in case hilang lagi..
Hinggalah budak-budak bertiga balik sekolah....
Nek Lang remote dalam beg sekolah Amal...entah siapa letak ke dalam beg Amal.
Aisay man, sabau aje lah.
Remote TV selalu menjadi rebutan...siapa lagi 'controller' TV lah. Maka berlaku perang saudara.
Jadi cadang si 'controller', Nek Lang, satu untuk Iddin, satu untuk Nek Lang. Maksud dia, mudah dia tukar ke channel fav dia bila , selalu kakaknya, sedang tengok Korean drama.
That's not good, very no, no...okey.
So 'orang tengah' kena lah soft talk kat dia...keep one as spare, in case the other one rosak.
Next time letak di tempat yang sepatutnya, ye children...

10 comments:

  1. salam kak hajah nora,
    ada peminat korea jugak?
    samalah dirumah kami...
    adik2 terjerit2 bila tv kena tukar
    sampai sorok control...

    ReplyDelete
  2. Ada juga perang saudara di rumah hajah ye?

    ReplyDelete
  3. kak hajah nora,
    sedangkan america yg maju teknologinya pun pernah perang saudara.. inikan pula budak bawah umur... :-)

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat-sangat hajah, akhirnya mereka berdamai...adik beradik katakan.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nora,


    Ha...satu hal le pulak mencari remote!!..Betul jugak...beli satu atau dua lagi, buat spare... :-)

    ReplyDelete
  6. beli remote spare x berapa ok...beli tv 2, 3 bijik lagi...ok kot???

    ReplyDelete
  7. salam kak nora..kalau tersalah letak macam tu o.k lagi..ini memang saje sorok..sebab dia nak tengok cannel dia aje..macam tulah..anak2 kat umah ni..

    ReplyDelete
  8. Yan,
    Ada spare incase ada remote yang 'tercampak' dan keluar isi perut!

    ReplyDelete
  9. Cg AH,
    Bila masing-masing ada TV sendiri, tiada rebutan channel dan remote, maka masing-masing syok sendiri!

    ReplyDelete
  10. Erna,
    Budak-budak adik beradik macam tulah, sabau je. Dulu masa zaman tak de remote, elok pula.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.