4T


Salam,
4T....maksudnya ' for tea'
untuk minum teh petang nanti,
Check dulu...
Pisang (rastali) hampir lembik : ada, 5 biji
Kelapa parut (dah lama dalam freezer) : ada, (sepatutnya) yang dah buang kulit ari
Tepung gandum : ada sedikit, cukup

Okey, boleh lah buat lempeng pisang kelapa,,,, 4T

Lenyek pisang + gula,
Pisang jangan hancur .
Tambah tepung sikit-sikit(campur secubit baking poder) agak-agak je banyaknya
Gaul rata, macam buat cekodok pisang
tapi jangan lembek sangat.
Hangatkan kuali leper
Saya guna kuali mini, comel
Minyakkan sikit, supaya adunan nanti tak lekat
Ambil sesenduk adunan
Leperkan dalam kuali
Tabur kelapa parut (jangan lupa telah dibubuh sikit garam)
Balikkan lempeng supaya rata masaknya.
Boleh juga ditutup permukaannya,
kepanasan wap tak keluar.

Kalau suka, gaul sekali kelapa dengan adunan pisang+ tepung
bila masak....
dilipat.

Inilah hasilnya
Lempeng pisang kelapa
saya buat baru tadi

Tak cantik rupanya
tapi
sedaaaaap.

16 comments:

  1. sedap...! sedap..!

    betul.. wpun rupa tak lawo tak indah, tapi rasa nya yang paling utama..

    Lagipun, bau kelapa parut tu garing, sangat lah wangi, kan KAK..?

    sini dah mendung nak ujan, perhhhh minum Teh O panas...nikmatnyaaa...

    ops! nak lap air liur jap.. sori aarrr...

    ReplyDelete
  2. kak nora..rupa tak penting..yang penting...adalah...rasa..janji sedap,,

    ReplyDelete
  3. Alang, Lann balik Melaka on 18th May. Nak makan lempeng.

    ReplyDelete
  4. kak hajah nora,
    saya masa kecik2 memang suka chekodok pisang, lempeng pisang.. tapi bila dah kena kerosakan buah pinggang, saya dah tak boleh makan pisang... sebab tinggi potassiumnya... dah lama tak masak pisang...

    ReplyDelete
  5. Azie,
    Kalau nak wangi lagi, bila dah masak,angkat, lipat dua dan balut dengan daun pisang.

    ReplyDelete
  6. Erna,
    Agaknya kalau Erna buat lagi cantik rupanya.

    ReplyDelete
  7. Lann,
    Suka lempeng pisang ye? No hal, InsyaAllah beritahu Alang.

    ReplyDelete
  8. Hajah Zainab,
    Wah, ini rasa alam maya nampaknya!

    ReplyDelete
  9. Hajah Rahmah,
    Dapat bau ajelah...tak pe kesihatan lebih penting.

    ReplyDelete
  10. Salam kenal kak...
    Terhingin zaman dolu dolu...masa kita pi umah nenek.Makan ni lah.

    ReplyDelete
  11. Salam kenal juga Cik geraugebang. Kuih ini makanan orang lama.

    ReplyDelete
  12. Hjh Nora
    Memang enak lempeng pisang tu. Buat 3 keping, berapa penantinya?Kata arwah ibu, kelapa parut menjadikan lempeng lemak & lembut. Boleh tanya, tak cicah apa-apa ke? Salam bahagia.

    ReplyDelete
  13. Salam Temul,
    Dapatlah 5 keping.Penantinya 2 orang. Dah makan terlebih dahulu.Lempeng pisang, pada saya, sedap dimakan begitu saja....

    ReplyDelete
  14. Salam kenal

    Dulu2 selalu makan tapi sekarang tak pernah buat,anak2 pun tak pernah makan.

    Kena cuba bagi anak2 makan.

    ReplyDelete
  15. Salam Pn Zaitun,
    Ye betul, anak-anak sekarang mesti dikenalkan dengan kuih-kuih tradisi kita.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.