Adventure 5: Menyusur Sg Sarawak


Posting sebelum ini cerita tentang naik feri cruising di kuala Sg Melaka.
Ini pula catatan river cruise, menyusur Sungai Sarawak. Jom kita sambung 'adventure' family 'Pak Abu' di Kuching.

seperti biasa mesti ada gambar kenangan
Penumpang duduk di atas deck. Ramai juga, pelancong luar dan tempatan.

Kami ikuti Sarawak River Cruise pada sebelah petang, kalau cuaca elok, dapatlah lihat pemandangan matahari terbenam. Dengan 'cruising' ini  kami  dapat lihat sekitar  kiri kanan tebing Sungai Sarawak, dan sebahagian bandar Kuching.  Antaranya,
...........Bangunan ADUN,  Kediaman Yang di Pertua Sarawak ASTANA

Siapa kata Sungai Sarawak sempit? Sempit lagi Sungai Melaka.
sampan pencong /tambang
menjadi tarikan. 50 sen untuk pergi seberang sungai

Sambil menjeling-jeling persekitaran perkampungan sepanjang sungai, kami disediakan minuman ringan.
jus oren dan kek lapis sarawak

Suka budak-budak ini , naik kapal di sungai.  Bilalah nak cruise di laut pula ye, naik kapal besar!
Si Iddin melambai-lambai
'Puteri Sejinjang' tersenyum..Suka ke, Amal?
Apa yang difikirkan tu?

Ini keptennya,, hari-hari kerja dia memandu kapal/feri ini. Teringat saya kepada Mr Chong, towkay nurseri.
Ai  Ai kepten..agaknya tutup mata pun boleh 'navigate'

Ini saat yang ditunggu. Cuaca baik. Penumpang-penumpang siap sedia untuk 'menangkap' pemandangan yang indah ini. Matahari mula terbenam. Kami guna kamera biasa aje, ataupun handphone camera. Klik, klik,klik.......ini hasilnya.

Hari semakin gelap. Bangunan di 'water front' terang benderang. Suka tengok bayangannya!
sepanjang water front
Bangunan ADUN
hotel-hotel mewah

Ada pula persembahan kebudayaan tarian suku kaum Sarawak sebagai hiburan sebelum kami sampai semula di jeti.
Si jaket 'angry bird' minat nampaknya

1 jam 45 minit menyusur Sungai Sarawak, sampai kami ke jeti.
Rombongan 'Pak Abu' puas hati. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Dinner time. Nak makan di mana?
Sini ke? Ruang makan di bahagian bawah kapal, bukan untuk kami dah!



Di Kuala Sg Melaka


Gambar-gambar di atas ialah pemandangan di kuala Sg Melaka. Kelihatan feri atau bot-bot sedang membawa masuk penumpang-penumpang dari kapal yang berlabuh nun di laut, ke jeti Syahbandar. Kemungkinan penumpang-penumpang  baru sampai dari cruising (kapal) atau tiba dari Dumai! Feri-feri ke  Dumai atau Pekan Baru  atau Bengkalis di Sumatra berlabuh di jeti ini. Jambatan yang anda nampak itu  menghubungi kawasan Melaka Raya. Banda Hilir  dengan Tengkera, jalan alternarif ke Klebang dan seterusnya, mengikuti persisiran pantai. Kawasan di Kuala Sungai Melaka ini sudah dinaiktaraf dengan 'board walk' untuk kemudahan orang ramai jalan-jalan, rihat-rihat sambil menikmati pemandangan. Dulu cuma batu-batu besar di susun di tebing  sungai. Di kawasan ini jugalah  terletak buaian pusing 'Eye of Malaysia' satu masa dulu.Kelihatan juga pelancong tempatan membawa cucu meninjau sejarah  'lawatan sambil belajar.Cucu ni banyak soal pula!




Sunyi tapi tetap meriah

Di majlis perkahwinan Syafa anak my BFF in Kuantan, Pn Hjh Farida,  Cuaca pula hujan sebentar sebelah pagi.  Matahari terang benderang bila majlis berlangsung.Kemudian redup dan beranginserta hujann renyai apabila majlis hampir selesai.
Majlis sunyi..Tiada kedengaran lagu-lagu dan muzik serta  celoteh  DJ, tiada pukulan kompang mengalukan kedatangan pengantin lelaki, tiada silat menyambut pengantin ,tiada acara renjis merenjis dan berhinai, tiada acara memotong kek...hanya kedengaran suara-suara dan sibuknya tuan rumah dan tetamu. Ada pelamin yang direka indah. Pelamin hanya untuk 'raja sehari' bersemayam untuk  bergambar dengan sanak saudara dan tetamu sebagai kenangan.  Hidangan makanan juga sedap..nasi minyak atau nasi putih bersama ayam masak merah, opor daging, dalca, jelatah, serta acar buah. Buah oren sebagai pencuci mulut. Sunyi tetapi meriah dan berwarna warni.

Meja utama . Tema warna, unggu
Siap sedia, Orang sebelah dah sampai!!
Senyum seorang 'Raja'. Nampak peramah orangnya

'Permaisuri' menyambut sambil tersenyum malu

Bertemu akhirnya, sama cantik sama padan

Famili Hjh Farida bergambar bersama tetamu VVIP (tiada protokol)

Tidak ketinggalan bersama VVIP yang ini juga, jauh datang dari Melaka, tau!
Raja sehari menjadi tumpuan...shoot,shoot,shoot, emak pengantin tersenyum riang, bapa saudara juga
Bersedia untuk acara makan suap menyuap
 Antara yang hadir...kawan-kawan lama
Antara hantaran, yang purple daripada yang menunggu. Siapa lagi yang mengubahnya kalau bukan emak pengantin perempuan!

Dalam goodybag...semuanya wangi belaka! Kusyen-kusyen comel hasil kraf Hjh Farida

Ya, itu dia, segala yang dirancangkan berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah.
Hjh Farida: Boleh Pengetua?
Saya: Tahniah!  Sekarang awak boleh tidur nyenyak.
Tahniah  Syafa dan Azman. Selamat semuanya dan semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Ameen.....

Kerana BFF


Hujan sepanjang perjalanan dari Melaka ke Kuantan semalam (Khamis). Kalau bukan kerana majlis perkahwinan anak perempuan my BFF , saya pilih duduk di rumah sahaja. Rain or shine mesti pergi juga. Hujan tetap ditempuhi. Saya pandu dari Melaka ke Tangkak. Hujan tapi tak lebat. Dari Tangkak ke Kuantan melalui Segamat, my dear drove. Hujan mencurah dengan lebatnya. Stress juga pandu dalam hujan-hujan begini Berdoa juga janganlah banjir., selamatkan lah kami dalam perjalanan,  Gambar-gambar di atas saya shoot antara Segamat ke Muadzam Shah dan seterusnya ke persimpangan empat Pekan- Paloh Hinai. Ada kawasan rendah kelapa sawit ditenggelami air, ada bahagian jalan rosak, banyak pula lori. Banyak lopak di jalan. My dear pandu berpandukan garisan putih di tengah jalan serta lopak-lopak di jalan. Mula dari Melaka jam 10.30 pagi. Sampai Kuantan 3.30 ptg. Oh ye, singgah makan tengahari di Muadzam. Sedapnya dapat makan udang galah. Hari ini cuaca di Kuantan tak menentu. Pagi hujan, tengahari ke petang panas , petang hujan renyai. Udara lembab. Apa lagi, kain baju yang perlu dicuci, hantar dobi.....
Sekarang, malam, hujan lagi!

 Petang tadi saya pergilah ke rumah my BFF, Hjh. Farida Kazi Mohd. Ada majlis Bacaan Yassin, Tahlil, dan Marhaban. Tak hujan masa tu.

Saya dan emak pengantin. Pelamin tu dia reka sendiri. Bunga-bunga hiasan dia gubah. Kata wedding planner, kalau sewa pelamin seperti ini mau rm3000.00!! Farida kata baik buat sendiri. Lepas ni kita punya. Tak mahal pun belanjanya!
Saya dengan Hjh Faruzeyah Wahab, juga kawan rapat. Masa dulu selalu melepak di rumah dia! Now, pesara aktif!
 Pengantin sedang mengedar buah tangan (juga hasil kerja tangan emak pengantin) kepada kumpulan Marhaban

Esok, 24.12.11 Sabtu,  majlis persandingan. Semoga segalanya berjalan dengan baik, cuaca pun elok...Ameen
Allah juga yang menentukan.