Batminton

Salam.

Ye, begitulah ejaan 'badminton' pada dia.
Dia ingat 'batman' yang main 'badminton'
Okey, sekarang musim batminton di BC, inspirasi LCW, angin Thomas Cup dah serang BC.
Tapi berapa lama?
Dia suka juga 'football'. Dah beritahu mummy bila dia sekolah menengah nanti nak tukar ke STM(atau HSM) bukan ke sekolah menengah daddy dia. Sebab? HSM sekolah sukan football.
Penat Nek Lang layan dia main football. Dia belum tau lagi demam Piala Dunia hampir tiba. Kalau dia tau....abislah Nek Lang.
Sekarang minat ke batminton. Baru 'cukai' mummy beli sepasang raket. Pasangan dia siapa lagi kalau bukan Nek Lang. 'Net' nya 'towel rack' yang boleh diangkut sana sini.
Hari ini, dia tak sekolah (bersebab).
Jadi berbatminton lah dengan Nek Lang. Marathon you.
Dari jam 11 pagi. Rehat, tidur, sekejap. Bangun...sambung main. Kemudian dia bersiap-siap nak ke Sekolah Fardhu Ain.
Tak jadi (bersebab juga, masalah 'negara'!) Sambung main batminton. Berhenti sebab hujan lebat.
Teduh aje hujan , sambung lagi main. Memang berpeluh dibuatnya :)
Penat pungut bulu ayam. Pukul-pukul tak dapat sambut. Samalah tu. Sorang tak nampak bola , pukul angin dan tak kuat lari(saya lah tu). Sorang kuat lari , tapi tak sampai nak pukul (dialah tu) Main sambil gelak-gelak.
Oh penatnya. Tapi saya enjoy, keluar peluh, turun berapa kg, entah, maklumlah, marathon.

Well, Iddin, this is the way to hold the shuttle cock (bulu tangkis aka bulu ayam). Nampak di hujung dua jari, bukan nya lambung dan pukul macam tennis!!
Bila cuti kita main lagi ye? Tak payah Nek Lang gi jogging ke, taichi ke....Tapi main 'badminton' ye bukan 'batminton'. Nek Lang takut pukul 'bat'
Tahun depan, projek satu murid, satu sukan. Iddin nak pilih sukan apa? Football? Badminton?
Bukan lari dalam guni okey!

Terima kasih kepada En Google, kerana imej-imej di atas.

10 comments:

  1. Waahhh... berapa set agaknya belasah yer kalu dah marathon tu?

    ReplyDelete
  2. kak hajah nora,
    hmmm... serupa juga dgn kita masa dolu2...
    main ikut musim.. habis musim, habis... tp kejohanan piala thomas kini tak semeriah dulu.. barulah ada usaha nak war2kan setelah ada komplen mengenainya. Bdk2 sekarang lg 'tayad' tgk AF, mentor, dll daripada piala thomas...

    ReplyDelete
  3. Azie,
    penat pukul angin dan pungut bola. Tak ada maknanya main set-set! Asalkan keluar peluh cukup!

    ReplyDelete
  4. Hajah Rahmah,
    Bagus juga kanak-kanak digalakkan main outdoor game, biar cergas otak.

    ReplyDelete
  5. mau putus nyawa kalau Yaya macam Iddin ni alang...mau tak bangun seminggu ni..sakit sana sini...

    ReplyDelete
  6. Salam Hjh Nora
    Selagi boleh, peluhkanlah diri. Dgn apa juga cara sesuai. Insya Allah lebih sihat badan & lebih nyenyak beradu. Pada peringkat sekarang, kita pun tak mahu diganggu masalah Sukarti Dur.

    ReplyDelete
  7. Eza,
    Kejap2 take five, penat juga but good exercise.

    ReplyDelete
  8. Salam Temuk,
    InsyaAllah, saya Senangti Dur, wak...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.