Gulai hari ini

Pagi. Di Pasar Besar.....Melaka Sentral.

Nak cari sayur pucuk paku...dah lama juga tak masak gulai lemak pucuk paku sama udang (Akak Too pula mengingatkan  kita !)

Puas mata mengerling pada para-para  jualan sayur kampung. Ada berbagai sayur kampung, ada yang saya tau namanya, ada yang tak kenal pun. Ada juga berbagai ulam.
Dua kali pusing berlegar di kawasan sayur kampung sambil mengendung bakul. Jeling-jeling lagi. Eh..mana dia pucuk paku? Tak nampak, tak musim ke?
Sayur pucuk paku tak de lah hari ini ...Alahai...kena cari menu alternatif.

Rebung jeruk? Sedap juga masak lemak rebung + udang, tapi ..baunya buat teringat sesuatu...dan ada orang di rumah tu tak suka rebung jeruk.
Nangka? Gulai nangka dengan tulang ayam.....pun tak nak lah...angin!
Masak lemak pucuk manis sama keledek? Pun tak popular di rumah.
Apa kata masak asam rebus batang keladi? Eh tak mau lah...keladi gatal, nanti batuk pula.
Bagaimana dengan masak lemak jering? Busuk..nanti puas cuci tandas. Pun tak digemari.
Gulai nenas dengan ikan kering..ikan sepat, ikan talang.. sedap juga....pun tak ada sambutan,
Habis...
 Nak masak gulai apa?
Gulai kacang panjang ajelah sama udang Saiz M.
Okey.....pergi ke tempat sayur cari kacang panjang yang segar, lembut, sederhana....dapat 1 ikat kacang panjang (adalah berapa batang)...dan 1/2 kg udang. Santan beli yang dalam kotak, free kolesterol (free kan!), daun kunyit, sendiri tanam, bawang besar dan putih, masih ada lagi.
Masak satu jenis lauk (orang melaka kata satu mata) sudah cukup....sambal tumis semalam ada lagi dalam peti...perhangatkan...

Sedapnya gulai kacang panjang udang dengan nasi (sedap lagi dengan taburan kicap lemak manis) di temankan sambal tumis ikan bilis!

Mendung berlalu

Semalam (orang belah utara kata 'kelmarin') cuaca mendung di melaka. Hujan malamnya. Tanah lembab. Pokok-pokok dan rumput tak perlu di 'mandi' hari ini (Jumaat)
Dalam menjenguk tanya khabar tanaman yang ada, saya lihat ati-ati sudah mula meninggi..ada yang berbunga. Eloklah saya  pangkas supaya dapat daun-daun baru.


Sebenarnya saya tertarik dengan ati-ati.Warna  daunnya yang bertentangan, kombinasi daun hijau, kuning, kemerahan, keputihan cantik dan menceriakan. Ati-ati..pokok hiasan yang menarik.


Lalu saya kerat/pangkas/cantas batang-batang yang tinggi khasnya yang sudah berbunga, basahkan bahagian keratan, cucuk pada serbuk penggalak akar, tanam semula. Ati-ati mudah ditanam tapi kena berhati-hati jangan terlebih air, jangan terlalu dedah pada panas matahari.


Lihat, ati-ati ku sudah kemas.


Nampaknya perlu 'rumah' baru untuk ati-ati.....

Aktiviti kedua.....jom ke dapur..dah lama tak masak. Teringin nak makan sambal tumis ikan bilis. Ada lebihan bawang besar . Ambil dua biji dan hiris kasar. Blend sikit bawang besar (bawang kecil dah lupus), dua ulas bawang putih, sikit belacan. Tumis bahan yang tekah diblend bersama hirisan bawang besar. Dah sedap bau, masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan ikan bilis, gula dan garam. Last, masukkan air asam jawa dan sedikt air. Rasalah masin, manis, masam......

Hai, termasin pula. Terlebih garam.
Sekarang buat adunan cekodok.Buat adunan sikit aje..
Kemudian...

Tukar program.. Adunan cekodok simpan dulu. Sambal tumis masin simpan juga. Esok boleh repair. Sebab? Nak makan Mee Sup  dan Satay di Warung Awi di Bukit Piatu.

Untuk sarapan ringan pagi tadi (Sabtu)
Apa kata masukkan hirisan ubi kentang, mungkin boleh mengurangkan rasa masin sambal tumis. Okey sekarang boleh makan dengan cekodok.....



Tengahari nanti nak ke jamuan kenduri kahwin di Pringgit Jaya.....
Hooray...tak payah masak!!!!

Segar lagi

Dah lewat malam...11.30 mlm.
Belum nak tidur.
Belum mengantuk.
Layan TV,  boring!
Tiada rancangan yang menarik, entah apa-apa entah!!
Beralih ke tenet
 Tuk, tuk kat keyboard, singgah sana sini...............
Jalan-jalan, baca coretan, cacatan, nukilan di alam maya
termasuk yang tak pernah singgah .

Mengapa ye  masih segar lagi?

 Tadi dinner di warung Pak Haji Omar
Warung Asam Pedas Malinja
(hai asam pedas lagi?)
Tak ,tak makan nasi bersama asam pedas, tetapi
order Mee Goreng Basah bersama teh O suam
Sedap....:D

Minum air teh?....
kalau minum air teh..
......teh O ke, teh tarik ke, teh susu ke, teh limau ke....
(sekarang ada teh laici)
baik panas , suam atau sejuk
menjelang malam......
buat saya susah nak tidur!

Nampaknya, layan  radio I*K*I*M fm aje lah,
Anda tahu 'kan apa yang disiarkan ketika larut malam gini?
Santapan rohani, sungguh syahdu
Boleh melayan mata....

Dah lewat malam ni..
Masih segar lagi..
bacaan ayat-ayat suci menjadi teman.



teh oh teh...




ps. teringat seorang sahabat Ipoh mari...W*n Teh ...apa khabar? di mana gerangan?

@ Parit Jawa

Pagi Ahad yang lalu, kami ke BP, balik kampung JY .
Dalam perjalanan, SIL sms'd.
"Singgah di Parit Jawa, kita breakfast di sana.
SIL dan suami dari Parit Besar memang ke pasar di 'PJ' setiap hujung minggu. Katanya ikan segar!
Jam 10.30 pagi kami sampai di 'PJ' . SIL dan suami sudah menunggu. Dan sure enough..sarapan pagi/lunch dengan set asam pedas. Pagi lagi dah makan nasi....pergh...kenyang


Ada juga tapai ubi...tapi saya tak gemar

Tak sama rasa asam pedas yang disediakan dengan melaka punya. Asam pedas melaka ada daun limau purut. Tak  ada pun daun kesum dalam masakan ini (asam pedas Johor ada daun kesum kan?)
Tapi yang menarik tempat ini ialah pemandangan nya.Bot-bot nelayan berderet 'parkir' di tepi sungai. Sayang saya tak bawa my faithful camera. Tangkap lah pemandangan yang indah ini dengan handphone saje.



Di rumah JY di BP sekali lagi kami dapat rasa masak asam johor.Kali ini di rumah another SIL..barulah terasa sedapnya..ada rasa daun kesum....kata JY sedap. Tak pula saya ambil gambar masakan asam pedas Lin (nama SIL) sebab serupa aje rupanya, rasa ada lain.

PS. Sebenarnya pada hari Ahad tersebut, saya breakfast di melaka dengan nasi lemak bungkus. Tiba di 'PJ', makan nasi sepinggan. Sampai di BP makan tengah hari..nasi putih lagi Malam, makan malam..nasi putih dengan asam pedas Mak Lin.
Syukur dengan rezeki yang diberi.....