MBB

Salam.
Hari ini 15 April, rakyat Melaka cuti.
Rakyat Melaka menyambut Hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Betul ke bunyi 'hari jadi' Melaka tu?
Maka rakyat Melaka pergilah bersuka ria ke lokasi-lokasi yang dah dirancang acara sambutan.
Pelbagai acara ada, tapi saya tak ambil tahu.
Antaranya Pesta Gendang Nusantara.....ini saya tahu.
Dengar daripada seorang teman yang rumahnya dekat dengan lokasi persembahan...kuatnya pukulan gendang, ganggu waktu malam, sukarti dur (bunyi Jawa, istilah diperkenalkan seorang teman)
Semalam, kami (siapa lagi kalau bukan the small little family) gi join the crowd tengok pesta tahunan ini di di Dataran MBMB, yang di sebelah JJ Air Kroh. Kononnya nak tengoklah Abang Jam Abdullah perform dan kemudian nak tengoklah percikan bunga api memeriahkan angkasa. Sebenaunya saya malas nak menyeksa diri tapi nak support juga, Melaka Oh Melaka punya hal, pergilah juga tengok gelagat manusia.
Punyanya ramai umat Melaka, yang VVVVVVip tu doklah bawah khemah.
Yang marhain (umat biasa, biasa) berdiri, duduk, bersila.....orang tengok orang,....tak jelas..jadi tengok skrin besau je..macam tengok TV.
Sempatlah tengok performance dari Jambi, India, Uberkistan (maaf kalau salah ejaan), Singapura......
Tapi sedang sedap performers pukul-pukul gendang dan rancak menari, gerimis pula(kebetulan lirik pantun yang sedang dinyanyikan oleh kumpulan dari Jambi ada "hujan gerimis").....sudah tu, turun hujan rintik, rintik ...mulah umat marhain lari mencari tempat teduh...yang bawah khemah sedaplah duduk. Kami memang dah nak balik....penat berdiri...Jam Abdullah pula tak muncul-muncul.......selamat tak kena hujan!!

Apa jadi pada persembahan pun tak taulah.
Baik balik rumah.....sedapti dur!!

SELAMAT HARI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH (dan kini) BANDARAYA WARISAN DUNIA.

10 comments:

  1. kak hajah nora,
    inilah pasainya saya sekeluarga tak rajin nak keluar beramai-ramai cenggitu sebab cuaca ni tak menentu... kalau panas, panas sangat.. kalau hujan... lencun kita. Saya cukup suka kalau masa hujan seisi keluarga berada dalam rumah. Seronok sangat suasana hari hujan dan bersama-sama keluarga.

    ReplyDelete
  2. Salam hajah,
    Saya sangat takut kalau hujan lebat selang seli dengar petir berdentum dan kilat sabung menyabung.

    ReplyDelete
  3. Hjh Nora
    Kan tuknek dah pesan, sediakan payung sebelum hujan! Baguslah balik awal, tak kena hujan & sedapti dur. Pembangunan & acara2 di Melaka memang sentiasa hebat. Tahniah. Kabarnya KM DS ARUS nak tanam pokok Melaka keliling negeri sebagai batu sempadan? Cukup kot anak benih, sebab Melaka tak besar macam Pahang. Salam bahagia.

    ReplyDelete
  4. AHAH, begitu ke? Cukuplah kot anak benih nya. Kalau terlebih boleh hantar ke BBB.

    ReplyDelete
  5. saya suka juga tengok persembahan yang tradisional macam tu .. tapi malas nak pergi bersesak2.

    saya lebih suka memilih sedapti dur !

    ReplyDelete
  6. Akhbar hari ini ada menyatakan persembahan pesta gendang dihentikan kerana hujan lebat. Hanha ada pertunjukan bunga api.

    ReplyDelete
  7. Salam Hjh Nora
    Keliling BBB dah dibina tembok 'Monggo Mampir'. Tak mau tiru guna pokok Melaka. Cuma, yg menyambut pelawaan tembok belum kedengaran suaranya.

    ReplyDelete
  8. Kenalah berbahasa "Jerman" nampaknya bila berada di sempasan 3B. Kabare Wak? Ngawe opo kue? Wes mangan opo urung? AHAH!!!

    ReplyDelete
  9. salam kak nora..
    wah...apalah sy ni org melaka terlupa harijadi bandaranya bersejarah tu...sbb agaknya tk duduk di melaka...tahu pun bila call Agrobank Melaka tk berjawab..baru tahu diaorg tu cuti..

    bila dah berusia2 begini rasa rimas dok ramai2 dlm sesak2...

    selamat buat org melaka...

    ReplyDelete
  10. Apa kabau orang Melaka? Bersesak-sesak pun akak tak suka. Jadinya, orang tengok orang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.