Mudah urusan di Hanoi (Vietnam), Tak perlu isi apa-apa card sebelum kapal terbang mendarat Imigresen pun lancar.
RM diterima.. ,Jangan bawa banyak 'dong' Kalau tak habis, nak tukar semula ke RM , mungkin tak terima. Kalau nak belanja besar bawa lah USD. Ada gerai di pasar hanya terima dong.
Kedai-kedai di Hanoi disusun ikut jalan.(kawasan). Bererti, jualan cenderamata dan kraftangan satu jalan, begitu juga 'jalan' beg (banyak backpack), kasut, dsbnya.
Kerjatangan di sini, menyulam gambar pemandangan. Sangat halus sulamannya. Harga pun ikut nilai hasil. Kata pepatah "hanya johari kenal manikam" va, va, va....
Bangunannya kurus (macam orang dia juga), agak rapat dan kebanyakannya ada beranda.
Hanya terdapat 2% penduduk Hanoi beragama Islam (menurut En Lam pemandu pelancong). Ada sebuah semasjid, tak sempat kami pergi pun. Restoren halal di sini boleh dikira.
Ada tak de, sempat juga bergambar dengan 'si cantik manis, tinggi lampai, Miss Vietnam' di airport, ha ha ha....
![]() |
| 'Tipah tertipu' |
![]() |
| Mohd Fadli, tour leader, En Lam, tour guide tempatan (mengira USD) |
| Bergambar ramai di Temple of Literature |
Jika ke Hanoi, pilih pakej nak bermalam di cruise Ha Long Bay atau hanya day trip.Kalau bermalam munkin lebih banyak aktiviti lagi seperti berenang, menikmati keindahan matahari terbit, pengalaman tidur di kapal, singgah di rakit nelayan dsbnya. Pakej kami day trip sebab nak kejar masa. Kalau tidak kami tak sempat ke Tam Coc untuk bersampan. Lagi pun trip kami 4H3M.
Hari pertama Sampai aje, sightseeing bandaraya Hanoi,singgah ke pusat membuat kraftangan 'lacquer'
Chexk in di hotel setelah makan tengahari,
Petang jalan-jalan singgah tempat bersejarah Temple of Literature, diikuti dengan shopping cenderahati, (1 jam aje diberi)
Malam tengok pertunjukan water puppet .Memang hebat tetapi tak faham bahasa!
Hari kedua: Bertolak ke Ha Long Bay,4 jam perjalanan.Cruise dan explore gua.
Balik ke Hanoi 4 jam lagi.
Hari ketiga : Ke Tam Coc. Nak rasa buah tempatan .Singgah pasar beli buah,
Jalan-jalan ke Mouseluem 'Uncle' Ho Chi Minh, Luar aje, jangan tidak. Tak pergi pun ke rumah dia.
Then bertolak ke Tam Coc 2 jam perjalanan. Hujan . Ambil masa tunggu hujan teduh. Lepas tu, balik ke Hanoi, 2 jam lagi..
Hari ke empat: 'Terbang' balik ke Home-Sweet-Home. Morning flight.
Terima kasih kepada kakak saya kerana foto yang beliau rakam.
Next trip, ke mana kita??????























